Siapa pernah mengalami situasi salah satu ni - sakit gigi sampai menangis-nangis, sakit gigi sampai rasa nak hentak-hentak kepala, sakit gigi sampai tak boleh nak buat apa? Kalau ada, tahniah sebab anda dah melepasinya. Kalau sesiapa yang sedang mengalaminya, harap bertabah. Kalau siapa yang belum mengalaminya (contohnya saya), siap sedia la pada hari yang mendatang mungkin anda akan kena hahaha. Banyak jenis tau sakit gigi ni. Sakit gigi geraham atas lah, sakit gigi bengkak lah, sakit gigi berlubang lah, sakit gigi geraham belakang lah, sakit gigi geraham bawah lah, sakit gigi saat hamil pun ada juga ye? Okay .. bila sakit gigi biasanya korang buat apa untuk legakan? Korang just tahan je kesakitan tu? Atau jenis yang memang kebal sekebal-kebalnya just ignore sakit gigi tu? Atau tak tahan then terus pergi klinik minta ubat? Atau ada tips dan cara melegakan dan merawat sakit gigi yang diamalkan sendiri di rumah?
Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi
Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi |
5 Cara Melegakan dan Merawat Sakit Gigi
5 tips melegakan sakit gigi dan seterusnya menyembuhkan sakit gigi ni (inshaaAllah) kawan saya yang beri. Sebab dia dan keluarga dia pernah amalkan ketika mereka sakit gigi. So, kalau nak cuba boleh lah.
1. Tempek daun bunga raya putih (first time saya dengar sebenarnya haha)
2. Kumur air garam (sila tahan kepedihan ketika buat cara no.2 ni ye haha)
3. Makan ubat homeopati
4. Tak makan makanan yang buat badan kita panas such as bihun, daging & lain lain.
5. Tuam dengan ais batu
Last solution: pergi klinik jumpa doktor.
daun bunga raya putih credit foto: ciksitiwankembang.com |
Mungkin ada yang pernah buat cara-cara di atas ketika mengalami sakit gigi kan. So, macam mana? Berkesan tak? :)
0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p