6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | confirm meleleh! - sayidahnapisahdotcom 6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | confirm meleleh!
LightBlog

6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | confirm meleleh!

6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | Hujung minggu terutamanya tentu ramai yang lebih selesa bersantai-santai sambil berehat di rumah. Mungkin golongan para ibu sedang berkira-kira juadah apakah yang sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang... apa kata sajikan menu manisan untuk keluarga tercinta? Hidangkan bersama minuman kegemaran. Sambil menikmati hidangan, bolehlah merapatkan hubungan bersama ahli keluarga. Jom kita tengok enam aneka resepi sajian manisan yang pasti memikat hati dan anak tekak! hahaha.


6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | confirm meleleh!


1. PISANG BAKAR PENYET
resepi pisang bakar penyet
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | PISANG BAKAR PENYET
Bahan-bahan:
5 biji pisang nangka muda
Sedikit garam galus
 Keju cheddar
Chocolate rice secukupnya

Bahan Sos:
175 gm coklat masakan
100 ml susu cair
50 ml susu pekat
1/2 sudu makan mentega

Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sediakan sos coklat terlebih dahulu. Satukan semua bahan sos dan masak menggunakan teknik double-boiler.
2. Setelah semua bahan sebati, angkat sos dan ketepikan seketika.
3. Kupas kulit pisang dan bakar hingga garing dan sedikit hangus.
4. Angkat dan lenyek perlahan-lahan hingga leper. Tabur sediit garam halus.
5. Sapu sos coklat dengan secukupnya diikuti parutan keju cheddar dan chocolate rice. Enak dinikmati semasa masih panas.

NOTAKAKI CEF: Lebih enak jika menggunakan pisang nipah. Jangan guna pisang yang terlalu muda kerna rasa kelat dan kurang enak.

2. DANGAI
resepi dangai
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | RESEPI DANGAI
Bahan-bahan:
4 cawan kelapa parut muda
2 cawan tepung beras pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu teh garam halus

Cara membuat:
1. Satukan kelapa parut, tepung beras pulut, gula dna garam. Gaul rata dan pastikan tekstur kelapa tidak berketul-ketul.
2. Panaskan acuan dangai dan masukkan kelapa hingga penuh.
3. Tutup acuan dan bakar menggunakan api perlahan selama empat hingga lima minit sehingga kuih dangai kelihatan garing dan kekuningan. Angkat dan nikmati segera.

NOTAKAKI CEF: Jika tiada acuan dangai, boleh juga menggunakan acuan kuih cara, acuan bahulu ataupun menggunakan sandwich toaster (pembakar roti).

3. PUTU PIRING
resepi putu piring
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | RESEPI PUTU PIRING
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu teh garam
150 ml air panas
1/2 cawan kelapa parut putih | gaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula melaka | dicincang halus
5 helai daun pandan
Kain putih jarang berukuran enam hingga lapan inci persegi
Daun pisang | dipotong empat segi kecil

Cara membuat:
1. Goreng tepung beras tanpa minyak di dalam kuali selama 5 minit. Angkat, ayak dan sejukkan.
2. Dalam mangkuk kecil, masukkan daun pandan dan garam diikuti air panas. Larutkan dan biarkan sebentar.
3. Tuang air rendaman daun pandan tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Gaul sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Panaskan pengukus dan sapu sedikit minyak pada acuan putu.
5. Tabur sedikit tepung, letakkan gula melaka dan tambah lagi tepung. Kemaskan sekeliling agar kuih kelihatan seperti piring.
6. Letakkan kain putih di atasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus. Biar selama 3-4 minit.
7. Angkat acuan putu perlahan-lahan dan balut putu menggunakan kain putih tadi. Masak lagi kira-kira selama 1-2 minit sebelum diangkat.
8. Ambil daun pisang, letakkan sedikit kelapa parut dan letakkan putu yang dimasak tadi di atasnya. Sedia untuk dinikmati.

NOTAKAKI CEF: Jika tiada aucan putu piring, boleh menggunakan apa-apa sahaja penutup besi yang berbentuk bulat.

4. BEBOLA KELEDEK DENGAN BIJAN
resepi bebola keledek dengan bijan
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | RESEPI BEBOLA KELEDEK DENGAN BIJAN
Bahan-bahan:
500 gm keledek warna ungu
100 gm kelapa parut | putih sahaja
50 gm gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Secubit ga1/2 ram
Bijan secukupnya

Cara membuat:
1. Bersihkan keledek, kemudian kukus dengan kulitnya sekali hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Setelah sejuk, buang kulit, dan lenyek keledek hingga lembut.
3. Tambahkan dalam keledek kelapa parut, gula dan garam secukup rasa.
4. Gaul rata dan tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga mendapat doh lembut.
5. Bulat-bulatkan doh dan golekkan di dalam bekas yang berisi bijan supaya keseluruhan permukaan bebola keledek.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng bebola keledek hingga bijan bertukar warna keemasan. Angkat dan hidangkan panas-panas.

NOTAKAKI CEF: Jika suka, anda boleh letakkan keju di dalam bola keledek ini.

5. PULUT HITAM, MANGGA DAN PISANG ALA THAI
resepi pulut hitam, mangga dan pisang ala thai
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | RESEPI PULUT HITAM, MANGGA DAN PISANG ALA THAI
Bahan-bahan:
1 biji mangga | hiris
2 biji pisang berangan | belah dua dan hiris
250 gm beras pulut hitam | rendam sekurang-kurangnya 1 jam

Bahan Sos Santan:
150 ml santan
1 sudu makan gula pasir
150 ml air
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung | larutkan dengan sedikit air

NOTAKAKI CEF: Pulut hitam boleh juga dikukus tetapi ia perlu direndam sekurang-kurangnya empat jam kerana pulut hitam agak keras dan berderai terksturnya apabila dimasak.

Cara Membuat:
1. Masak pulut hitam hingga masak menggunakan periuk elektrik biasa. Jika agak berderai tambah air hingga tekstur pulut hitam lembut. Setelah masak, ketepikan.
2. Sementara itu sediakan sos santan, campurkan semua bahan, kacau rata dan cukup rasa.
3. Didihkan atas api sederhana bersama daun pandan hingga mendidih.
4. Cara menghidang, masukkan pulut hitam, mangga dan pisang dalam mangkuk daun pisang yang telah disediakan.
5. Tuangkan sos santan di atasnya dan sedia dihidangkan.

6. PULUT PAGI
resepi pulut pagi
6 RESEPI SAJIAN MANISAN UNTUK MINUM PETANG | RESEPI PULUT PAGI
Bahan-bahan:
600 gm beras pulut
1 keping gula Melaka
1 cawan air
100 gm gula
1 sudu makan air kapur
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut putih | digaul dengan 1/2 sudu teh garam

Cara Membuat:
1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama satu jam.
2. Masukkan gula melaka, gula, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga semua bahan larut dan sedikit pekat. Angkat dan tapis.
3. Kemudian masukkan air kapur ke dalam bancuhan gula tadi. Kacau rata.
4. Kukus beras pulut sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas besar.
5. Siram air gula melaka yang dimasak tadi. Gaul hingga semua bahagian pulut rata dan berwarna coklat.
6. Kukus pulut tadi sekali lagi sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan pulut dan gaul menggunakan sudip kayu hingga nampak berkilat dan sebati.
8. Sendukkan pulut dan letakkan seidkit kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

NOTAKAKI CEF: Hidangan ini popular di negeri Kelantan dan biasanya dinikmati pada waktu pagi.

SUMBER of THESE SWEETTT RECIPES: Akhbar Sinar Harian | ruangan WOW! rasa


Perghhh tertelan-telan air liur den bila baca sambil menaip resepi-resepi manisss ni. Tu tak kira lagi bila tengok gambar yang super menaikkan selera tu! haha.

Tapi truthfully dalam keenam-enam kuih/dessert di atas, yang paling saya tak familiar adalah DANGAI. Tak biasa dengar, tak biasa tengok dan tak pernah rasa. Nampak macam sedap hahaha. 

PULUT PAGI tu pula saya tak pernah tengok bentuk jenis kon macam tu. Saya pernah jumpa yang pulut, gula Melaka dan kelapa parut asing-asing. Lepastu bila nak makan, kita cicah pulut yang disaluti kelapa parut dengan gula Melaka. Torbaekk rasanya!

Yang BEBOLA KELEDEK tu umi saya dah biasa buat kat rumah. Tapi biasanya umi beli keledek warna coklat yang biasa kita nampak kat kedai tu. Bukan warna ungu seperti di atas. Actually, rasa dua-dua jenis keledek tu lebih kurang sama je. Cuma warnanya sahaja berbeza.

Okay lah itu sahajaa. Saja publish entri ni pagi-pagi. Mana tahu ada yang berkenan dengan salah satu resepi di atas.. boleh beli bahan-bahan bila balik kerja nanti untuk buat petang ni atau esok lusa tulat (hujung minggu Sabtu Ahad) hehee.

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

16 Comments

  1. Dangai paling sedap tapi nakbuat malas hehe

    ReplyDelete
  2. Pisang bakar penyet tu tak penah cuba lagi..saya copy resepi nya yaaa

    ReplyDelete
  3. Semuanya sedap-sedap cuma rajin ngan malas je kan....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnyaaaaaaaa!!!!! Boleh lantry buat kat rumah nanti

    ReplyDelete
  5. Memang penat penat petang kita teringin nak makan sedap sikit untuk bagi semangat datang.

    Alhamdulillah atas kurniaan rezeki

    ReplyDelete
  6. tengok gambar pun dah meleleh ni

    ReplyDelete
  7. Isteri saya mesti cuba buat untuk anak anak :)

    ReplyDelete
  8. Wahhh semua kuih2 tradisional ni...Kalau buat ni rasa diri mcm perempuan melayu terakhir lak, kekeke.

    ReplyDelete
  9. omg im drooling here.

    jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  10. Singgah blog walking sis sayidah. Lapar petang petang ni

    ReplyDelete
  11. Singgah blogwalking. Selamat pagi puan

    Minum masa sarapan pun sedap saja

    ReplyDelete
  12. Kak Sha suka putu piring.. My feveret.. Yang lain-lain tu tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p