dalam kegelapan... - sayidahnapisahdotcom dalam kegelapan...
LightBlog

dalam kegelapan...

dalam kegelapan...

tutup lampu
baring
tutup mata
buka mata..

gelap gelita
pandang kanan gelap
kiri pun gelap
pandang depan pun gelap
gelap belaka
tidak nampak apa

apabila engkau
dalam kegelapan..
apa yang kau rasa?
apa yang kau fikir?
apa yang kau takutkan?
apa yang kau bimbangkan?
apa yang kau..
lakukan?

apabila aku
dalam kegelapan..
ada ketika aku
merasa tidak keruan
dihimpit rasa takut
oleh sesuatu yang ghaib
oleh sesuatu yang tak nampak.

ada ketika
semasa dalam kegelapan
aku terfikir
inikah rasanya..
inikah feeling-nya..
inikah sunyinya..
inikah suasana..
di dalam kubur?
keseorangan
tiada teman yang menemani
hanya kita seorang.

ada juga masanya..
ketika dalam kegelapan
aku berasa tenang
senyap dari sebarang bunyi
bagai tiada masalah
menunggu masa 
untuk belayar
ke alam mimpi



dan engkau...
apabila engkau
dalam kegelapan yang teramat gelap..
apa yang kau rasa?

dalam kegelapan...

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p