Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul - sayidahnapisahdotcom Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
LightBlog

Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyy. Walaupun saya tak berkesempatan lagi nak tengok filem Tombiruo : Penunggu Rimba di pawagam T.T.. tapi saya nak share juga lagu OST Tombiruo : Penunggu Rimba yang sayu, melankolik/ melankolis, mendayu-dayu + suara merdu penyanyi lagu OST Tombiruo (Aina Abdul) yang bertajuk Ribut Hati. Sesuai dengan tajuk lagu, irama dan rentak melodi lagu Tombiruo ni pun boleh bikin ribut perasaan di hati hahahaha. Tapi, best lagu ni! I love it!
Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
ni bukan penyanyi OST tombiruo : Penunggu Rimba, Aina Abdul ye hahaha. ni hero filem Tombiruo : Ejim (lakonan Zul Ariffin)


Lirik Lagu OST Tombiruo : Penunggu Rimba | Ribut Hati - Aina Abdul


Takkan ada yang memahami
Kegelapan yang menyelubungi
Menutupi sinar matahari
Menjagaku
Melindungiku

Namun kan tiba di suatu masa
Terpaksa ku meninggalkan semua
Kegelapan yang sedia ada
Menjagamu lindungimu

Chorus
Dengar bisikkan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta

Semua yang jadi ada hikmahnya
Hatiku resah dan tak bermaya
Ketakutan tanpa tujuan
Kau beriku kekuatan

Chorus

kemana jua kita berada
impian yang dikecapi
apapun jua yang kan terjadi
kita bersama berpandukan kasih

tenanglah sayangku
agar hatimu berpandukan cinta

Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
Penyanyi OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
Saya tak familiar sangat sebenarnya dengan penyanyi Aina Abdul ni. First time saya dengar lagu OST Tombiruo ni di TV pun saya tak cam siapa yang nyanyi. And bila dapat tahu penyanyi yang nyanyi lagu ni pun, saya macam eh siapa Aina Abdul ni?

Siapakah sebenarnya Aina Abdul? Saya ada buat research sikit tentang biodata Aina ni haahhaa.

Nama penuh: Nurul Aina Binti Abdul Ghani

Nama panggilan: Aina

Umur: 21 Tahun

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Pencapaian: Pemenang pingat World Championship of Performing Arts Award 2014 di Hollywood (2014 Senior Grand Champion - Vocalist of the World)

-- Aina merupakan protege Ratu Rock Malaysia, Ella di dalam program Mentor Legend.

Perghhhh pemenang pingat world championship tuuu! Bukan calang-calang! Tak percaya? Boleh rujuk SINI: http://www.wcopa.com/sweden/item/57-2014-winners. Patut lah suara Aina sedap bangat. Menang dalam kategori vokal hehe. 

Dan tak silap saya, Aina ni naib juara Mentor Legend. Harapnya betul lah fakta saya dapat ni hahaha.

Okay itu sahaja, daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

3 Comments

  1. lagu dia agak rare...kena dengan cerita yang agak rare utk tontonan

    ReplyDelete
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  3. please la tonton filem ni. mmg terbaik! :) sy dh pegi tgk smlm :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p