SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral) - sayidahnapisahdotcom SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral)
LightBlog

SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral)

Benda paling scary sekarang ni : perkara viral yang tak pasti kesahihannya tersebar hangat laku seperti pisang goreng. Berita viral dicanang sana sini, copypaste di whatsapp, share di laman-laman sosial, sibuk bercerita tapi sahih ke tidak benda benda semua tu?

"Entah lah. Saya dengar dari orang tu. Saya hanya share je" 

Bukti tak ada tapi bercerita bagai nak rak macam betul sangat. Isu panas yang kita dengar kalau rasa rasa macam betul, terus share. Lepastu jadi viral sekelip mata. Tapi entah palsu entah benar isu tersebut. Scary kan? Yeap menakutkan tapi itulah yang terjadi sekarang. Malah makin menjadi-jadi. Jadi trend.


SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral)


sebenarnya

Nasib baik laa ada portal sebenarnya.my. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melancarkan portal Sebenarnya.my bagi menentang penyebaran berita tular palsu. Dengan moto “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, laman ini diharap dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa.


Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

viral

Antara artikel berita PALSU yang hangat diviralkan :
+ Mesin ATM seluruh negara ditutup akibat serangan Ransomware?
+ MCMC dan KDN rakam serta pantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat malaysia?
+ satu kesalahamn trafik, dua hukuman adalah tidak berpelembagaan?
+ pekerja KFC memijak ayam menggunakan kaki?
+ dua wanita dicukur kepala akibat mencuri?


BUKAN SEMUANYA BENAR DI INTERNET! 

Iya. Saya sangat setuju. Kekadang tak tahu fakta dari mana diambilnya, tapi orang boleh percaya. Lepastu sibuk duk viralkan kat orang ramai. Kalau betul tak apa juga. Kalau salah? Dah jadi fitnah. Very dangerous.

So, lepas ni korang (dan juga saya) kalau terima sesuatu berita, pergi dulu kat portal sebenarnya untuk mengesahkan kesahihan maklumat berita tersebut. Betul ke idok. Benar ke palsu. Fakta atau auta. 


Habis tu, boleh percaya ke berita kat Sebenarnya.my ni?

Boleh. Sebab setiap artikel dan penjelasan bagi setiap berita tersebut adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Siap bubuh link lagi kalau nak tengok original news daripada source tersebut. InshaaAllah boleh dipercayai.


Okay itu sahaja, daaa~!

Post a Comment

5 Comments

  1. Setuju tu. Bukan semua yg ada kat laman web tu 100% betul dan boleh dipercayai. Dgn adanya portal ni sedikit sebanyak memberi kesahihan berita tu. Thumbs up

    ReplyDelete
  2. Skrg ni zaman fitnah berleluasa. Susah nk percaya kebenaran satu2 cerita yg di sampaikan. Bagus ada portal mcm ni KC. Membantu kita utk tahu kesahihah satu2 cerita.

    ReplyDelete
  3. LOrrr suspen jerk kak cik ni.. Ingat ape la tadi... hahaha.. hadoiyaii..

    ReplyDelete
  4. Mudah mudahan dengan ada portal utk semakan dpt mengurangkan isu berita "tidak betol" yg sgt membimbangkan ketika ini... Tetapi yg paling utama adalah didikan kpd pengguna itu sendiri!

    Thanks share... ;(

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p