#YOUCANDUIT | Masih segar dalam ingatan saya suatu ketika dulu, semasa saya baru sahaja graduate kelulusan ijazah Major Matematik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pointer 3.625. Susah betul nak cari kerja atau profesion yang ada kaitan dengan bidang saya. Makanya, dalam masa mencari kerja tu jadi lah penanam anggur dan penternak lemak yang berjaya. Dan dalam masa yang sama juga saya mula berjinak jinak menjadi agen & dropship sesuatu produk dan aktif mempromosi kelas tutor (home tutor) saya sendiri dalam media sosial. Until one night, selepas tengok berita di televisyen ayah saya suruh "Kakcik! Cuba search tentang program youcanduit ni. Ada e-rezeki, e-usahawan semua ni. Macam bagus je untuk fresh graduate macam kakcik".
#YOUCANDUIT! Jana Pendapatan Tambahan Digital Melalui e-Rezeki & e-Usahawan |
Sejak tu, ayah saya selalu desak saya ushar pasal youcanduit ni. Tapi tu lah, saya ni pemalas orangnya. degil. Tak nak dengar cakap haha. Tak singgah singgah sampai lah sekarang. But now, walaupun saya dah agak stabil dan selesa mencari pendapatan bulanan dengan berkerja sendiri, saya terdetik untuk mencari wang tambahan selepas menyaksikan video Fizo Omar ini, yang diinspirasikan oleh Caprice, berkaitan dengan kempen #YOUCANDUIT.
So selepas tengok video tersebut, ye tak ye juga apa yang beliau kata "di mana sekarang ni banyak peluang yang ada, yang kita kena cipta peluang, kita jangan tunggu peluang". Pertumbuhan ekonomi digital berkembang dengan begitu pesat, hinggakan hampir segala-galanya kini melibatkan penggunaan teknologi. Rakyat Malaysia harus mengubah cara melihat dunia, cara manusia mendidik diri mereka dan cara maklumat disebarkan serta diurus dan bagaimana perniagaan dijalankan pada era ini.
Banyak program program keusahawanan kerajaan yang dah ada antaranya program di bawah MDEC, YOUCANDUIT.
So, apakah itu #YOUCANDUIT?
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dalam kalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT.
PROGRAM e-Rezeki
Matlamat e-Rezeki adalah untuk memberi peluang kepada netizen menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital. Senang cerita, e-Rezeki ni adalah misi untuk menambah rezeki secara online.
Program ini sesuai untuk:
- golongan B40 (isirumah berpendapatan rendah) & M40 termasuk penerima BR1M
- pelajar universiti
- graduan menganggur
- pesara
- mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi
- golongan kurang upaya (OKU)
- golongan wanita
- pesara
- mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi
- golongan kurang upaya (OKU)
- golongan wanita
Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara.
Bukan itu sahaja, untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal dan suri rumah yang memerlukan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project).
MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.
#YOUCANDUIT e-Rezeki |
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah crowdsourcing?
Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi.
Syarikat-syarikat memilih pendekatan crowdsourcing kerana boleh mendapat tenaga kerja yang mempunyai skil dan boleh menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kos yang kompetitif. Secara langsung, pihak syarikat akan mendapat manfaat dari segi penjimatan masa, meningkatkan produktiviti dan berpeluang mengurangkan kos operasi.
Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:
a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti menyemak atau verify foto/imej dan memasukkan data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain seumpama dengannya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.
Setakat 31 Disember 2017, pencapaian program eRezeki adalah seperti berikut:
Indikator
|
Setakat
31 Disember 2017
|
Kumulatif
2015 – Dis 2017
|
Sasaran 2018
|
Bilangan
peserta berdaftar
|
154,872
|
309,909
|
116,500
|
Bilangan
peserta dilatih
|
98,580
|
151,198
|
62,700
|
Bilangan
peserta menjana pendapatan tambahan
|
62,709
|
98,888
|
83,100
|
Jumlah
pendapatan tambahan yang dijana (RM)
|
83.9
juta
|
112.9
juta
|
193
juta
|
Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah PERCUMA dan boleh dilakukan secara online di www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my. Boleh dapatkan juga tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial:
Facebook: @myeRezeki
Instagram: @rezekimy
PROGRAM e-Usahawan
#YOUCANDUIT e-Usahawan |
eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.
Setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini. Sejak bermula pada Julai 2015 hingga Disember 2017, seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih, seramai 44,466 telah melapor jualan dan menjana RM227.14 juta jualan atas talian!
#YOUCANDUIT e-Usahawan |
Portal eUsahawan kini boleh diakses secara dalam talian – terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan percuma. Kelas ilmu keusahawanan dalam talian pertama di Asia Tenggara ini menawarkan latihan dan modul yang sama digunakan di dalam kelas fizikal malah penilaian akan dijalankan di akhir setiap modul beserta sijil.
Usahawan mikro (usahawan kecil tempatan) di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan (jangka pendek) eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/.
Peserta akan dipantau untuk tempoh masa tertentu. Peserta yang sering menunjukkan kemajuan yang berterusan akan ditawarkan program latihan lanjutan keusahawanan digital.
Selain insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai sesi mentor secara peribadi bersama ahli perniagaan online yang berjaya serta menimba ilmu dalam pengurusan wang yang konsisten. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan diberi agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.
#YOUCANDUIT Modul esahawan |
Bukan itu sahaja, di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC dengan kerjasama rakan kongsi program seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my, menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas.
Antara pencapaian program eUsahawan ini setakat 31 Disember 2017 adalah:
Bilangan
Berdaftar/Dilatih
|
Bil. Peserta yang
Melapor Jualan kepada MDEC
|
Jumlah Pendapatan yang
Dijana (RM)
|
|||||||
2015
|
2016
|
2017
|
2015
|
2016
|
2017
|
2015
|
2016
|
2017
|
|
Pelajar
TVET
|
2,840
|
21,074
|
52,269
|
2,182
|
10,474
|
15,235
|
1,286,504.31
|
6,546,714.75
|
15,490,849.00
|
Usahawan
Mikro
|
268
|
30,129
|
50,000
|
259
|
5,759
|
10,557
|
2,369,630.00
|
41,685,445.96
|
159,765,468.42
|
Jumlah
|
3,108
|
51,203
|
102,269
|
2,441
|
16,233
|
25,792
|
3,656,134.31
|
48,232,160.71
|
175,256,317.42
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
156,580
|
44,466
|
227,144,612.44
|
Antara kisah kejayaan dari program eUsahawan yang boleh kita jadikan inspirasi adalah En Shathishkumar A/L Johnson. Pelajar kursus pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan ini membantu perniagaan dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan. Pada Jun 2016, beliau telah mengikuti kelas eUsahawan dan mempraktikkan pemasaran digital untuk perniagaan sepupunya. Hasilnya, jualan bulanannya meningkat hasil pemasaran digital daripada RM 10,000 sebulan, kini berjaya memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan!
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berdaftar dengan eUsahawan? Mudah sahaja.. layari www.eusahawan.mdec.my atau www.youcanduit.mdec.my. Pendaftaran dan latihan yang disediakan semua adalah PERCUMA.
Boleh juga dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook @eUsahawanMY.
Mana yang berminat tu boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:
Facebook: @YouCanDuitMY
Instagram: @youcanduitmy
Hashtag: #youcanduit
8 Comments
tak mustahil penjanaan pendapatan melalui alam maya ekarang ni
ReplyDeleteMasih ramai yg tak tahu dan arif pasal e-rezeki ni akibat malas membaca mcm Umi..hehe
ReplyDeleteStudent kolej komuniti memang antara kelompok sasaran e-rezeki & e-usahawan ni. And so far, pada akak benda ni memang bagus untuk jana income
ReplyDeleteMcm2 inisiatif diperkenalkam demi membantu rakyat yg memerlukan. Kita hanya perlu pandai cari peluang dan libatkan diri...
ReplyDeletebagusnya ada program mcm ni... kak pip tak tau kalau kc tak share ... tq share kc ...
ReplyDeleteBagus bila wujudkan program. Boleh bantu anak muda untuk berkecimpung dalam bidang usahawan
ReplyDeleteBanyak peluang untuk mereka yang tidak bekerja kan? Ramai juga suruh akak join e-rezeki ni tapi tak faham sangat. Lepas tengok video ni dan baca entri ni, rasa excited sangat. Rugi kalau sia-siakan masa terluang kan kan?
ReplyDeletenak try jugak lah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p