Bapa Aishah, Pak Muiz buang tebiat - DRAMA LARA AISHAH - sayidahnapisahdotcom Bapa Aishah, Pak Muiz buang tebiat - DRAMA LARA AISHAH
LightBlog

Bapa Aishah, Pak Muiz buang tebiat - DRAMA LARA AISHAH

Saya bukan peminat tegar drama Lara Aishah, apatah lagi follow setiap hari drama Lara Aishah ni tapi peminat tegar nya adalah umi dan abi saya hahaha. Pukul 6 petang tu memang akan berkumandang lagu "ku berikan segalanya, semua dan sesungguhnya. Cinta dirgahayu~ cinta dirgahayu, cinta kau dan aku". Haaa setiap kali berkumandang tu lah saya karaoke ikut sekali Faizal Tahir & Siti Nurhaliza menyayi. Ehem walaupun suara tak berapa nak merdu kan.  

Bapa Aishah, Pak Muiz buang tebiat - DRAMA LARA AISHAH


Saya dah kata saya tak follow pun cerita Lara Aishah ni, tapi disebabkan umi pasang suara TV dengan kuatnya (sebab suara pelakon-pelakon Melayu memang perlahan tapi muzik kuat) dan TV pun berada dekat ruang tamu je so memang boleh dengar lah. Sampai sekarang saya dah boleh kenalpasti watak-watak dalam drama tu haha.

Yang paling menarik perhatian saya adalah episod semalam dan petang tadi (Episod 91&92), di mana bapa Aishah (Fasha Sanda) iaitu Pak Muiz buang tebiat. Pak Muiz:

1. Minta Aishah buatkan maggi untuk dia sebab tiba-tiba rasa nak makan maggi
2. Minta Aishah suapkan maggi
3. Meluahkan rasa sayang kepada Aishah sambil menangis teresak-esak
4. Bersalaman dengan anak-anak nya sebelum keluar rumah
5. Berpesan kepada anak sulungnya untuk menjaga adik-adik
6. Beria-ria memberi amanat, walhal nak pergi rumah jiran je

Haa tu lah antara 'buang tebiat' Pak Muiz. 

buang tebiat
credit image: Google
Apakah yang dimaksudkan dengan buang tebiat sebenarnya?

'Buang tebiat' ni adalah kelakuan atau perbuatan yang kita tak pernah buat atau tiba-tiba je nak buat atau pelik. Kebiasannya, buang tebiat ni kita kaitkan dengan sesuatu yang buruk (atau kematian) bakal berlaku kan? 

Macam kes Pak Muiz ni.. tak lama kemudian dia kena culik dengan orang jahat (anak buah Mak Tok). Lepastu kena dera dengan Mak Tok. Dah la Pak Muiz tu ada kencing manis, darah tinggi kan. Tergigil si Pak Muiz tu. Akhirnya, Mak Tok arahkan anak buah dia tembak Pak Muiz. Mati kena bunuh. Ish den geram betul la dengan Mak Tok ni. Rasa nak lempang 100 kali je. Sebab jahat bebeno. haha *emosi*.

Okay back to 'buang tebiat'. Saya tanya la kat umi "umi, buang tebiat ni kita perasan tak? kita perasan ke kalau kita buang tebiat?". Umi kata kita tak perasan. Dia macam natural je keluar, tanpa disuruh-suruh. Nanti dah lama-lama baru kita perasan kita buang tebiat. Ohhhh cenggituu.

Tapi jangan la pula kalau ada orang yang hendakak atau sudah berubah ke arah kebaikan, kita kata pula dia buang tebiat. Takmo takmo. Kesian dia. Hehehe.

Okay daa~wassalam :)

Post a Comment

4 Comments

  1. sedih n geram tgok pak muiz mati dlm citer tu..

    ReplyDelete
  2. Lahh sedihnya part tu, mai takde astro lagila tak tahu menahu pasal drama terkini, hahaha.

    ReplyDelete
  3. Kak Sue pun tak layan cita nie..layan cita Korea je..ehehe..

    ReplyDelete
  4. just get thru this entry lepas dgr lagu Dirgahayu...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p