50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda - sayidahnapisahdotcom 50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda
LightBlog

50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda

50 koleksi teka teki lawak pendek, lucu, susah dan menguji minda soalannya | Haritu saya ada jumpa satu video tiktok bagi teka teki. Saya cuba jawab tapi gagal dengan tragisnya ya hahaha. Nak kata teka teki level susah, mungkin depends on orang juga. Mungkin yang boleh jawab betul sebab rasa level easy mudah dan senang saja. Okay first soalan dia.. “dalam banyak banyak kek, kek apa yang dalam air?”

Saya macam hmmmmm…

Tapi tak sempat nak berfikir dia dah bagi jawapan terus..

Jawapannya ikan kekek mak iloi iloi haha.

50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda


Kat bahagian komen apalagii.. netijen netijen pun berpusu pusu bagi teka teki juga. Semua best best. Memang kreatif betul lah tahap pemikiran mereka ni. Tahap KBAT!

Okay lah jom kita tengok teka teki yang saya ambil dari sana. Cuba korang jawab sebelum tengok jawapan!

teka teki kelakar kreatif menguji minda
teka teki kreatif kelakar dan menguji minda

50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda


kenapa keyboard selalu rimas?

-sebab dia ada satu je space

beruk apa yang berwarna hijau?

-brokoli (beruk-koli)

kedai uniqlo sebenarnya dia dari indonesia, kenapa?

-sebab dia “UNIQ, LO”

kenapa keyboard selalu penat?

-sebab dia ada 2 SHIFT

kenapa orang letak susu dalam peti ais?

-sebab kalau letak gula nanti dia jadi peti O ais

kenapa biri biri jalan slow?

-kalau jalan laju dia jadi buru buru.

ikan apa pandai masak?

-shark sebab dia pandai mashark

kenapa tak boleh makan ayam dengan air coke?

-sebab nanti berkok kokok (kok=coke)

dalam banyak banyak sayur, sayur apa yang boleh lari?

-sayuran (sayur-run)

dalam banyak banyak buah, buah apa yang boleh berkawad?

-buah kiwi. kiwi kanan, kiwi kanan

kenapa kita tak boleh bagi penyu straw?

-sebab nanti dia tertelan (turtle-an)

sayur cakap apa waktu dia tinggalkan kawan?

-sayonara (sayur-nara) maksud nya selamat tinggal

kacang lepas balik kerja dia cakap apa?

-penat (peanut)

pen apa yang boleh bawa kereta?

-pendrive

kata lawan bagi makanan?

-makiri

pintu apa yang 10 orang pun tak boleh tolak?

-pintu yang tulis ‘TARIK/PULL’

musuh johny deep ialah amber heard. musuh bagi emma watson?

-emma Guardian

benda apa yang namanya satu tapi banyak?

-awan (a-one)

banyak banyak hero, hero apa yang tersekat?

-tony stark (tony stuck)

coklat apa yang tak boleh lari?

-toblerone (tak-boleh-run)

dalam banyak banyak mee/mi, mi apa yang sederhana? tak kasar tak halus.

-medium (mi-dium)

apa benda yang turun lambat naik cepat?

-hingus

selain durian, duri apa yang boleh makan?

-kenduri

ikan apa yang sekejap berenang sekejap berhenti?

-ikan paus (pause)

kenapa kita tak boleh makan kek banyak banyak?

-sebab nanti kita tercekik (terce-cake)

apa jantina tetikus (mouse)?

-perempuan. sebab dia pakai pad.

sotong bila dibelah dua jadi apa?

-setengah (sotongAH)

ulat beluncas kalau dia nak lalu dia cakap apa?

-ketepi la (cater-pil-lar)

dia bukan manusia, bukan binatang.. tapi dia ada bahu.. apakah dia?

-jalan

haiwan apa yang kalau malam dia hidup siang dia mati?

-ikan (sebab dia kena ‘SIANG’)

kenapa tak boleh percaya kopi?

-sebab dia talam dua muka (MOCHA)

dalam banyak binatang, binatang apa yang banyak duit?

-beruang (ber-WANG)

kenapa bila dia kena tembak dia tak mati?

-sebab tembak tu tak kena

burung apa yang tak suka perempuan?

-helang sebab EAGLE (eee girl!)

dalam banyak banyak benda, benda apa yang jujur?

-lampu sebab bila buka je, dia TERUS TERANG.

dalam banyak banyak ikan, ikan apa yang tak boleh kencing?

-ikan kering

haiwan apa yang pandai taekwando?

-zebra sebab banyak black belt

dalam banyak banyak cheese, cheese apa yang mudah terbakar?

-mancis (man-CHEESE)

dalam banyak bubur, bubur apa yang manis?

-bebunga (buburnga) cinta kita

haiwan apa yang rajin?

-harimau bintang. sebab dia rawr-jin leopard (lipat) baju

sila jawab soalan ini 3 x + = ?

-3 kali tambah = kenyang

kenapa nasi kerabu kena makan hari selasa?

-sebab dia nak “ke rabu”

kenapa mouse (tetikus) selalu kena depressed?

-sebab dia selalu ditekan

dalam banyak banyak burger burger apa yang tak boleh dimakan?

-bergembira (burger-mbira)

bunga apa yang berwarna hitam?

-bunga tayar

cikgu apa yang suka duit?

-cikgu jasmani (just-money)

nasi apa yang patriotik?

-nasional

banyak banyak ayam, ayam apa yang kaya?

-ayamas (ayam-emas)

dalam banyak banyak benda, benda apa yang selalu sendu?

-gam uhu sebab dia uhuhuhuhuhuu

kucing apa takde mata?

-kucintamu (kucing-ta-mu)

Amacam? Dapat berapa markah kah? Semua betul atau semua teka salah? Hahaha.

Till next time, daa~ wassalam!

search keywords: teka teki, teka teki lawak, teka teki lawak pendek, teka teki susah, teka teki senang, 50 koleksi teka teki lawak, teka teki lucu 2022, soalan teka teki menguji minda, teka teki haiwan, teka teki buah-buahan, teka teki punchline, teka teki logik, teka teki kelakar, teka teki melayu, teka teki dan jawapan, teka teki keyboard


Post a Comment

3 Comments

  1. Jenuh membaca
    Boleh dapat 0 markah kalau kena jawab ni

    ReplyDelete
  2. Waw tak sangka lama betul perjalanan awak sebagai blogger dan sehingga sekarang masik aktif. Semoga terus maju jaya ya.

    ReplyDelete
  3. Lari di laman dikejar angsa,
    Lari sehingga dibahawah ampaian;
    Teka Teki budaya bangsa,
    Boleh ceria perbualan seharian.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p