Antara misi sayidahnapisah pada tahun 2017 - daftar ssm (suruhanjaya syarikat malaysia) untuk diri sendiri. Yeap, saya berniat nak kerja sendiri. So, abi nasihatkan saya better daftar SSM kalau niat gerak sendiri dalam dunia pekerjaan. So that senang nanti kalau ada apa apa atau nak buat apa apa (contohnya nak beli rumah ke). Okay so, saya pun daftar ssm secara online. Mungkin ada yang tak tahu lagi tapi kita boleh daftar ssm secara online tau. Macam mana caranya? Mudah je!
cara daftar ssm secara online
cara daftar ssm secara online |
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN (ezbiz online)
1. Daftar sebagai pengguna portal ezbiz (ezbiz.ssm.com.my ) menggunakan alamat emel yang sah.
Kita kena sign up dulu di laman web ezbiz. Isi apa yang patut di registration form.
Lastly, jangan lupa tick right di bahagian declaration I have read and understood the Protocol on E-Lodgement and agree to the Terms and Conditions of the Ezbiz Online portal.
Kemudian, klik SAVE.
Kemudian, klik SAVE.
cara daftar ssm secara online |
cara daftar ssm secara online |
cara daftar ssm secara online |
2. Aktifkan ID di mana-mana kaunter SSM sekali seumur hidup.
And then, kita akan terima emel SSM-EZBIZ User Registration Notification dari pihak EzBiz. Apa guna emel ni? Kita perlu print out emel ni dan bawa semasa pengaktifan ID di kaunter SSM.
cara daftar ssm secara online |
So, nanti bila kita pergi kaunter SSM, mereka akan minta untuk kita tunjukkan emel tersebut + kad pengenalan. So, dua benda ni penting - salinan emel & IC.
cara daftar ssm secara online - pejabat SSM di Seremban |
cara daftar ssm secara online - kaunter 7 kaunter ezbiz online di SSM Seremban |
Lepastu, pihak perkerja SSM akan pesan.. kita akan terima emel kedua dari Ezbiz Administrator. Then, baru lah boleh buat step ketiga.
cara daftar ssm secara online - emel kedua dari pihak ezbiz |
3. Perbaharui pendaftaran perniagaan secara atas talian.
DONE!
Step ketiga tu saya tak tunjuk secara detail sebab saya tak buat lagi wakakaka. Saya baru buat step pertama dan kedua. Step ketiga ni nanti kalau saya rajin, saya share ye hehhee.
Pendaftaran pernigaan (tak kisah la apa jenis perniagaan pun - Enterprise atau SDN BHD) di SSM secara online ni:
+ mudah
+ cepat
+ 24 jam/seminggu
+ tak perlu beratur panjang
+ tak perlu redah trafik
+ tak perlu parkir
Cuma, step kedua tu je kena pergi kaunter SSM sekejap untuk aktfikan ID. Selebihnya, boleh hadap laptop/PC je :)
cara daftar ssm secara online |
Goodluck~ Adios! Daaa~
14 Comments
nice sharing :D Insya Allah nanti Mellya pun nak berdaftar hihi
ReplyDeletesenangnyaa. tak payah susah tnggu berjam
ReplyDeletehaha tunggu elsa ada bukak bisnes baru boleh buat ssm hakhak
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/alexa-rank-blog-elsaalicious-1.html
Kalau nak mohon yang student free tuh, boleh melalui online juga ke? Terima kasih =D
ReplyDeletestudent free? yang mana ye? hehee
DeleteKalau pergi pejabat dia baw ic ngan salinan email tu wakilkan orang lain boleh ke eh
ReplyDeleterasanya boleh je. sebab dia nak aktifkan je ID SSM kita.
Deleterasanya laa hehe
tak boleh rasenye..sebab nanti dy nak cap jari kita untuk confirm kan kite sendiri yang pergi, takut ade penipuan dlm pendaftran sesuatu perniagaan.
DeleteTerima kasih untuk info
ReplyDeleteTq for share
ReplyDeleteBru nk daftar SSM online..ingtkan boleh daftar terus je..rupanye kene buat pengesahan ic jgk kt pejabat SSM..klu xsilap sblm ni boleh je dftr terus
ReplyDeleteonline ni untuk perbaharui lesen sahaja atau nak daftar baru nama perniagaan pun boleh?
ReplyDeletetq sharing info
ReplyDeleteAssalammualaikum, dah cuba, tapi asyik hang je. Anyway, thanks for the info, very useful...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p