Haa dah lama den tak update pasal makanan dalam blog ni. Ada je gambar-gambar dan modal nak bercerita tentang makanan, tapi malas kan. Gitu lah gayanya haha. Okay lah kali ni jom kita ushar roti bakar mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar, Perak. Kenapa dikatakan roti bakar mengancam? Meh nak habaq mai~
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar
|
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
Roti bakar di Restoran Yusuf Laksa ni memang mengancam! Special tau cara hidangan dan menu makanan sampingan dia. Okayy.. Roti bakar yang biasa kita tahu dan biasa makan di restoran-restoran kan just roti empat segi nipis & kaya kan?
Tapi yang di Yusuf Laksa ni, roti bakar yang digunakan adalah roti tebal yang orang panggil 'roti benggali'. Di atas roti bakar tersebut, diletaknya telur separuh masak. Di samping tu, disediakan juga kaya dan kuah sup. Umphhh mantop! Saya tak pernah rasa roti cicah sup sebelum ni. Yang kat Yusuf Laksa ni first time. Sedap jugak.
Harga bagi satu pinggan set roti bakar ni RM4. Bagi saya berbaloi. Bagi jenis orang yang perut kecil, memang dah cukup kenyang dengan makan 1 set ni haha. Haritu pun saya kongsi dengan kakngah saya. Tapi serious la kan, memang sedap! Roti lembut. Plus, saya suka telur haha. Memang menepati cita rasa saya.
|
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
|
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
|
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
Tapi pada hari kedua nya saya pergi dalam waktu tengahari macam tu, kaya dah habis. Then, dia ganti dengan susu pekat. So... kalau nak rasa roti bakar kaya, kena la pergi pagi. Kalau tengahari atau petang, takut dah habis kayanya. Tapi susu pekat sedap juga rasa roti bakarnya hahaha.
Abi order laksa, umi order mee jawa, kakngah dan saya kongsi ABC.
|
ABC |
|
ABC menggunung tinggi di Yusuf Laksa |
|
Laksa di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
|
Mee Jawa di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
Pada sesiapa yang berminat nak cuba Roti Bakar atau menu lain di Yusuf Laksa, boleh la pergi situ. Lokasinya berhampiran dengan Sungai Perak. Nombor telefon Yusuf Laksa boleh ambil di gambar bawah ni.
|
Roti Bakar Mengancam di Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
|
Yusuf Laksa, Kuala Kangsar |
|
Singgah jap kat sungai Perak |
Okay siapa yang meleleh leleh air liur tengok roti bakar tu, sila lap balik haha. Adios!
5 Comments
Owh.. makan dengan supnye.. cam best lak.. ada pilihan nak cicah kaya ke sup.. ohsem
ReplyDeletemenarik (^_^)
ReplyDeletefeh, sodap ni....hehe
ReplyDeletesedapnya!!
ReplyDeletejom join 1st giveaway MG kat blog baru!
http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html
Alaaaa..saje je la KC ni....mee jawa tu nampak sedap...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p