SINOPSIS DRAMA STREET VENDETTA - sayidahnapisahdotcom SINOPSIS DRAMA STREET VENDETTA
LightBlog

SINOPSIS DRAMA STREET VENDETTA

SINOPSIS DRAMA STREET VENDETTA

DRAMA STREET VENDETTA
CREDIT : tintadijemariku.blogspot.com


Mengisahkan tentang Anabella (Bella) seorang gadis yang boros dan suka berhutang keliling pinggang. Walaupun hanya seorang anak petani, namun gaya hidup Anabella persis anak-anak orang kaya yang suka bergaya dengan pakaian dan barangan berjenama. Kehidupan Anabella di kota dipengaruhi oleh teman serumahnya Nora yang merupakan anak orang berada. Disebabkan hutangnya, Anabella gagal menjelaskan bayaran keretanya menyebabkan dia diburu pihak bank. Kojie dihantar untuk menarik kereta Anabella yang sudah berbulan tidak berbayar. Namun pertemuan mereka mencetuskan pelbagai insiden apabila Anabella dengan sengaja cuba mengelak diri dari Kojie. Pelbagai usaha dilakukan Anabella sehingga menimbulkan kesusahan pada diri Kojie yang menganggap Anabella perempuan ‘gila’ yang culas mahu membayar hutang. 

Suatu hari kerana kerap dipermainkan, Kojie nekad mahu menunggu Anabella dan bersemuka dengan gadis itu. Namun kerana hujan, dia lantas berlindung di dalam kereta Anabella yang ketika itu tidak dikunci sehingga tertidur. Anabella pula tiba-tiba menjadi suspek rakan-rakan sepejabat kerana masalah hutang yang membelenggunya. Dia menerima panggilan telefon dari Iqbal. Lelaki yang diminatinya sejak zaman sekolah. Tapi kegembiraannya kerana menerima panggilan itu terjejas apabila dia mendapat khabar Iqbal akan melangsungkan pertunangan dengan Tumirah Kuncup aka Mira, rakan sekolah yang menjadi seterunya dalam merebut Iqbal. Tanpa berfikir panjang dia nekad mahu ke Cherating untuk menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira. Keretanya dipandu menuju ke satu destinasi tanpa menyedari Kojie berada di dalam keretanya ketika itu. Namun apabila dia tersedar, segalanya sudah terlewat. Kojie terpaksa dibawanya bersama ke Cherating untuk menjalankan misinya meski perjalanan mereka penuh dengan pelbagai peristiwa tak diduga. Termasuklah insiden memberi tumpang seorang wanita tua yang disangka hantu. 

Ketika di Cherating, Anabella merancang mahu menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira dengan pelbagai cara dengan bantuan Kojie. Antaranya dengan mensabotaj Mira yang alergik dengan kapus barus menyebabkan tubuh gadis itu mengalami gatal-gatal dan bengkak seluruh tubuh. Akibatnya majlis yang terpaksa dilangsungkan keesokan harinya terpaksa dibatalkan. Mira yang kecewa menuduh Anabella menjadi puncanya. Pergaduhan tercetus dan tanpa disedari Iqbal mendengar tentang isi hati Anabella terhadapnya serta salah faham mereka yang rupa-rupanya diakibatkan oleh Mira. Mendengar tentang Mira yang menjadi punca perpisahan mereka beberapa tahun yang lalu, hati Iqbal mula tawar terhadap Mira dan bercadang mahu memulakan semula hubungannya dengan Anabella. Hakikat ini membuatkan Kojie yang diam-diam mula menyukai Anabella kini merasa cemburu. 

Apabila Anabella lari bersama Iqbal, Kojie merasa kecewa. Lima bulan kemudian, Anabella yang berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dalam tempoh itu, dia sering merindui Kojie. Suatu hari Anabella mendapat khabar dari majikannya yang menawarkannya peluang untuk bekerja semula. Dia ditawarkan jawatan pembantu di Trans-Corporation, syarikat induk yang sudah lama diidaminya. Anabella ke Kuala Lumpur semula untuk memulakan tugas. Insiden dompet yang dicuri membuatkan dia bertembung dengan Fakruzi dan adiknya Furqan yang agak nakal. Namun iras wajah Fakruzi yang mirip dengan Kojie membuatkan Anabella keliru. Di Trans-Corporation sekali lagi dia bertemu dengan Fakruzi yang secara kebetulan adalah anak kepada Datuk Abdullah, majikannya di pejabat baru. Anabella semakin mengesyaki Fakruzi dan Kojie adalah orang yang sama. Pelbagai helah dilakukannya agar Fakruzi mengaku dirinya Kojie, namun lelaki itu berlagak seperti langsung tidak mengenalinya. Lebih menghairankan, Fakruzi seperti mengalami apa yang dipanggil ‘short-term memory loss’. Akhirnya Anabella mengalah dan menganggap Fakruzi hanya mirip dengan Kojie dan tak lebih dari itu. 

Kehadiran Anabella di pejabatnya membuatkan Fakruzi sering memberi perhatian berlebihan terhadap anak gadis itu. Apatah lagi apabila Anabella ditugaskan sebagai pembantu peribadi Puan Sofea, adik ayahnya di Trans-Corporation. Mereka kerap bertembung dan mengalami pelbagai insiden melucukan sehinggakan diam-diam Fakruzi mula menyukai gadis itu. Namun apabila mereka bertemu, Anabella kerap tersasul memanggilnya Kojie membuatkan dia mula merasa hairan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui Kojie yang sering disebut Anabella mirip dengan wajahnya. Anabella juga semakin keliru apabila mengetahui tentang kembar Fakruzi yang dikatakan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Meskipun Fakruzi mengaku jatuh cinta padanya, namun hati Anabella belum mampu melupakan Kojie. 

- Credit to: http://www2.bukancincai.com

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p