1st EFG Gathering Manis Masam Pahit
Pada sebelah pagi majlis 1st EFG Gathering, ada yang sibuk
memasang banner, ada yang menangkap gambar LIVE UPDATE, ada yang menolong
meyusun barang-barang sponsor & hadiah, ada yang sibuk melayan anak-anak, dan
ada juga yang beramah mesra berbual untuk pertama kalinya. Bacaan Yasin secara berjemaah
telah diadakan sebagai permulaan 1st EFG Gathering bagi memberkati
hari kejadian inshaaAllah. Terima kasih kepada The Violet Sofia yang telah menaja Al-Quran
Al-Mumayyaz, digunakan oleh kami untuk membaca Yasin. Sangat kemas, jelas dan
teliti Al-Quran Al-Mumayyaz tersebut.
Satu perkara baru yang
telah saya belajar time 1st EFG Gathering ni ialah : LIVE UPDATE. Ni
kenangan yang paling manis buat saya. Menangkap gambar barang-barang sponsor
kemudian upload di media-media sosial. Buat caption. Letak semua hashtag. Tag
semua sponsor pada gambar tersebut. Sambil-sambil tu juga alert pada aktiviti
yang sedang dijalankan di majlis tersebut. Wahh sangat mencabar bagi saya.
Lagi-lagi tu first time saya meng-live update sesuatu event. Sesuatu yang baru
tapi saya sangat seronok mengalami pengalaman tersebut. Masing-masing sibuk
menghadap handphone. Khusyuk sangat sampai tak toleh kiri kanan depan belakang
dah. Fokus sangat sampai mulut ternganga lalat masuk pun dah tak sedar tu haha.
Walaupun dah rupa macam masing-masing anti-sosial je time live update tu , tapi hakikatnya kami para blogger sedang focus
memilih gambar-gambar cantik dan mengupload di facebook, twitter dan instagram.
Dari pagi hingga ke petang, ada masa-masa yang diperuntukkan
untuk kami blogger EFG LIVE update para sponsor 1st EFG Gathering.
(rujuk di akhir entri) Memang senak perut nak kejar update 26 sponsor, tapi
tabah beb tabahh.
Photobooth! Haaa ni sangat best okayyy! First time saya
tangkap gambar di photobooth yang ditaja oleh Kotak Lensa ni. Sebelum ni, mampu
tengok dekat TV dan gambar je, tapi hari 1st EFG Gathering ni, memang
saya usher je photobooth tu. Kalau ada peluang je, saya pergi ambil gambar
haha. Sampai yang kata asyik muka kakcikkk je ada kat photo booth tu haha.
Walaupun Nampak macam jakun, tapi dah macam mana, saya memang jenis yang suka
bergambar kan. Yelaa photobooth ni ada kat majlis kami selama 2 jami je,
10AM-12PM. Jadi, memang kena manfaatkan selama 2 jam tu betul-betul. Pengemuda
EFG, Mommy Irra juga yang pesan.. “foto booth ni ada 2 jam je tau. Korang tangkap
la gambar banyak mana pun.” Haa mommy dah awal-awal bagi pesanan tu, apa
salahnya kalau saya ikut pesanan mommy tu elok-elok kannn hehe.
Dan yang bertambah syoknya .. ada props & frame insta yang
ditaja oleh AcitGuetBook ! Best giloss dapat beraksi guna props-props tersebut.
Ada yang cermin mata, ada topeng spiderman, ada yang gigi jongang dua ketul la
dan macam-macam lagi lah. Props ni memang saya suka sangat ambik sekali time
tangkap gambar. Menjadikan gambar lebih cun gituuu hehe.
Kenangan manis juga bila aktiviti cabutan bertuah, main teka
silang kata, exchange gifts & ucapan dari Mommy Irra, PCL & Kak Eny.
Pengacara majlis, Abe We(pagi) & pembantu MC – PapaG(petang)
yang bertungkus lumus mengingatkan kami untuk LIVE update, berdedikasi dalam
mengawal majlis dan berceloteh memeriahkan suasana majlis.
Sangat berpuas hati dengan photographer 1st EFG
Gathering yang sangat sporting dan bijak dalam mengambil gambar, Nizar Faez.
Memang dari pagi hingga petang asyik dengan kameranya. Bila diminta untuk dia
ambil banyak-banyak gambar pun, dia tak kisah. Tiada kata-kata puas hati atau
rungutan yang keluar dari mulut dia bila melayan karenah kami. Sentiasa senyum.
Dan paling tak boleh lupa bila dia suruh kami semua sebut “CERIAAAAAAA” dengan
senyuman Nampak giginya semasa menangkap gambar kami beramai-ramai. Haha.
Kelakar, tapi ajaibnya, gambar tu lah yang paling CERIA di antara gambar-gambar
yang lain.
Makanan & minuman tosah cerita lah. Menu tengahari yang
paling saya kesalkan sekali. Bukan kesal sebab tak sedap. Tapi saya kesal sebab
makan sikit je tengahari tu grrrr. Bila saya balik kolej balik, saya menyesal
sangat tak makan banyak-banyak nasi beriani, daging kambing, ayam masak merah,
pengat pisang yang ditaja oleh Café Cerita Kambing. Kenapa saya makan sikit je
tengahari tu pun saya tak tahu entah. Sebab kenyang sangat minum air kot haha.
Oh cerita pasal air pula! Jus kedondong asam boi memang terbaikkkk! Rasa masam
manis yang sejuk. Sampai sekarang terasa-rasa dan mahu cuba lagi. Semua orang
puji minuman jus kedondong yang ditaja oleh Man Java ni. Memang 5 star rate
kami!
Oh cerita tentang kenangan manis sudah. Kini tinggal masam
& pahit. Apa yang masam? Alaaa bukan masam apa. Biasa la bau masam orang
tak mandi dari pagi hingga ke petang kan. Dengan peluh-peluh lagi ke hulur ke
hilir. Dengan cuaca panas sekarang ni Ya Rabbi saya asyik peluh-peluh je. Mesti
bau saya masam yang amat. Haha.
Oh pahit? Pahit sangat ..bila nak berpisah dengan
blogger-blogger EFG semua tau. Seriuss ni serius. Rasa macam sedih je bila
salam-salam nak berpisah tu kan. Yelaa memang la bukan nak berpisah apa pun
kan. Dalam whatsapp boleh je berkomunikasi lagi, tapi tu lah. Bila dah spent
time sama-sama, dah rasa macam family betul bergurau senda semua.. bila di
akhir majlis nak berpisah tu.. saya memang rasa PAHIT dan sedih.. Pahit sebab…
tak tahu lah saya boleh join lagi ke tak majlis gathering macam ni lagi kan.
Ermm.
Apa-apapun saya sangat bersyukur dan rasa gembira dapat
menghadiri majlis 1st EFG Gathering ni! Dapat berinteraksi dan
face-to-face sendiri blogger2 EFG yang saya kagumi dan sayangi dan hormati.
Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.
Biobax Cool Therapy |
#biobaxcooltherapy
IG: biobax_official
Kelantan City Tour Xcelltravel |
#xcelltravel
FB: Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd
#orlin
IG: alludrainternational
Kotak Lensa |
#kotaklensa #instantphotobooth
FB: Kotak Lensa
IG: kotaklensa
The Violet Sofia |
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia
FB: The Violet Sofia
IG: thevioletsofia
Fennelle Beauty |
#fennellebeauty
#fennellerenewalserum
FB: Fennelle Beauty
IG: Fennelle Beauty
VCO NUTRASENSE |
#VCO #Nutrasense
FB: Nutrasense
IG: nizam84
Nizar Faez Studio |
#nizarfaezstudio
IG: nizarfaez
VanLela Hiphoody |
#hiphoodyvanlela
IG: vanlela_malaysia
Balloon Decoration |
Majesticevents Sdn Bhd |
#khemahkahwin
Cafe Cerita Kambing |
#cafeceritakambing #kambingbakar
Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485
FB: fara hana
IG: farahamzah.my
Qaseh Zamri Collection |
#qasehzamricollection
FB: Qaseh Zamri
#yusmizeenaturopathic
Qesyamin
#qesyamin
FB: QESYAMIN.MY
IG: qesyamin.my
RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown
FB: RaisahRafhanah
IG: RaisahRafhanah
Hazirah
#muchochocolatechips
IG: cik_mah_cookies
Sakura Sasuke
#sakurastyle
FB: Sakura Style
IG: sakura style11
Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya
IG: acitguestbook
LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift
IG: LADYDAISSY_PASTRY
Design&Printing
#dexsignprinting
FB: Dexsign Printing
IG: dexsignprinting
Aniq sya
#aniqsyaquqiz
IG: aniqsya_quqiz
Homemade Cookies
#myhomemadecookies
FB: Homemade Cookies
Jus kedondong asam boi
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java
IG: manjava7273
Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative
IG: @reqa.creative
Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya!
10 Comments
Ok kenangan yg masham tu xnak bau dan ingat , KC yg ceria memang menceriakan orangnya.. alhamdulillah #1sEFGathering kita suksess.
ReplyDeletePengharggan juga buat AJK semua yg terlibat.
Bestnya.. X pernah lagi merasa nak pergi event mcm ni :(
ReplyDeleteGreat KC......!!!
ReplyDeletealhamdulillah...seronok je kak PC tengok dik...meriah...yang penting nikmat ukhuwah tu...tak ternilai dan sangat sangat berhargakan... :)
ReplyDeleteseronok dapt jumpa live..moga ukuwah kita berkekalan. Amin ;)
ReplyDeletewahhh..bestnyaaa..banyaknyaa pengalamannn..hahahahha
ReplyDeleteKC yang manje..terkilan tak jumpe mase nak balik sebab cari KC takde..sob sob
ReplyDeletePerghh..makanan sedap2 tuu..seronok laa blh jumpa reramai...Kc bila nak jumpa akka plak ...
ReplyDeleteBestt sangat ! Rindu nak borak2 lagi :)
ReplyDeletebesttt.... ala rinduuuu balik laaaaaa huhuhu
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p