Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu - sayidahnapisahdotcom Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu
LightBlog

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu.

Ada ramai orang datang rumah. Rumah tu agak besar so ramai yang boleh muat masuk ke dalam rumah. Tapi lelaki-lelaki (kawan abi mungkin) hanya duduk di luar rumah selepas penat membuat kerja (kerja apa saya tak sure). 

Saya diarahkan untuk mengagihkan makanan kepada para lelaki tersebut. Umi yang suruh. Makanan tu dah dalam paket paket. So, saya bawak je plastik, dalam tu penuh dengan paket-paket makanan tersebut. Saya terpaksa melepasi beberapa orang-orang yang lebih tua dari saya(berjantina lelaki juga) untuk menuju ke lelaki-lelaki yang ramai tu. Tapi saya ada pilihan lain juga untuk tidak berjalan di situ dengan melalui jalan belakang rumah tu (agaknya). Saya pun lalu di lorong tu dan terus menuju ke lelaki-lelaki tersebut.

Saya dengan gigihnya agih satu demi satu paket kepada mereka. Mereka saya nampak memang macam dah kebulur, lapar sangat agaknya. Tapi tiba-tiba!!

Saya berdiri si tempat tu juga, dengan memegang plastik yang sama macam tadi tapi yang lainnya, plastik tu agak ringan berbanding tadi. Saya fikir oooo ringan la kot sebab dah agih-agihkan makanan tadi. Tapi saya lihat di tangan lelaki-lelaki tu kosong tiada makanan. Saya pelik. Saya rasa tadi macam dah bagi. Saya sangat sangat pelik, siap kerut-kerut dahi sampai bercantum kening. PELIK tapiii ermm okay abaikan kepelikan tersebut.

Saya pun buka la plastik sebab nak beri makanan-makanan kepada lelaki-lelaki tu. Kang mengamuk jugak dorang kang. Tapi bila saya bukakk!!

Hanya serbuk je yang tinggal.

Takde dah paket-paket semua tu.

Aikk peliknyaaa! 

Apa yang sedang berlaku ni?

Lelaki-lelaki tu pun kelihatannya macam terkejut juga. Tapi reaksi mereka berubah perlahan-perlahan menjadi marah. Kemungkinan mereka lapar lepastu tengok pula takde makanan.

Saya takut. Terus masuk dalam rumah cari umi. Mahu mengadu.

Umi marah kat saya. Salahkan saya. She put blame on me. Saya dah nangis-nangis. Nafikan yang benda tu bukan salah saya. Lepastu tiba-tiba saya terfikir!!

Mungkin ada seseorang yang sabotaj saya. Mungkin dia tiba-tiba buat saya pengsan lepastu dia curi semua makanan tu, lepastu bila saya sedar keadaan tu menjadikan saya yang bersalah. Tapi apa motif dia?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay cerita ni panjang sebenarnya tapi penat nak cerita dan agak-agak samar jalan cerita dia. Dah lupa sikit-sikit.

Aik kenapa lupa? 

Sebab semua atas tadi tu hanya mimpi saya je petang tadi. Hehehe. 

Pheww alhamdulillah la hanya mimpii.

Tapi serius bila dalam mimpi petang tadi saya rasa macam nak nangis dah. Sebab yang berlaku lepas tu lagi perit. Sebab macam ramai gila salahkan saya. Abi pun macam tak nak percaya. Hampir semua macam salahkan saya kecuali adik dan kakak saya. 

Tapi dalam mimpi tu saya lupa yang saya takde adik pun in real life hahaha. Yelaa nama pun mimpi kan. Rasa macam real. Dah bangun dari mimpi baru fikir macam tak logik. 

Tapi... perasaan disalahkan atas sesuatu yang kau tak buat tapi hampir semuaaaaa orang termasuk ahli keluarga kau salahkan kau atas kejadian tu.. aduhh memang perit. Lagi-lagi bila ada seseorang yang buatkan kau macam tu (dipersalahkan oleh orang ramai). Dan kau tak tahu pun apa motif dia buat macam tu, arghhh sakit jiwa rasanya. 

Hmmmm.. saya harap saya takkan mengalami dan merasai perasaan tu dalam hidup ni. 

Sebab...
Dalam mimpi pun dah rasa sakit, perit, sedih dan kecewa .. apatah lagi in real life. It must be hurt. Nauzubillah min zalik.

Post a Comment

3 Comments

  1. Mimpi rupanya... Hihi buat saspen je

    ReplyDelete
  2. eleehh..! memang KC yang makan semua makanan dalam plastik tu kann.. buat2 tak bersalah konon.. pura2 dalam mimpi konon.. elehhhhh.. :p

    *bab tak de adik in real life tu lawak..! hehehehee..*

    ReplyDelete
  3. akak dah agak dah...lom ending citer ni sure mimpi...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p