2018 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, December 28, 2018

December 28, 2018

Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda?

Kenali 5 Jenis Jerawat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Jom kenali LIMA JENIS JERAWAT yang terdapat dalam hidup kitaa~


Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda? 

Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda?
Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda? 
1. BINTIK PUTIH

Bintik ini muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan. Ini disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.

2. BINTIK HITAM

Berlaku apabila liang yang tersumbat membesar dan terbenjol keluar daripada rongganya. Minyak dan sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak walaupun selepas mencucinya.

Warna yang muncul pada bintik hitam disebabkan oleh oxidation.

3. PAPULES

Papules muncul dalam keadaan bengkak dan keras kurang 5mm berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak.
Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda?
Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda? 
4. PUSTULES

Berbentuk kubah dan bengkak serta menjadikan kulit di bahagian berkwnaan sensitif. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat daripada campuran darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria.

Pustules tidak meninggalkan parut pada kulit.

5. CYSTS/ NODULES

Cysts ialah bonjolan tertutup sebesar manik dan sangat sakit sekiranya tersentuh. Cysts muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit dan meninggalkan parut sekiranya dipicit.
Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda?
Kenali 5 Jenis Jerawat.. Mana satu 'favorite' wajah anda? 
So... What's your face's favorite? Hahhahaa.

Yang pasti, no. 5 tu memang agak 'wajib' datang tiap bulan time period hahaha.

December 28, 2018

7 Resepi Lepat - Pisang, Ubi, Cendol, Labu, Jagung, Nagasari, Lepat Liat Tradisi

7 Resepi Lepat - Pisang, Ubi, Cendol, Labu, Jagung, Nagasari, Lepat Liat Tradisi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Resepi lepat wuhuuu! Siapa yang suka lepat? Haaa this is for youuu~ Macam macam jenis lepat ada ni. Saya suka yang lepat pisang je (lagi suka kalau ada inti kelapa). Yang ubi saya kureng sikit. Yang lain-lain saya tak pernah rasa lagi. Lepat cendol, labu bagai tu tak pernah lagi cuba. Yang nagasari dah! Memang terbaikkkk!


TUJUH RESEPI LEPAT MUDAH DAN SEDAP!

Resepi oleh: Sheila Rusly

RESEPI LEPAT PISANG
resepi lepat pisang
7 Resepi Lepat - pisang
Bahan-bahan:-
1) 6 biji pisang masak (buang kulit)
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan tepung gandum (ayak)
4) ½ biji kelapa parut
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Panaskan pengukus.
2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang di tengah tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
4) Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT LIAT TRADISI
resepi lepat liat tradisi
7 Resepi Lepat - liat tradisi
Bahan-Bahannya:

2 cawan air
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 santan pekat
daun pisang yang dipotong - ukuran 6 inci

Cara Membuatnya:

1. Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan hingga mendidih.
2. Sejukkan & ketepikan dulu.
3. Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
4. Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
5. Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
6. Kukus sehingga masak.

RESEPI LEPAT CENDOL
resepi lepat cendol
7 Resepi Lepat - cendol
Bahan-bahan (30 - 40 keping):

400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1,700 ml santan - daripada 2 biji kelapa (saya guna 500 ml santan Kara + 1,200 ml air) =10 cawan
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara:

1. Satukan tepung-tepung, gula, garam, santan dan daun pandan di dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana panasnya hingga pekat dan licin.

2. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata. Matikan api dan keluarkan daun pandan.

3. Ambil 3 sudu besar adunan dan bungkus dalam daun pisang yang disediakan tadi. Buat hingga habis. Sejukkan pada suhu bilik dahulu.

4. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

5. Adunan ini juga boleh dibubuh dalam mangkuk-mangkuk plastik yang kecil.

Selamat mencuba!

RESEPI LEPAT JAGUNG
resepi lepat jagung
7 Resepi Lepat - jagung
Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) ½ cawan tepung jagung
3) ½ cawan tepung gandum
4) ½ cawan gula
5) 3 cawan santan
6) 2 tongkol jagung dihiris
7) 1 sudu teh garam
8) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Gaul sebati semua bahan kecuali jagung dan daun pisang. Tapiskan.
2) Masukkan jagung dan kacau rata.
3) Masakkan adunan sehingga kental.
4) Panaskan kukusan.
5) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 2 sudu adunan jagung ditengah tengahnya
secara memanjang. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
6) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT LABU
resepi lepat labu
7 Resepi Lepat - labu
Bahan-bahan:-
1) ½ biji labu, (rebus dan lecek)
2) ½ biji kelapa parut
3) 1 cawan gula
4) ½ sudu teh garam
5) 2 cawan tepung gandum
6) ½ cawan gula merah
7) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Panaskan pengukus.
2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1sudu adunan labu ditengah tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan itu dengan lipat kedua dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
10) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

RESEPI NAGASARI
resepi nagasari
7 Resepi Lepat - nagasari
Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) 5 cawan santan
3) 2 sudu makan tepung jagung
4) 2 sudu makan gula
5) ½ sudu teh garam
6) 5 biji pisang raja
7) Daun pisang secukupnya (layurkan)

Cara:
1) Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
2) Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
3) Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan
tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT UBI
resepi lepat ubi
7 Resepi Lepat - Ubi
Bahan-bahan & cara memasak:
1 mangkuk ubi blend
1/2 mangkuk kelapa parut
Sedikit garam
Gula putih dan gula merah ikut citarasa.
Gaulkan hingga sebati dan sudukan atas daun pisang yang sudah di layur.
Ulang proses dan kukus setengah jam.
Siap.
Selamat mencuba yea~

Moga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)


December 28, 2018

10 TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH

10 TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ramai orang yang endah tak endah untuk check keadaan kereta sebelum berjalan jauh balik ke kampung atau pergi melancong travel ke tempat jauh nunnnn sana. Periksa minyak okay, duit tol cukup dan barang semua dah bawa, siap! Benda lain kat kereta tak nak periksa; terutamanya para perempuan yang tidak begitu tahu tips kereta untuk perjalanan jauh. Walaupun sudah diajar tips penjagaan kereta auto/ manual ketika RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderran) test JPJ di litar dan jalanraya, tapi.. semuanya sudah dilupakan selepas dah lulus ujian JPJ. Kan?

Tips jaga kereta, tips mudah penjagaan kereta, panduan menjaga kereta agar terus tahan lama dan jimat kos penyelenggaraan, tips kereta, cara jaga kereta myvi, tips kereta untuk perjalanan jauh, perkara asas servis kereta, ilmu kereta.. fuhh. Jangan risau! Jom baca tip di bawah ini.


10 TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH


TerBukti Di Litar : tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh atau pun dekat.

Ada ramai yang share di Facebook, so saya pun share lah kat sini secara ringkas apakah antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni...

1) Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin

Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.

Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
10 TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
MINYAK ENJIN: Adalah penting supaya minyak enjin berada pada paras yang betul.

*Periksa paras minyak enjin kereta anda selalu supaya tidak berada dibawah paras minimum.

*Masa terbaik untuk check adalah selepas kenderaan tersebut TIDAK berjalan atau di hidupkan enjinnya semalaman.

*Semasa check tu, adalah lebih elok kalau kereta tu berada atas permukaaan yang rata sebab bacaan anda nanti adalah lebih tepat.

*Anda cuma perlu tambah minyak pelincir tambahan apabila deepstick menunjukkan minyak di paras MIN.

*Disarankan setiap pemilik kereta supaya menukar minyak enjin kereta setiap 5,000km,10,000km 15,000km (PLATINUM OIL) ATAU pun 3 bulan yang mana terdahulu. 



*Penapis minyak juga wajib ditukar apabila penukaran minyak enjin dibuat.
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
2) Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar

3) Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
4) Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang. juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
5) Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.

Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas).
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar

6) Pemeriksaan Fungsi Wiper
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.

*untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin.
*jika nak tambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
7) Periksa Getah Wiper
Periksa getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.

8) Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya. kalau berbuih-buih itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..

Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant. 

Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
9) Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi

Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar. On kan enjin. Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
Kredit: Perodua Utara

Ilmu tambahan:

10) Pemeriksaan Keadaan Tayar




Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok..
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
TIPS PENJAGAAN KERETA AUTO, MANUAL UNTUK PERJALANAN JAUH
Semoga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)

Thursday, December 27, 2018

December 27, 2018

puisi #61 normalisasi

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi... pinjam puisi orang lain lah! hahaha.
puisi #61 normalisasi
puisi #61 normalisasi

puisi #61 normalisasi


It's normal,
untuk kau rasa alone
pada hari-hari jatuhnya.

It's normal,
untuk rasa tidak kuat
pada hari-hari berikutnya.

It's normal,
untuk rasa mahu give up,
pada hari kau kecewa, secukupnya.

Kau masih human,
ada limitasinya,
tapi sentiasa harus terus hidup,
walau hari ini tidak indah,
seperti semalamnya.


Nukilan - Faiz Ibrahim

Tuesday, December 25, 2018

December 25, 2018

pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)]

Nak buat cerita seram ke malam malam ni? Hmmm.. mungkin pada sesetengah orang, cerita yang saya nak ceritakan ni tak berapa nak seram.. Tapi pada kebanyakan orang, yes.. ianya adalah cerita seram. So, sebenarnya seram ke tak seram ni?

Takpe, baca dulu.. Nilai di akhir cerita nanti.
pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)]
pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)] - gambar sekadar hiasan (from Google) 
Pada suatu hari.. di tandas awam..

saya masuk ke salah satu bilik air yang kosong. Oh. Sebelum turn saya, ada orang. Saya pun tunggu la dulu kat luar.

Tunggu punya tunggu.. dan tunggu. Okay.. dia keluar. Then, saya pun masuk lah.

Saya kunci pintu. Tup.

Bila confirm dah kunci pintu, saya pun tunaikan lah 'hajat' untuk membuang.

TIBA-TIBA!

Tak habis lagi lunaskan hajat terpendam, TIBA TIBA!

Pintu bilik air terbuka!

"Eh! Bukan tadi dah kunci ke?" saya pelik.

Saya terkejut gilos! Yela, tiba tiba je terbuka. Mata saya hampir terbeliak pandang ke luar (luar pintu tandas).

Ada orang buka!

Gulp.

Tak hilang lagi perasaan terkejut, baru saya faham apa yang sedang terjadi.

RUPA-RUPANYA SAYA TAK KUNCI DENGAN BETUL TADI!

HAAHAHHAA adoiiii. Lepas tu memang trauma juga la setiap kali masuk tandas. Mesti check betul-betul. Umi siap bagi tips.. kalau nak pastikan pintu dah dikunci atau belum, buka pintu tu selepas dah kunci. Kalau masuk dengan betul, ianya takkan terbuka. Tapi kalau 'missed' atau tersasar, pintu akan terbuka. Haa gitchuw ye cara caranya hahaha.

Itu lah kisahnya. Seram ke tak?

Seram juga lah. Tiba tiba orang buka kan hahaha. Nasib baik orang yang buka pintu tu tak panik dan tak freeze kat situ. Dia terus tutup balik lepas dah tahu dia tersilap (sebenarnya saya yang silap hahaha).

Okay itu sahaja kisah 'seram' yang beri pengajaran pada semua bahawa BERHATI HATI LAH DI TANDAS! Hahhaa. Harusss double triple check 'adakah kunci pintu tandas anda sudah dikunci dengan sebenar-benar kunci atau tidak?!' Lagi-lagi kat tandas public. Heee.

Daaa~ wassalam! :)


December 25, 2018

Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!

Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti ramai yang bercuti hari Krismas harini kan. Saya duduk rumah je hehe. Memandangkan setelah beberapa hari cuti blog, I have to update today by hook or by crook! Gitchuww~ acah acah blogger tegar hahaha. Oraitt.. jom kita baca tips di bawah ini! Cara cara pilih ayam segar dan halal dimakan ketika hendak membeli ayam mentah di pasar, kedai mahupun gerai.
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!
Yela kan, sekarang ni macam macam lah. Ada yang suntik, ada yang disembelih tanpa mengikut prosedur yang betul di sisi Islam, dan ada ayam yang rupa seperti bangkai! Darah terkumpul di dalam ayam, tidak dikeluarkan sepenuhnya.. membuatkan ayam tidak elok dimakan dan juga tidak halal dimakan. Tapi.. disebabkan kita tidak didedahkan dengan cara yang betul memilih ayam, kita tidak 'perasan'. Aduhaii.. so scaryyy!


[TIPS] Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan di Pasaraya, Kedai

Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!
Maksud Ayam Berformalin: adalah karkas/ daging ayam yang mengandung formalin yang diberikan melalui suntikan ke dalam daging atau pencelupan daging dengan larutan formalin

Ciri ciri ayam berformalin: jika dicubit bahagian kulitnya, maka kulit tidak akan kembali semula dan kulit kelihatan kaku

(dicadangkan.. pada saat mencubit itu, sebaiknya menggunakan sarung tangan, pengepit atau plastik. pastikan kulit tangan tidak bersentuhan secara direct dengan ayam)
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!
[TIPS] Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan
Maksud Ayam Tiren (ayam mati kelmarin) [ayam bangkai]: ayam yang telah mati yang disembelih atau tidak disembelih sehingga darah tidak keluar dari badan ayam dan membeku di setiap pembuluh darah.

Banyak dijual dengan harga yang sangat murah!

Ciri ciri Ayam Tiren:
- pembuluh darah berwarna merah biru akibat pembekuan darah
- pembuluh darah pada pangkal sayap berwarna merah biru karena berisi darah beku
- terdapat warna merah pada daging ayam seperti lebam
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan
Maksud Ayam Suntik: ayam suntik adalah ayam yang diberikan air melalui suntikan ke dalam daging dengan tujuan menambah berat daging

Ciri ciri Ayam Suntik:
- tidak ada lipatan antara paha dan dada kerana kulit dan daging terisi air
- perhatikan pada dada dan paha.. ada bekas jarum suntikan
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan
Semoga bermanfaat!

Jangan lupa share dengan family and kawan-kawan!

Daaa~ wassalam! :)

Friday, December 21, 2018

December 21, 2018

3 Tips temuduga SPA dari Pengerusi SPA | Punca Utama Gagal Interview

Tips Temuduga SPA | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang yang akan menghadapi temuduga kerajaan mesti akan berdebar-debar; lagi-lagi yang first time ataupun newbie dalam bab bab temu duga ni. So, calon calon pasti akan search kat Google "tips temuduga", "tips lulus temuduga", "cara lulus interview spa", "soalan temuduga spa 2019", "rahsia lulus temuduga kerja kerajaan", "petua lulus temuduga" dan sama erti dengannya kan? Dan keluarlah semua 'aneka' web dan senarai artikel yang ada kaitan dengan tips temu duga. Tapi.. pernah tak jumpa tip atau kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Pengerusi SPA8 tu sendiri? Saya tak pernah lagi dan baru-baru saya ada jumpa di Facebook. Ehemm.. takkan saya nak simpan sorang-sorang kan haha. Meh saya share di sini tips temuduga SPA dari Pengerusi SPA directly.


TIGA Tips Temuduga SPA yang utama dan PENTING dari Pengerusi SPA

3 Tips temuduga SPA dari Pengerusi SPA
3 Tips temuduga SPA dari Pengerusi SPA
Tips temu duga dari Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman:

"Selalunya kecundang seseorang itu dalam temuduga pertamanya.. dia tidak yakin. tidak yakin atas kebolehan dirinya untuk menghadapi proses temuduga

Yang kedua.. calon itu tidak berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat kepada isu-isu yang dibangkitkan - menunjukkan tidak bersedia, tidak membuat persediaan rapi

Yang ketiga nya ialah.. Komunikasi secara jelas itu penting; samaada dalam bahasa ibunda kita bahasa Melayu (bahasa Malaysia) dan juga dalam bahasa-bahasa lain yang diuji ketika itu.

Jadi.. ini merupakan ramuan yang menyebabkan seorang calon itu tidak bersedia. Adakalanya calon-calon ini beranggapan proses temuduga itu satu perkara biasa. Kita haruslah beri tumpuan yang sepenuhnya dalam kita membina keyakinan diri dan keupayaan kita untuk menghalusi sesuatu permasalahan. Dan juga memberikan keyakinan kepada penemuduga bahawa kita ini memang berkeupayaan untuk jawatan tersebut. Jadi, jangan putus asa."


FULL VIDEO 'TIPS TEMUDUGA dari Pengerusi SPA':

Sumber video: RTM


Zack Nashrin: "Antara tips lain yang aku tahu:

1. Nak lepas pergi temuduga biasa tengok pointer/ akademik dulu dan pastikan SPA8isentiasa update.. So akademik pun penting.

2. Bagi salam sebelum masuk

3. Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk

4. Pastikan sijil-sijil di susun dengan kemas dan teratur. Cara susun sijil cuba google.



5. Pakaian mestilah pakaian formal. Baju kemeja lengan panjang, seluar slack hitam, kasut hitam dan bertali leher. Untuk apa-apa jawatan pun.. Kalau perempuan berbaju kurung, berkasut.

6. Jangan sinsing lengan baju untuk lelaki semasa temuduga dan pastikan tie dipakai kemas.

7. Jawab soalan panel berdasarkan bahasa yang digunakan. Kalau dia tanya BM (bahasa Melayu), jawab la BM. Tanya BI (bahasa Inggeris), jawab dalam BI.

8. Jangan goyang-goyang kerusi banyak sangat, gerak tangan dengan kadar sederhana. Jangan terlalu bersandar.. Tenang.. Jawab dengan yakin. Jangan guna bahasa yang menampakkan biadab.

9. Rambut pendek kemas, janggut misai trim. Ni untuk jawatan selain badan beruniform. Kalau badan beruniform lain lagi.

10. Wangi wangi sikit pergi temuduga. Elakkan bau ketiak. Haha. Gurau.

Lain daripada tu siapa nak tambah, tambah lah. Aku bagi berdasarkan pengalaman je. Dan lepas tu tawakal dan banyak lah berdoa pada Allah. Banyakkna sedekah.. puasa.. solat jangan tinggal. Penemuduga hanya lah perantara. Yang nak bagi kerja dan rezeki tu Allah. Goodluck!

Semoga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)


tips temuduga spa, tips temuduga spa 2019, tips temuduga spa8, tips temuduga kerajaan spa, cara lulus interview spa, tips temuduga spa n29, tips temuduga spa separa perubatan, tips temuduga spa pembantu tadbir n19, tips temuduga spa pembantu tadbir, tips temuduga spa pegawai tadbir n41, tips temuduga pembantu operasi n11, soalan temuduga spa 2019, rahsia lulus temuduga kerja kerajaan, tips temuduga spa pembantu awam h11, tips temuduga sektor kerajaan, soalan temuduga kerajaan 2019, tanda temuduga kerajaan berjaya, tanda temuduga kerajaan gagal, tips kerja, punca utama gagal dalam interview, punca sebab gagal temuduga,