Okay baca tajuk dia pun dah meremang kan? Lagi-lagi baca time tengah malam. Kan kan kann. Angguk cepat! Hahaha.
Okay lah haritu...
Saya solat di ruang tamu. Solat jemaah dengan umi. Saya jadi imam, umi jadi makmum. Okay solat lah seperti biasa. Takbiratulihram. Iftitah. Al-fatihah. Surah.... Dan rukun-rukun solat yang lain.
Saya tak ingat rakaat yang keberapa. Tapi masa tu saya tengah berdiri lah yang pasti. Saya macam ternampak bayang putih kat tepi saya. Zapppp! Serius terkejut! Dupdap dupdap dupdap.
Tapi jangan salah faham, saya nampak dari mata saya yang tepi. Bukan saya toleh ke kiri semasa saya solat. Hahaha. Saya macam nampak bayangan putih dari tepi mata saya je. Sipi-sipi macam tu.
Benda tu gerak-gerak.
Aduhhhh den tak khusyuk dah ni hahaha. Cis! Apabenda tu weh. Lembaga mana pula ni mai rumah den. Tak pernah-pernah pun jadi macam ni.
Tapi, yang peliknya, time saya rukuk atau sujud, benda tu tak ada. Benda tu hilang. Dissapear.
Aik.
Main aucak aucak pula dia?
Then, dah lepas beri salam semua. Saya relaks jelah, taknak tunjuk kat umi saya cuak kan.
Zikir..doa..salam umi. Bangun.
Saya pun cuba berdiri tegak statik, nak tengok ada ke tak benda putih tu dekat tepi mata saya.
Ada lagi dia!
Saya kuatkan iman untuk pandang ke belah kiri untuk bertentang mata dengan benda tu. Bismillah....
Rupanyaaa...
Saya sendiri! Cermin kat sebelah saya! Gerak-gerak sebab kipas pasang volume 3. Ciskekkk! Hahaha penat je cuakkkss time solat tadi ingat mende laaa.
Saya bukan nak pedajal anda semua ye dengan ending cerita 'seram' ni. Sebab saya memang rasa seram bila benda atas ni berlaku sehingga lah saya find out rupanya lembaga putih tu ..adalah saya sendiri yang memakai telekung putih! HMPH!
Tak saspens betul lah cerita ni.
HAHAHAHA. *please jangan lempang saya. Kbaii.
2 Comments
Hahaha.. pernah jadi gak camnie tapi masa tu dekat surau shopping mall..
ReplyDeleteMemang cuak giler, dah la solat sorang2.. ingatkan iye lah makhluk asing..
Rupanya bayangan sendiri.. Abis kekusyukkan solat.. hehehe..
hahaha ingatkan nampak benda tu betul2 . nasib baik lah kalau tak sy yg baca ni pun takut hahaha
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p