8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan - sayidahnapisahdotcom 8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan
LightBlog

8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan

8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan


8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan
8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan
1. Percaya

Trust.
Kepercayaan.

Sifat atau unsur ni lah paling penting di dalam sesebuah perhubungan. Dan juga paling susah nak buat. Betul tak? Lagi-lagi kalau sekali sudah dikhianati/dicurangi..memang susah nak built balik kepercayaan kepada pasangan kita. Orang kata.. 

"walaupun luka dah sembuh, parut tu tetap ada".

Acewahhhh. Bagi saya, kalau nak kekal bahagia, the most important key adalah trust. Kalau tak percaya, memang susah. Kalau tak percaya.. Daripada situ lah timbul keraguan, selalu cemburu buta, kesetiaan dipersoal ...
dan seterusnya membawa kepada keretakan di dalam perhubungan.

Percaya ni kita bina dari diri sendiri dulu. Ianya boleh dibina dengan kita tunjuk bahawa kita boleh dipercayai. Kalau nak buat pasangan kita percaya kat kita, kita kena buktikan dulu bahawa kita ni boleh dipercayai. Caranya? 
Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ketidak-percayaan.

2. Tolak ansur/bertimbang rasa

Haaa ni pun sangat sangat penting juga. Bagi saya, kalau tiada lah tolak ansur di dalam sebuah perhubungan, maka rapuh la ia. Iyelah. Kekadang.. biasa lah kita ni ada berlainan pendapat dengan pasangan kita atau ada hal yang kita tak puas hati dengan pasangan kita atau tiada kesefahaman di dalam sesuatu perkara kan. So, masa ni lah pentingnya untuk kita mengamalkan sifat toleransi dan bertimbang rasa.

Iyeeee. Saya memang tiada pengalaman lagi(sebagai seorang isteri), tapi saya lihat dan belajar dari 'sekeliling' saya. Kekadang saya persoal juga diri sendiri..dah bersedia ke nak kahwin ke ni sebab saya takut tak boleh nak bertolak ansur dengan suami saya nanti hahaaha. Yelaa orang kata lepas kahwin ni lah 'perangai sebenar' pasangan kita keluar kan. Haha.

3. Kurangkan ego

Siapa lebih tinggi egonya? Si lelaki ke atau si perempuan? Ehem. 

Jawab sendiri la eh haha. Masing-masing ada egonya sendiri. Dalam sesetengah situasi, ego si lelaki lagi tinggi. Tapi dalam sesetengah situasi, ego si perempuan lagi mencanak tinggi.

Ermm so..kurang-kurangkan lah ye ego ni dan juga seimbangkan lah demi kesejahteraan dan juga kedamaian perhubungan bersama. Hehehe.

8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan
LOVE
4. Sabar

Fuh fuhhhh fuhhhh! Ni susah nak buat ni. Fuhh! Susah nak jadi manusia bersabar. Apatah lagi menjadi pasangan yang bersabar haha.

Be patient.

Bersabar.

Si lelaki kena banyak banyak banyak bawa bersabar dengan karenah dan ketidak-matangan(kadang-kadang) si perempuan.
Si perempuan pula kena banyak bersabar dengan perangai dan ketidak-perasaan(heartless) si lelaki.
Baru lah seimbang gituuu~

Jap...sabar ni sama ke dengan bertolak ansur? Hahaha. Confuse pula den. Macam nak sama je kan =.= takpelah takpelah.
Next!

5. Stay positif

Ni nama dia.."monolog dalaman".

Kena sentiasa menjampi serapah diri sendiri dengan kata-kata positif dan juga kata peransang dan kata-kata semangat kepada diri sendiri (dan juga pasangan) agar sentiasa tetap berdiri teguh dan ceria dalam menghadapi cabaran dugaan halangan masalah pada hari yang mendatang di dalam perhubungan! (fuh senafas! Haha)

Bila positif dah ada dalam diri..unsur unsur negatif boleh lahh ketepi sikit pleaseee!

6. Hati-hati/waspada

Umi saya pernah pesan dan maksudnya lebih kurang begini.. 

" di dalam perhubungan ni jangan letakkan kepercayaan 100% terhadap pasangan kita. Letakkan sikit rasa waspada & bersikap hati-hati terhadap pasangan."

Mungkin dengan bertindak sebegini..kita takkan rasa menyesal & tak wujud peribahasa "nasi susah menjadi bubur" atau "sudah terantuk baru terngadah" di dalam hidup kita. 

Bak kata lain, kita perlulah "sediakan payung sebelum hujan" di dalam setiap tindakan dan juga boleh di-apply kan di dalam perhubungan.

(perghh 3 peribahasa dalam satu point #kauhado)

7. Memahami

Kita ni manusia. Manusia ni sifatnya tak sempurna. Ada kekurangan, ada kelebihan, ada cacat celanya. Jadi, kita perlulah sentiasa tanamkan diri kita untuk berusaha memahami pasangan kita. Kalau ada sesuatu yang kita kurang faham dengan tindakan pasangan kita atau tidak boleh memahami sifat pasangan kita yang satu ni....bawa lah berbincang.

That's why.... point yang seterusnya juga perlu lah dilakukan.

8. Sentiasa berkongsi cerita

Bercerita masalah, 
meminta pendapat, 
meluahkan rasa ketidakpuasan hati, 
berkongsi perasaan....
semua ni jika dilakukan secara berhemah setiap hari...InshaaAllah kebahagian&kedamaian sesebuah perhubungan dijamin kekal.

8 Sifat Penting Dalam Mengekalkan Keharmonian Sesebuah Perhubungan
keharmonian dalam sesebuah perhubungan
Okay cukup lah lapan(8) kan? Hahaha. Isi bagi setiap point ke bawah makin kurang. Makin hujung makin sikit perkataannya haha. 

Yang paling utama dalam hidup kita ni sebenarnya adalah Allah. Yang memberi kekuatan, ketenangan dan keredaan dalam diri kita adalah Allah. Jadi, jika kita dan pasangan kita mendekatkan diri&keluarga kepada Allah bersama-sama..inshaaaAllah semuanya dipermudahkan Amin.

Okay itu saja! Wassalam. 

p/s: perhubungan di sini merangkumi hubungan percintaan, pertunangan & di dalam rumah tangga.

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p