Status Ramen Samyang Halal atau Tidak? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak kenal dengan ramen samyang yang hot spicy gilosss tu kan? Lagi lagi yang cover warna hitam tu perghhhhh! Meletopsss pedas dan panas dia hahaha. And as we know, dari dulu hinggalah sekarang persoalan yang tak pernah pernah nak surut "halal ke tak ramyeon samyang ni? kan dari Korea", "apa status ramen samyang? halal atau tidak?", "boleh dimakan kah mee segera Korea, ramyeon samyang ni? mana bukti halal?"
Status Ramen Samyang.. Halal atau Tidak? Ini Penjelasan JAKIM! |
Status Ramen Samyang.. Halal atau Tidak? Ini Penjelasan JAKIM! |
Walaupun saya memang dah tahu jawapannya (i mean dah terang terang ada cop HALAL kan kat depan tu kan?), tapi in case ada yang tak tahu lagi atau masih was was lagi status nya (oleh kerana produk samyang ni dari Korea).. this is for you. The proof bahawa samyang ini halalan toyyiban untuk di-ngappp! Supaya ragu ragu dalam hati terhapus.
Status Ramen Samyang.. Halal atau Tidak?
Status Ramen Samyang.. Halal atau Tidak? Ini Penjelasan JAKIM! |
SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang status halal ramen ini. Adakah status halal semua ramen ini dijamin oleh JAKIM?
JAWAPAN:
Untuk makluman, setelah dibuat semakan logo halal pada produk tersebut, produk tersebut adalah merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF).
Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktirag oleh JAKIM di Korea. Untuk melihat senarai badan persijilan halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari di http://www.halal.gov.my/ckfinder/userfiles/files/cb/CB%20List%20LATEST%20.pdf
Sebarang kemusykilan, ikuti MAKLUMAT TERKINI MEDIA BAHARU BAHAGIAN HAB HALAL JAKIM.
Status Ramen Samyang.. Halal atau Tidak? Ini Penjelasan JAKIM! |
Moga dengan penjelasan di atas dapat meng-clear-kan berita palsu dan khabar angin yang viral tular mengatakan samyang haram dimakan. Yakin lah bahawa ianya halal. Cop halal tu betul. Bukannya cop 'kosong'.
Tapi.. Kenapa tiba tiba berbangkit persoalan yang dah lama surut ni?
Yesss.. sebab ada keluaran baru dari Samyang!
1. Ramen TOPOKKI
RAMEN SAMYANG TOPOKKI |
2. Ramen KIMCHI
RAMEN SAMYANG KIMCHI |
3. Ramen JJAJANG
RAMEN SAMYANG JJAJANG |
4. Ramen BULGOGI
RAMEN SAMYANG BULGOGI |
Perghhh.. memang menggoda sungguh! Tapi takde kesempatan lagi saya nak pergi beli. Ntah ye atau tidak ada jual kat kedai sini. Tak sure stok dah masuk ke belum di pasaran Seremban sini. Sebab masih baru lagi kan.
Ada yang dah rasa. Mereka kata ramen yang baru ni sedap & tak pedas. Sangat sesuai dengan orang yang tak suka makan pedas atau yang tak tahan pedas. Tu testimoni daripada mereka yang dah merasa lah. Daripada saya takde lagi. hahaha.
Yelaaa belum beli, belum rasa, macam mana nak bagi feedback kan? So.. siapa nak belanja saya samyang baru ni? tibeeee hahaha.
Okay daaa~ wassalam! :)
kredit gambar: mira & annazeerah
kredit gambar: mira & annazeerah
8 Comments
Oo..gud info
ReplyDeletesudah beli yg kimchi & jjajang
ReplyDeletemmg sedap dan tak pedas macam samyang yg berapi itu
terima kasih sayidah yang baru nanti try cari la hahahha
ReplyDeletehmm samalah baca pun semua kata sedap dan tak pedas, lepas ni boleh try lah kot beli hihi
ReplyDeletetak rasa pun lagi sebab mahal hahahhaa
ReplyDeletenoted bleh makan ^^
ReplyDeletefavourite samyang ni. yg double pedas tu, pedas giler.
ReplyDeleteCheq suka samyang kimchi ramyon, sedappp! :)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p