apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA? - sayidahnapisahdotcom apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
LightBlog

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?

Soalan-soalan yang sering saya dapat dan jumpa berkaitan dengan further study + lapor diri tamat pengajian JPA.. contohnya:

"Salam.. Nak tanya. I dah isi spa8. But, i would like to further my study. What should i do? Takpe ke dah isi jawatan pastu nak cancel balik? #mohonpencerahan"

"Salam sejahtera..Ada tak sapa-sapa yang pernah buat penangguhan kontrak JPA? Ada document lain yang perlu disertakan selain dari dokumen berikut ?1.Surat rasmi penangguhan (Borang J5 - borang permohonan penangguhan) 2. Salinan Surat tawaran uni"

"Nak tanya, kalau nak sambung belajar still kena lapor diri ke?"

"Saya nak tanya. kalau kita smbung degree, perlu ke nak lapor diri atau buat penangguhan kontrak sahaja..? Kalau kita lapor diri lepas konvo takpe kan sebab saya pernah baca entri saudari tentang lapor diri tu. kat dalam tu ada sebut lapor diri selepas 30 hari lepas result akhir, denda sebab langgar perjanjian. macam takut pulak sebab memang nak buat lepas konvo.."

"Saya nak tanya tentang penangguhan kontrak. Kalau kita smbung degree kena buat penangguhan kontrak ke?"

"Kalau nak sambung degree still kena lapor tamat pengajian gak kan?"

"Apa perlu buat jika mahu further study? kena lapor diri juga ke?"

"Macam mana nak inform JPA kalau nak sambung study? Yang borang penangguhan J5 tu kena pos atau boleh hantar online?"

"I had recommended to further my master degree, so how can I inform JPA about this? Is there any form to fill in or should I write a letter to JPA?"

"Macam mana ye nak inform dekat pihak JPA yang kita dah dapat tawaran master? Ada apa-apa borang nak diisi ke? Kalau ada boleh mintak link dia tak?"

So, untuk pengesahan dan juga jawapan yang sebetulnya dari pihak JPA berkaitan dengan perkara ini.. saya pun emel kepada JPA (email address: bayaran.bmi@jpa.gov.my). Ini adalah emel yang saya tanya kepada JPA:

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
kandungan emel saya kepada pihak JPA berkaitan further study dan lapor diri
Jawapan dari pegawai JPA Fadhlullah bin Abdullah Nawawi (fadhlullah.nawawi@jpa.gov.my):

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik sahaja menamatkan pengajian dengan jayanya adalah melapor diri ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian. Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web yang berikut:

1. Taip https://myself.jpa.gov.my/
2. Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan)
3. Log-in, Klik pada tab Pengajian
4. Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan

Sehubungan itu, adalah dipohon agar saudari dapat melapor diri tamat pengajian ke Jabatan ini dalam masa yang ditetapkan  dengan memuat naik dokumen yang berikut:

- Salinan Ijazah (Boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen) ;
- Salinan Transkrip Peperiksaan (Boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen); DAN
- Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (slip permohonan jawatan SPA) (www.spa.gov.my). (Pemegang biasiswa JPA dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan - bagi pelajar bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi). 

Salinan Ijazah dan transkrip peperiksaan boleh dimuat naik kemudian setelah diperoleh. Walau bagaimanapun, penama perlu mengemukakan dokumen bukti permohonan pekerjaan dengan pihak berkuasa melantik (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) (slip permohonan SPA) dan dimuat turun di capaian aplikasi online tersebut (MySelf).    

Sekiranya saudara/ri berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, penama adalah dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan Penangguhan Kontrak (J5) yang boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my/.  Saudara/ri juga perlu mengemukakan :

 (a)   Surat permohonan sambung belajar;
 (b)   Surat kebenaran penjamin untuk sambung belajar;
 (c)   Surat tawaran dari university; DAN
 (d)   Surat penajaan sekiranya ada.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan lapor diri penangguhan/pelepasan/perjanjian kontrak YBhg Datin boleh berhubung dengan pegawai ditalian berikut 03-8885 3299/3551/3533/3572/3534 atau emel ke perjanjian@jpa.gov.my.

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
jawapan dari pihak JPA

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
jawapan dari pihak JPA
Alamat JPA:
Unit Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

No.telefon JPA: 03-8885 3669

BACA JUGA:

Post a Comment

19 Comments

  1. assalamualaikum,saya ingin bertanya, saya telah pun mengisi spai8 dan saya ingin mendaftar bagi tamat belajar di portal myself, antara dokumen yang saya perlukan ialah bukti permohonan pekerjaan, saya telah pun melayari laman sesawang portal rasmi SPA namun saya tidak tahu dimana boleh mendapatkan bukti tersebut, boleh beri pencerahan>|?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. boleh rujuk di entri sini :)
      http://www.sayidahnapisah.com/2016/08/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i.html

      Delete
  2. Salam..
    Mana nk dapat (ii)surat kebenaran penjamin untuk sambung balajar

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Mana nk dapat (ii)surat kebenaran penjamin untuk sambung balajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. penjamin kena buat surat sendiri. surat yang menyatakan kebenaran untuk awak sambung belajar.

      Delete
  4. Salam sejahtera, Sy mau tanya yg surat permohonan sambung belajar tu kita kena buat sendiri seperti surat kebenaran dari penjamin tu juga? Dan, boleh ka kita mohon pinjaman/biasiswa lain utk Master walaupun belum convo dan masih terikat dengan perjanjian dgn JPA sebagai pelajar tajaan JPA semasa Degree?

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera, Sy mau tanya yg surat permohonan sambung belajar tu kita kena buat sendiri seperti surat (ii) kebenaran dari penjamin tu juga? Dan, boleh ka kita mohon pinjaman/biasiswa lain utk Master walaupun belum convo dan masih terikat dengan perjanjian dgn JPA sebagai pelajar tajaan JPA semasa Degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat sejahtera. yeap kena buat sendiri surat permohonan sambung belajar tu. soalan kedua tu saya tak sure. tapi rasanya boleh je.

      Delete
  6. Hi. Maksudnya kalau kita nak apply sambung master pun kita perlu lapor diri and kena apply SPA juga la ye? then baru isi borang J5 (Penangguhan Kontrak)? Am I right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. yeap. perlu mengemukakan :

      (a) Surat permohonan sambung belajar;
      (b) Surat kebenaran penjamin untuk sambung belajar;
      (c) Surat tawaran dari university; DAN
      (d) Surat penajaan sekiranya ada. :)

      Delete
  7. Salam sejahtera, kalau ada plan nak kerja satu tahun dalam company (star program) lepas tu baru sambung Phd ok tak? Bond tu macam mana jika dalam kes ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera. Ohh kalau kes macam tu saya tak sure pula. Sebab setahun je kan, lepas tu further study. So, bond tu macam dah terputus tengah jalan. Lebih baik awak tanya pihak JPA direct. sebab saya pun tak tahu. sorry :(

      Delete
    2. Oh okay, thanks for replying 😁

      Delete
  8. Assalamualaikum. boleh ke saya ingin melihat contoh surat kebenaran dari penjamin untuk sambung belajar? ini alamat e-mail saya (nisasukeri@gmail.com)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, kalau tidak keberatan, boleh saya tengok contoh surat ;

    1) Surat permohonan sambung belajar
    2) Surat kebenaran penjamin untuk sambung belajar

    dan boleh emailkan ke hilmihanoin@gmail.com

    Terima kasih banyak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf.. saya takde contoh untuk dua-dua surat tu. :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p