Bila terjumpa nota-nota bila ambil lesen kereta manual dulu-dulu, mesti kagum kat diri sendiri kejap. Sebab sanggup ambil lesen kereta manual padahal ada je dibuka lesen kereta automatik (auto) masa tu. Hmmm saya pun pelik. Pelik kenapa saya bersusah payah nak ambil manual sampai test jpj kena repeat tiga kali? Walhal, auto mesti lagi senang dari manual kan?
kenapa ambil lesen kereta manual, bukan auto?
kenapa ambil lesen kereta manual, bukan auto? credit image: hazirah |
Ramai juga yang tanya saya soalan yang sama - kenapa ambil lesen kereta manual?
-kenapa tak ambil auto? Eh, suka hati saya lah nak ambil lesen kereta yang mana hahaha.
Actually.. Sebelum saya decide which one I wanna take, saya tanya orang. Tanya family, tanya kawan. mana satu lagi okay? mana satu saya nak ambil?
-baik ambil lesen kereta manual. Sebab bila expert manual, confirm kita akan expert auto tapi TIDAK sebaliknya.
- lebih advantage untuk ambil lesen kereta manual berbanding auto. Sebab bila ada emergency case dan masa tu juga lah hanya ada kereta manual, at least kita boleh lepas. tapi TIDAK sebaliknya.
- better pandai guna kereta manual berbanding hanya pandai guna kereta auto. Sebab bila pandai guna kereta manual, mesti pandai guna kereta auto. Yelah kereta auto senang je nak belajar. tapi TIDAK sebaliknya.
Haaa atas ni adalah antara nasihat-nasihat dan juga kata-kata yang famous sebelum saya berkira-kira nak ambil manual atau auto. Yang lawaknya, tak ada orang pun yang suruh saya ambil lesen kereta auto. HAHAHA. So, saya pun choose laa to take lesen kereta manual.
Dan yang lagi lawaknya, selepas saya dah repeat SEKALI, dan DUA KALI.. ada pula lah beberapa orang yang
- kenapa tak ambil lesen kereta auto?
- buat apa susah-susah ambil lesen kereta manual? bukan ada kereta manual pun sekarang ni. majoriti kereta auto. so, why bother ambil yang manual?
- kalau lah kakcik ambil lesen kereta auto, mesti tak payah repeat pun jpj test.
Dan saya pun berGRRRRRRRRRRR sebab kenapa tiba-tiba ada suara-suara yang suruh saya ambil lesen kereta auto walhal, sebelumsebelum ni tak ada pun? =.=
Itu bermakna... saya ditakdirkan untuk ambil lesen kereta manual kan? Hahaha. Okay lah, sebelum nak tamatkan cerita ni, nak tahu tak apa yang lagi lawak dari cerita atas atas ni?
Lebih lebih lawaknya.. selepas saya lulus ujian JPJ bulan 2 tahun 2016 *dengan susah payahnya* sehingga sekarang bulan 3 tahun 2017, saya tak pernah lagi drive kereta manual/auto even sekali pun. HUWAAAAA.
Okay confuse.. Jap cerita yang last ni cerita lawak ke, cerita sedih atau cerita sadis? Hahaha. Kbai. Daaa~
11 Comments
Masa abam kie ambik lesen pd 1995 dulu memang manual je yg ada..
ReplyDeleteTak pe...akan tiba saatnya kakcik memandu nanti..
ReplyDeleteMai amik lesen manual, senang kalau ada kereta apa pun, semua boleh drive.
ReplyDeleteTapi lesen auto ni advantage juga, untuk org macam adik mai ni, tangan kiri dia pernah terkeluar sendi, so lepas dah sihat pun tak kuat macam dulu lagi, so memang dia amik lesen auto jela,mcm mana nak main gear kan. Hehehe.
Nak tau citer..Lepas saya lulus dapat lesen memandu dari tahun 2007 rasanya, sampai skrg tak pernah bawa kereta..ni citer sedih ke lawak?haha
ReplyDeletebercerita isu ni... sis amik lesen kereta manual dan suami sis sendiri pun belikan sis kereta manual sebab suami cakap kereta manual lebih selamat (banyak kes tersalah tekan brek dengan minyak kan?) so sis ok je la dan bagus juga sebabnya tak semua orang boleh pinjam kereta sis sewenang2nya kereta ramai tak pandai bawa manual.
ReplyDeleteOk, satu cerita ni.. kwn suami dtg holiday kat sini, sis pun suruh la dia bawa keta sis, dia lebih tua kerja lecturer. Tapi sayangnya dia trpksa menolak sebabnya dia cakap dia dah lupa habis macamana nak bawa keta manual sebab dah terbiasa dgn auto. Dia siap cakap sapa masih boleh bawa kereta manual memang terror la.. haha
Better ambil lesen kereta manual, kalau jenis pandu laju macam brian O'connor, cuma orang fikiran sempit saja kata, mana ada kereta manual tu?, sebenarnya berlambak ada kereta manual.
ReplyDeleteBagi yang suka pandu slow,cermat, tak minat nak rushing better ambik auto. Kerana kereta auto direka untuk pemanduan bersahaja!
Akak ambik lesen pun lesen manual dan Alhamdulillah kereta auto pun akak boleh bawak, tapi dua orang adik akak tak pandai bawak kereta manual jadi susah nak suruh diorang jadi driver, hihihi
ReplyDeletedulu pun belajar manual jugak. dpt lesen, tp tak bwk. lepas 2 tahun baru boleh bawak dgn jayanya.
ReplyDeleteskrg dah boleh nak pecut kat highway. haha.. ok ni tipu.
masih bergelar pemandu berhemah..
belajar kereta manual ni bagus, pendapat2 di atas tu memang betul, tapi mungkin tempoh belajar untuk mahirkan manual tu kena lebih lagi, baru skill drive manual tu mantap!
ReplyDeleteIQ dulu ambik manual, sebab macam pendapat di atas, btw nak ambik auto pun sekarang banyak mahal ooo, adik ipar IQ pun terpaksa ambk manual sebab auto pnye lesen mahal sangat, dah la mahal, lesen auto tak boleh bawak manual, rugi la kat situ bagi IQ. hehe
airah pun amik manual. nanti papehal senang. memang kena rajin practice
ReplyDeletezaman saya takde option.
ReplyDeleteTak kisah la kan amik mana pun. yang penting dapat lesen.
JanjiKita
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p