Setiap blogger mesti ada saat dia rasa "yaALLAH ya Tuhanku.. berilah aku semangat untuk update blog!" hahaha. Mesti okayyy.. mestii punya lah! Mesti ada satu masa kita rasa malas gilosss nak update blog, tak ada mood nak mengarang entri. Dan saya dah start rasa malas tu pada 20 Januari yang lepas dah actually haha.
"Eh nampak je update blog semalam & kelmarin"
Entri 31 Jan 2018 tentang Super Blue Blood Moon tu pun den paksa diri juga update. Tu pun lambat bebeno dah (lambat maksudnya lepas Manghrib baru publish. padahal topik tu nak basi dah hahaha). Kelmarin pun saya just update pasal join Giveaway/segmen. Ohh tanda-tanda saya malas update blog adalah publish entri Giveaway/segmen pada waktu weekdays haha. Iyelaa kan entri join bagai ni mostly ianya tak memerlukan karangan banyak-banyak patah perkataan pun.
Semalam pula buat entri keagamaan/islamik pun banyak copy paste je jawapan dari Mufti Wilayah. Tak banyak sangat kerah otak untuk menaip. Hahaa.
Starttt malas tu bila haritu pergi merewang kat rumah cousin di Subang. And two days before pergi merewang tu pun busy selesaikan apa yang patut. So bila busy sana sini, busy merewang.. memang tak ada idea berkembang untuk mengarang + tak ada masa untuk hadap lappy. Maka, lama kelamaan saya jadi malas + takde mood sehinggalah sekarang haha. Tapi paksa kan juga diri ini menaip. Huuuu.
Yang lagi parah dan bertambah malasnya tu kan.. bila time saya tak update beberapa hari haritu, earnings Adsense dan Innity saya agak kencang! Tapi bila dah update ni, earnings kedua-duanya turun pulak. Rasa GRRRR sangat tau! hahahhaa. Dah kenapa kan. ceyt.
Tapii takkan la saya kena fikir nak update hanya semata-mata kerana duit earnings tu je kan. Kena la niat juga kerana Allah. Niat nak kongsi info dan maklumat bermanfaat pada semua kan kan (Sayidah Napisah dah mula ceramah kat diri sendiri haha). Niat nak bantu mereka yang memerlukan motivasi dan inspirasi. Niat nak share pengalaman so that yang lain boleh ambil iktibar. Okay done ceramah kat diri sendiri hahaha.
InshaaAllah start harini Sayidah! rajinkan diri andaa! Haiyakk! Chaiyok! Semangat semangat!
a few moments later....
kihkihh.. Okay daaa~ wassalam :)
7 Comments
Mood blogging ni memang ke diseru-seru! kalau nak harap datang sendiri memang next year lah baru ber'update hahahah! ^^ *kalau Hana lah!
ReplyDeletetu dia.. mood tu kalau dtg mmg susah nak nolong tu.. mama pun selalu kena juga
ReplyDeletehahahaha senasib lah kita nak update tapi busy lepastu mula lah malas padahal banyak je benda boleh update. Ni dah berapa hari tak bukak. Minggu depan kena start rajin balik.
ReplyDeletesama, banyak cerita tapi malas nak menaip
ReplyDeleteSamalah mood kelaut nak tulis blog.. Ni baru ja update blog lepas berbulan dah tinggal. Jemputlah singgah ye..
ReplyDeletesy tak suka paksa diri untuk update blog, kalau malas sy tak update. kalau nak update pasal nak tambah earning semata2, macam takde keseronokkan pulak...
ReplyDeletemesti punya akan sampai satu phase yang malas dan tak ada mood nak tekan keyboard pun tak ada energy hihi.. kena cari balik mood yang hilang ^^
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p