Bila kau tolong orang, Allah akan tolong kau.Kalau kau bantu orang, Allah akan bantu kau.Kau mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kau.Kau senangkan kerja orang, Allah akan senangkan kerja kau.
kau tolong orang, Allah akan tolong kau credit image: Google |
Itu yang saya pegang. Itu yang saya percaya. Kata-kata tu somewhat memujuk saya untuk berbuat baik pada orang lain. Kata hikmah tu membuatkan saya rasa gembira dan mudah untuk membantu orang lain dalam sesuatu perkara.
Contohnya, blog ini. Blog ni antara cara atau medium untuk saya membantu orang di luar sana. Memberi info dan ilmu yang mungkin orang tak tahu. Berkongsi cerita dan kisah pengajaran yang mungkin membuka hati mereka ke jalan yang lebih lurus. Menulis entri berkaitan dengan blog yang mungkin memberi semangat/inspirasi kepada bloggers lain atau entri tutorial yang mungkin membantu blogger newbie yang zero pengetahuan tentang blog.
Sekecil-kecil perbuatan pun, nanti akan dihisab juga kan?
kau tolong orang, Allah akan tolong kau credit image: Google |
Blog tu antara satu contoh je. Banyak lagi contoh lain...
Kawan mengadu masalah, kau bantu dia dengan dengar masalah dia. Sebab kau tak tahu nak tolong apa selain mendengar dan menjadi bahu untuk dia menangis. Itu juga satu bentuk pertolongan. Nampak kecil tapi bermakna bagi seseorang (kawan tersebut).
Mak sakit tangan, lenguh badan. Tapi kau busy. Sangat busy. Tapi kau curi masa untuk urut tangan dan badan mak kau walaupun sekejap. Kau sanggup tinggal kerja sebentar untuk melayan mak kau. Percayalah, Allah akan melapangkan masa kau apabila kau melakukan tindakan tersebut. Besar pahalanya mengutamakan insan bernama ibu.
Dan lain-lain lagi..
credit image: Google |
Makanya.. moral of the story.. berbuat lah baik. What goes around comes around. Buat baik dapat baik. Buat jahat dapat jahat. Selepas kesusahan ada kesenangan. Selepas kesukaran ada kemudahan. Believe Him, no matter what :)
Adios!
3 Comments
yup...what goes around comes around..InsyaAllah ada ganjaran utk setiap satu perbuatan...yg penting niat kena betul :)
ReplyDeleteYe betul tu. Semakin byk kita tolong semkin besar Allah beri.
ReplyDeleteYes, memang betul.. Jika kita ikhlaskan dan betulkan niat kita untuk menolong orang lain kerana Allah, pasti Allah akan membalas berlipat kali ganda.. =)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p