Okay ni bukan tuju kat siapa siapa pun. Tuju kat diri sendiri wakaka. Sesungguhnya si Sayidah Napisah ni ada penyakit yang tak berapa semenggah iaitu penyakit lambat balas komen blog dia sendiri. Ish ish ishhh. Memang penyakit ni dari dulu lagi dah. Bukannya semalam mahupun kelmarin.

Saya memang sejenis yang lambat reply komen yang berbentuk pertanyaan. Yang bukan bentuk pertanyaan pula, saya memang sungguh jarang lah nak reply hahhaha. Bukan berlagak diva, bukan sombong, bukan taknak tapi memang itu lah diri saya haha. Mohon memahami. Tapi jangan risau.. saya baca setiap komen dan really really appreciate sesiapa yang komen entri blog saya. Saya akan cuba singgah kunjungan para pengkomen sooner or later.

penyakit lambat balas komen blog!

Cuma tu lah. Komen yang berbentuk pertanyaan tu lah masalahnya saya dari dulu hingga sekarang --> lambat balas. Bukannya tak perasan. Baca tu memang dah baca dah. Cuma tak reply reply haha. So, sekarang ni saya nak kikis penyakit ni slow slow. Dan Alhamdulillah.. makin menampakkan perubahan yang bagus. Bagus Sayidah! (puji diri sendiri apa kes). Tak macam dulu. saya pernah balas sesuatu pertanyaan di ruangan komen artikel blog pada dua bulan kemudian nya. adoiii Sayidah.

Maka nya, ehem.. bagi sesiapa yang dah pernah terkena dengan saya (walaupun saya tahu anonymous-anonymous & mereka yang terkena tak ada nya baca entri ni), maafkan lah si Sayidah ni ye. Forgive me insan yang kerdil ini.

Now, saya akan cuba sebaik yang mungkin untuk reply as fast as possible bagi sebarang pertanyaan dan permintaan mereka mereka di ruangan comment. I will try my best to ubah this penyakit tak berhemah ni hahaha. Pray for me!

Daaa~ wassalam! :)