terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali! - sayidahnapisahdotcom terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali!
LightBlog

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali!

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali!

Banyak kali dah dengar lagu ni sebab dah terpikat kan. Dah download dah pun, siap nak hafal dah lirik sebab selalu sangat repeat lagu Jatuh nyanyian Faizul Sany ni hehe. First time dengar bila tengok drama Aku Bukan Bimbo terus cair. Melodi nya yang lembut dan suara Faizul Sany yang sedap memang kombinasi yang sangat serasi di pendengaran saya. As expected from Faizul Sany! Lagu dia 333 Batu pun sebelum ni saya dengar memang best. Boleh klik SINI jika nak dengar lagu dan liriknya.  

Okay jom sekarang layan lirik lagu Jatuh ni! Lagu dia boleh dengar di SINI.

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Jatuh - Faizul Sany OST Aku Bukan Bimbo

Lirik Lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany

Tidakkah aku faham lagi tentang telah berkali
Bukankah sudahku berjanji ku tak mahu
Sedarkah aku semua ini pasti akan melukai
Sejujurnya diriku tahu ku tak mahu
Adakah aku bodoh
Mahu saja ku tinggalkan dirimu
Jiwa aku meminta
Batinku meronta
Biar jiwaku digari
Biarpun sakit di hati
Walau seburuk mana caramu
Tetapku jatuh
Biarlah sama ku mati
Biar apapun sekali
Walauku sakit dengan caramu
Tetap aku tetap aku jatuh
Jika tak ada cara lagi akan mampu kau fahami
Jangan biarku jatuh lagi ku tak mahu
Adakah aku bodoh mahu saja ku tinggalkan dirimu
Jiwa aku meminta
batinku meronta
Biar jiwaku digari
Biarpun sakit di hati
Walau seburuk mana caramu
Tetapku jatuh
Biarlah sama ku mati
Biar apa pun sekali
Walauku sakit dengan caramu
Tetap aku tetap aku jatuh
Semakin sakitku rasakan
Semakin jatuh dan jatuh lagilah lagilah
Ku jatuh tersungkur
Mahu sajaku tinggal semua
Ku tak mahu
Biarku yang memberi
Datanglah kepadaku
Biar jiwaku digari
Biar pun sakit di hati
Walau seburuk mana caramu
Tetapku jatuh
Tetap aku jatuh
Rasa mahu mati
Apapun sekali
Walauku sakit dengan caramu
Tetap aku tetap aku jatuh
credit to : ohlirik.com
.........
Kelmarin first time tengok drama Aku Bukan Bimbo yang kawan download, serius memang kelakar dan dan dan ermm Shaheizy Sam manis sangat senyuman dia time nak ngorat heroin, Nadiya Nisaa! Manis terlebih gula sangat okayyyy sampai saya pun macam nak cair buatnya hahaha. Ingat nak tengok-tengok je. Tapi start dari Episod 1 sampai Episod 5 den marathon tengok haritu haha. Sebab suka tengok pelakon-pelakon dalam Aku Bukan Bimbo ni berlakon. Slumber, natural, dan sangat sweet bila scene hero mengayat heroin. Sengih-sengih den tengok Sam&Nadiya. Serasi gituu.

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Shaheizy Sam & Nadiya Nisaa dalam Aku Bukan Bimbo

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Tiga pelakon utama drama Aku Bukan Bimbo - Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa & Zahiril Adzim
Paling best ialah.... bila mana Dani Ikram (lakonan Shaheizy Sam) dan Azad (lakonan Zahiril Adzim) mengajuk percakapan adik Dani-Diana (lakonan Afifah Nasir) yang agak-agak sengau dan manja. Saya gelak-gelak tiap kali Dani mengusik adik dia dengan mengajuk suara dan cara percakapan Diana. Kita yang tengok pun rasa macam nak ajuk sama je hahaha. Comel je.

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Para Pelakon Aku Bukan Bimbo

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Keluarga hero bersama heroin

Haaa kat dua gambar atas ni, ada tak perasan yang sorang tu iras-iras macam pelakon Anzalna Nasir? Saya perasan gak. Tuuu adik Dani tuu. Diana tuu. Yang berdiri sebelah Shaheizy Sam tu. Sama kan? Tengok cerita Aku Bukan Bimbo lagi lah perasan. Saya ingat Anzalna yang berlakon rupa-rupanya bukan. Saya syak la dia ni mungkin ada kaitan kot dengan Anzalna sebab makin ditengok, makin sebijik dengan rupa Anzalna. Bila disearch di Google, baru lah dapat tahu bahawa watak Diana ni dilakonkan oleh adik Anzalna Nasir - Afifah Nasir. Dan secara terus terang, saya lebih suka Afifah berlakon berbanding Anzalna hehee. Cantik pun cantik. Dan paling penting, bagi saya, Afifah ni tak control cun. Berlakon dengan bersahaja. Tak kekok, tak kayu. Comel pun comel bila selalu kena usik dengan ahli keluarga dia dalam drama ni hehe. 

terpikat dengan lagu OST AKU BUKAN BIMBO : Jatuh - Faizul Sany dan dramanya sekali
Anzalna Nasir dan Afifah Nasir

Okay lah sebelum tamatkan entri ni, jom layan sinopsis Aku Bukan Bimbo dan ketahui maksud di sebalik perkataan Bimbo dan Douchebag!

Sinopsis Drama Aku Bukan Bimbo


Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”


Maksud Bimbo : wanita yang cantik tetapi kurang bijak
Maksud Douchebag : (melayu) orang yang poyo, bajet bagus. (english) jerk, rude person, arrogant.

Post a Comment

2 Comments

  1. kita terpikat dengan drama, terus beli novel dia...haha =D

    ReplyDelete
  2. saya suka watak azad lakonan zahiril adzim...nampak matured, rileks dan cool je.... :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p