7 Jawatan Kosong MQA | MQA (Malaysian Qualification Agency) sekarang sedang membuka tawaran TUJUH jawatan kosong bertaraf kontrak/tetap. Haa sesiapa yang mencari kerja kosong boleh la try apply.
7 Jawatan Kosong MQA
Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) |
Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan & berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan jawatan/ pekerjaan berikut:
1. Jurutera, Pegawai Tadbir Gred N41 (1 kekosongan) - KONTRAK/TETAP
2. Pegawai Tadbir Gred N41 (1 kekosongan) - KONTRAK/TETAP
3. Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (2 kekosongan) - KONTRAK/TETAP
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (2 kekosongan) - KONTRAK/TETAP
5. Pembantu Akauntan Gred W19 (1 kekosongan) - KONTRAK
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi http://www2.mqa.gov.my/JobsMQA/.
2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3678/3679/3680/3681. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03- 7968 2236.
8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2018 (Selasa) jam 4.00 petang.
Semoga berjayaa~!
3 Comments
Siapa tak ada kerja tu boleh la mohon jika ada kelayakan
ReplyDeleteservice unavailable lah link tu kakcik..
ReplyDeletemungkin time tu busy kot. cuba buka masa lain. kena banyak kali check. sebab sebelum asar tadi kakcik klik link tu tak boleh. then try lagi lepas asar boleh pula.
DeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p