Pernah tak tengok orang tu tak tadah tangan ketika berdoa? Bila berdoa, dia just doa je tanpa menadah tangan seperti kebanyakan dan kebiasaan orang lain buat. Boleh ke tak boleh sebenarnya? Apakah doa orang yang tidak menadah tangan ketika berdoa itu diterima oleh Allah? Apakah hukum menadah tangan ketika berdoa? Saya pun kekadang confuse pada certain certain masa, nak tadah tangan ke tidak hahaa. Kalau tak tadah tangan rasa serba salah pula. Tapi saya pernah dengar umi kata takpe kalau tak tadah tangan semasa berdoa. Dan saya pun ada juga biasa tengok para ustaz/alim ulama yang tak tadah tangan pun time mereka berdoa. Hmmm..
Hukum Menadah Tangan Ketika Berdoa
Hukum Menadah Tangan Ketika Berdoa [sumber: Google] |
Soalan: (apakah) Hukum tadah tangan?
Jawapan (Dari Ustaz Azhar Idrus):
Tadah tangan ketika berdoa TIDAK WAJIB. Ia adalah SUNAT. Paham dop? Hukumnya sunat. Siapa yang tak tadah tangan, berdoa saje.. sah. Tangan tak buat mende, tak tadah.. dia duk gini lah (silang tangan kat dada) sambil baca "Allahumma rabbana atina fiddunya hasanah" boleh.
Sebab tu lah kalau nak makan boleh kita berdoa tak tadah tangan. Orang buh makanan depan "nah". Dia pun tengok makanan, pegang sudu je (tanpa tadah tangan) sambil baca "Allahumma bariklana fi ma rozaqtana wa qina 'azabannar". Lepastu makan. BOLEH.
Jangan duk kata kena tadah tangan. Tapi siapa yang nak tadah tangan, SUNAT.
Bila menadah tangan, tidak ada satu pun hadis yang ukur tinggi mana tapak tangan tapi keadaan menadah itu (adalah) keadaan meminta-minta. Hat tu yang dipaham. Hat Nabi duk buat nya keadaan meminta. Dua tapak tangan Nabi menghala ke langit. Tak khabar tinggi mana - paras hidung, paras mata, paras dahi ke paras mana.. cumapada ketika penting sangat, Nabi angkat tinggi. Dan kalau (masa) biasa-biasa, hat sokmo.. Nabi biasa sahaja. Macam orang nak minta beras dengan orang supaya orang bagi bantuan. Gitu lebih lebih kurang.
Jadi, kita boleh rapat gini (rapat kedua tapak tangan), gini (jarak sedikit kedua tapak tangan) boleh, gini (jarak banyak kedua tapak tangan) pun boleh. Menunjukkan minta pertolongan. Sebab orang berdoa orang minta tolong tak? Orang minta tolong.
Kalau gini (depangkan tangan) orang tak minta tolong. Ada orang yang malas, dia letak tangan gitu je (letak tangan di sisi sambil belakang sandar kerusi). Jangan tunjuk malas sangat. Sebab Nabi angkat (tadah tangan). Dia rajin. Nak minta tolong, biar rajin sikit.
2 Comments
Bergunanya info ni.airah pun selalu konfius.kdng2 org baca alFatihah tadah tgn kdg takk
ReplyDeleteTq sharing. Good info ni.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p