ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK! - sayidahnapisahdotcom ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
LightBlog

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!

"Saya pernah menggunakan produk kecantikan dan sangat cepat melicinkan wajah. Tapi saya ragu-ragu selepas membaca di laman sosial kesan produk yang ada bahan kimia. Apakah antara nama bahan yang berbahaya untuk kulit dan kesihatan?"
- Diana Dahlia, Setapak.

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
elakkan 10 bahan terlarang dan berbahaya ini dalam produk
credit foto: creamwajahalami.com
Perlu diingatkan apabila membeli produk untuk kulit muka perlu baca setiap bahan kandungan produk terbabit. Ada sesetengah produk muka nampak perubahan ketara apabila digunakan dan ada yang tidak sampai seminggu mengakibatkan radang di wajah.

Perubahan yang sangat cepat bergantung pada kandungan bahan dalam produk itu. Kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti yang tertera di bawah:

1. Midazolidiny urea dan diazolidinly urea

Ia adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas paraben. Bahan utamanya adalah formaldehid yang dikenali untuk mengawetkan mayat dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan dan pengeluaran air mata.

2. Methly, proply, butly, dan ethyl paraben

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, kandungan ini masih banyak digunkana. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

3. Petrolatum

Elakkan petrolatum atau wangian berbahan petrolaum kerana ini adalah byproduct daripada pengeluaran minyak bumi dan petrol.

4. Proylene glycol

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol dan diperbuat daripada gandum. Propylene glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

5. PVP/VA Coloymer

Zat kimia yang menghasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikelnya boleh menyebabkan kemasukan benda asing pada paru-paru yang sensitif.

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk harga pos
order WHATSAPP/SMS 017200842
6. Stearalkonium chloride

Ia dibangunkan oleh industri tekstil sebagai pelembut kain. Zat kimia ini juga terkandung dalam perapi dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

7. Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan..

8. Warna sintetik

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali kali menggunakannya.

9. Haruman sintetik

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.

10. Triethanolamine

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata. 

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk harga pos
order WHATSAPP/SMS 017200842
Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat yang dijual di laman sosial. Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada 'harga berpatutan'

Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina itu digunakan secara berleluasa.

Ia boleh menghakis kulit dan sesetengahnya menggunakan lemak khinzir.


Sumber:
Dr Jamil Jamal Buhari
Pakar Kecantikan, Aestetik, Klinik Pesona
Akhbar Berita harian

Post a Comment

0 Comments