Maksud FAMA - Federal Agricultural Marketing Authority - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Ehhh tiba tiba je kan muqaddimah bagitahu FAMA maksud nya apa hahaha. Kekadang orang ramai tak tahu each of that initial stands for what. Tu yang mula-mula dah bagi terus makna nya apa hikhik.
Sebenarnya dari haritu saya dah dapat info tentang kerja kosong FAMA Malaysia ni, tapi sekarang baru berkesempatan nak share. Tarikh tutup permohonan pun Isnin depan. So, siapa yang rasa berkelayakan dan nak mohon tu, cepat-cepat la yee. Mohon secara online sahaja. Saya ada bagi link pendaftaran di akhir entri ini.
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) |
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan bagi jawatan bertaraf Tetap seperti berikut:
Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.
Bil | Jawatan | Gred | Jadual Gaji | Taraf Jawatan |
---|---|---|---|---|
1 | Pegawai Ehwal Ekonomi | E41 | RM2,083.00 – RM9,549.00 | TETAP |
2 | Jurutera | J41 | RM2,529.00 – RM9,643.00 | TETAP |
3 | Pegawai Teknologi Maklumat | F41 | RM2,315.00 – RM9,618.00 | TETAP |
4 | Akauntan | WA41 | RM2,820.00 – RM9,585.00 | TETAP |
5 | Penolong Pegawai Tadbir | N29 | RM1,493.00 – RM5,672.00 | TETAP |
6 | Setiausaha Pejabat | N29 | RM1,493.00 – RM5,672.00 | TETAP |
7 | Penolong Juruaudit | W29 | RM1,498.00 – RM5,678.00 | TETAP |
8 | Pembantu Ehwal Ekonomi | E19 | RM1,353.00 – RM4,005.00 | TETAP |
9 | Pembantu Tadbir (P/O) | N19 | RM1,352.00 – RM4,003.00 | TETAP |
10 | Pembantu Akauntan | W19 | RM1,353.00 – RM4,005.00 | TETAP |
11 | Pembantu Juruaudit | W19 | RM1,353.00 – RM4,005.00 | TETAP |
12 | Juruteknik Komputer | FT19 | RM1,377.00 – RM4,052.00 | TETAP |
13 | Penjaga Jentera Elektrik | J19 | RM1,377.00 – RM4,052.00 | TETAP |
Penetapan gaji permulaan: Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon.
Elaun:
ELAUN (RM) | GRED 41 | GRED 29 | GRED 19 |
---|---|---|---|
Imbuhan Tetap Perumahan
|
300.00
|
300.00
|
300.00
|
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
|
300.00
|
160.00
|
115.00
|
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150.00 – RM300.00 (Tertakluk kepada penempatan)
| |||
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Jurutera dan 10% daripada gaji pokok bagi jawatan Penjaga Jentera Elektrik.
|
SYARAT-SYARAT UMUM
Umur: Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Keperluan Bahasa:
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penempatan:
Ibu Pejabat FAMA / Pejabat FAMA Negeri / Pejabat FAMA Daerah / Pusat Operasi FAMA seluruh Malaysia.
Tempoh Percubaan: Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi ppegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
CARA PERMOHONAN
(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.
(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil (hard copy) sehingga dihubungi oleh pihak Lembaga.
(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 22 JANUARI 2018 (Isnin).
PERTANYAAN/HELPDESK
Sebarang permasalahan/pertanyaaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia di talian:
Encik Azmirmuzaffar bin Ahmad: 03-61262020 / Samb. : 2206
Puan Siti Fareza binti Sutiman: 03-61262020 / Samb. : 2323
Puan Nuriqtiyani binti Othman: 03-61262020 / Samb. : 2338
Puan Norain binti Abdul Wadud: 03-61262020 / Samb. : 2030
Atau emailkan PERTANYAAN kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
SUMBER Iklan Kekosongan Jawatan:
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) |
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) |
Goodluck semua yang memohon~! :)
2 Comments
nak try lah!!
ReplyDeletegood sharing sis !
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p