resah gelisah kerana rezeki - sayidahnapisahdotcom resah gelisah kerana rezeki
LightBlog

resah gelisah kerana rezeki

ada yang di luar sana dan juga di sini yang resah gelisah kerana rezeki. yang berfikir setiap hari untuk mendapatkan rezeki. ada yang runsing kerana rezeki yang dia mahu belum dikecapi. ada yang stresss kerana tidak cukup dengan rezeki yang sedikit. ada yang lupa mahu mengucap syukur dengan rezeki yang dia ada.

resah gelisah kerana rezeki

resah gelisah kerana rezeki
resah gelisah kerana rezeki

rezeki itu macam-macam. rezeki berbentuk kewangan. rezeki dalam bentuk kesihatan. rezeki ketenangan hati. rezeki mendapat anak yang solehah. rezeki cemerlang dalam pelajaran. rezeki sempurna fizikal. rezeki kedamaian jiwa. rezeki isteri/suami solehah. rezeki cuaca yang baik. rezeki hidup tidak merempat. rezeki pekerjaan. rezeki ilmu. rezeki kecantikan.

rezeki itu ada yang lambat, ada yang cepat. ada yang nikmat, ada yang didatangkan sebagai ujian. ada yang haram, ada yang halal. ada yang jauh, ada yang dekat. ada yang kena tunggu lama, ada yang secara tiba-tiba. ada yang kita duga, ada yang kita tidak sangka.

rezeki itu boleh jadikan kita seorang manusia yang bersyukur, ada juga yang menjadikan seseorang bertambah tamak dan berasa tidak cukup sentiasa. rezeki itu ada yang kita nampak hikmahnya, tapi ada juga yang kita tidak dapat menafsirkan apakah hikmah di sebaliknya. 

bersangka baik lah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kita. & bersyukurlah, pasti Allah akan menambahkan lagi rezeki pada kita. takut-takut kalau kita lupa untuk mengucapkan syukur, kita menjadi orang yang kufur dan sombong..nauzubillah.

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p