"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" - bidalan Melayu yang selalu kita dengar kan. Walaupun saya belum berumah tangga, tapi saya tahu dan faham dalam hubungan suami isteri pasti akan ada timbul perselisihan. Kadang-kadang dalam pertengkaran atau pergaduhan, ada disulami dengan kata-kata yang tidak sengaja terrrrkeluar dari mulut.
"aku nak berpisah" - adakah jatuh talak?
SOALAN:
Adakah jatuh talak apabila suami cakap "aku nak berpisah"? Jika ya, apakah tindakan yang harus saya lakukan seterusnya? Sudah dua kali diucapkan dan suami pernah suruh saya berambus dan balik ke rumah ibu bapa.
JAWAPAN (Ustaz Kazim Elias -UKE):
Suami anda bukan melafazkan cerai lagi, dia baru berkata "Aku nak berpisah". Dalam persoalan ini, yang menentukan jatuh atau tidak talak ialah pihak mahkamah. Maka saya mengesyorkan agar anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat agama untuk menyelesaikan masalah anda suami isteri.
Mungkin kaunseling, mungkin majlis sulh dan mungkin dipanggil keluarga kedua-dua pihak untum berbincang. Anda tidak boleh pendam hal ini seorang diri. Anda kena libatkan keluarga, tanya suami dengan elok adakah dia masih ingin beristeri atau tidak? Kalau hendak, peganglah dengan baik dan kalau taknak, lepaskanlah secara baik
Sumber Q&A: Mingguan Malaysia - 10 Disember 2017
3 Comments
cikyan pon belum ada pngalaman.
ReplyDeletedunia skg ni, kes penceraian mmg slalu terjadi. risau pulak la nnt mcm mne la bila dah kawin..
btw, good info dear !
bahayakan sekarang..bila marah,macam akan keluar dari mulut tanpakita sedar. tanpa kita terniat pun
ReplyDeletenauzubillah semoga dijauhkan dari situasi ni
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p