Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah
Hot giloss drama melayu slot Akasia TV3 Cinta Si Wedding Planner sekarang ni! Hot sangat sampai hampir semua tengok lah cerita ni. Siapa yang tak tengok Cinta Si Wedding Planner ni? Ce bagitahu kat saya siapa? Siapa siapa? Saya lah tu ! Hahaha.
Bukan tak nak tengok tapi saya memang jenis yang susah sikit nak follow drama melayu kat televisyen setiap hari. Geng nak tengok pun tak ada. Umi pulak jenis yang pukul 7 alih TV Al-Hijrah atau Oasis hehe. Soooo, makanya saya tunggu kawan saya download cerita ni hahaha. Lepastu marathon tengok sampai habis. Tapi sadisss la kan sebab bila orang lain dah habis tengok, saya baru nak terhegeh-hegeh tengok.
Sobsob.
Cinta Si Wedding Planner |
Jom ushar apa Sinopsis drama melayu hitsss di Malaysia sekarang ni!
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.
Hero heroin |
Pelakon Utama Cinta Si Wedding Planner
Adi Putra melakonkan watak Fariz Adryan
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra & Mira Filzah |
Lama-lama tengok cantik pula Mira Filzah ni. Saya yang gadiss pun terpikat tengok muka comel polos putih kecik Mira Filzah ni, apatah lagi lakilaki di luar sana kan kan. Adi Putra? Ermmmmmm no komen. Hehehe. Bukan taste saya kot :P
Sekarang ni rasanya dah nak habis kan drama ni. Sebab drama ni semuanya ada 28 episod. Dan tak silap saya jugak drama Tundukkan Playboy Itu yang akan ganti drama ni. Kan kan? Kalau silap maafkan saya ye. Sebab dekat instagram saya folllow instagram Uqasha Senrose so memang penuh dengan update dia pasal drama Tundukkan Playboy Itu. Ermm macam best juga. Novel dia tak baca lagi. Macam novel Cinta Si Wedding Planner ni saya dah baca dulu-dulu.
Okay itu saja! Tengok drama ni jangan emosi terlebih pula ye. Hahaha.
gambar credit to : adpadiputra.com
1 Comments
ibu pun tak follow KC sebab time maghrib huhu :)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p