goodluck PT3 students for tomorrow! - sayidahnapisahdotcom goodluck PT3 students for tomorrow!
LightBlog

goodluck PT3 students for tomorrow!

Pagi tadi saya ada ajar sorang budak PT3 subjek matematik. Sempat lagi laa ajar dia walaupun esok dah nak mula PT3 kan haha. Kelas tutor pagi tadi kami fokus pada topik yang dia agak lemah iaitu penjelmaan, translasi, kesamaan, persamaan linear dalam satu pembolehubah, nisbah, kadar dan kadaran, koordinat, ungkapan algebra & pembesaran. Eh banyak pulak topik haha. Kami buat soalan-soalan mudah untuk beri dia faham konsep. Kemudian, dia tanya soalan-soalan KBAT dalam buku latihan dia. Nasib baik den boleh jawab haha. Cuma satu je soalan KBAT tu tak boleh nak jawab sobsob. Lepastu, malam ni ada lagi dia nak kelas tutor 2 jam. Fokus pada 2 topik sahaja - lokus & persamaan linear dua pemboleh ubah. Sebab dia tak tahu dua topik tu dia kata. Ya Allah dik, kalau cikgu... esok ada peperiksaan besar, malam ni dah cuak dah kalau ada topik yang tak tahu hhahaha. Tapi takpela, senang kacang je topik tu hehe. InshaaAllah boleh jawab punya.

goodluck PT3 students for tomorrow!

goodluck PT3 students for tomorrow!
goodluck PT3 students for tomorrow!
Esok kertas PT3 Bahasa Melayu dan Matematik kan? Dah sedia belum adik adikk? Hehehe. Goodluck and do your best! Matematik tu senang je. Jangan lupa hafal formula yang berkaitan dan buat soalan-soalan ramalan yang biasa nya ditanya. Study juga topik-topik spot PT3.

goodluck PT3 students for tomorrow!
soalan nampak macam susah, hakikatnya jawapan penyelesaiannya mudah sahaja
Kalau ada soalan tulis panjang-panjang (KBAT), jangan panik! Baca satu-satu ayat dan fahami apa cerita dia dan apa dia nak. Keluarkan info satu-satu. Kemudian, cari kaitan antara mereka dan selesaikan. InshaaAllah boleh punya!

Yang penting, jangan lupa minta restu dan doa ibubapa dan guru-guru ye adik-adik sebelum peperiksaan. Doa ibu dan guru tu penting :D

Okay itu sahaja, doa & selawat banyak-banyak. Minta diberi hati yang lapang dan tenang dalam menjawab soalan kertas peperiksaan.

Semoga berjaya! Chaiyok!

Baca juga: TIPS SKOR A KERTAS MATEMATIK - PT3&SPM

goodluck PT3 students for tomorrow!
berminat nak ambil saya sebagai tutor matematik/matematik tambahan anda? hubungi saya 0172008642

Post a Comment

1 Comments

  1. Adoiii laaa, esok(hari nie) nak peksa ada lagi tuisyen ... Huhuhu ... Semoga adik2@anak2 PT3 diberikan ketenangan untuk menduduki peperiksaan ...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p