Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran - sayidahnapisahdotcom Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran
LightBlog

Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran | Walaupun kita dah tahu perangai, sikap, sifat dan ragam kita sendiri macam mana.. tapi kadang kadang tu nak tahu juga kajian orang lain mengenai personaliti mengikut bulan kelahiran kita kan. Betul ke tidak. Sama ke tidak. Mengena ke tidak?

Bukan bulan kelahiran kita pun, kot-kot nak ushar personaliti family members/ kawan/ pasangan melalui bulan mereka lahir pun bolehhh.

Let's see!

Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Oleh: Soulusi
Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran
Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran
1. Januari

Anda seorang penyayang dan pendengar yang baik. Kualiti ini menarik ramai orang untuk mendekati anda untuk berkawan. Anda dikagumi kerana sifat optimis dan positif terhadap kehidupan. Anda suka kebebasan dan keindahan. Sebuah ruangan akan dipenuhi kegembiraan apabila anda memasukinya. Aura dan karisma anda sangat kuat dan secara tidak sedar orang akan tertarik dengannya.

2. Februari

Anda mempunyai personaliti yang sangat yakin, bersemangat dan menawan. Anda boleh memimpin sesebuah kumpulan jika anda mahu walaupun hanya di belakang tabir. Keupayaan unik ini membuatkan anda menonjol. Anda mempesona dan menawan semua orang dengan magnet anda.

3. Mac

Kualiti terbaik anda ialah anda tidak pernah berputus asa. Bila berada dalam situasi yang huru-hara sekalipun, anda cuba menjadi yang terbaik. Anda tekad dan sentiasa memastikan kehidupan anda di landasan yang betul. Anda percaya segalanya untuk kebaikan dan gerak hati anda sangat kuat. anda juga memiliki sisi tersembunyi yang berada dalam diri anda.

4. April

Anda cepat tersentuh dan perkara kecil orang lakukan untuk anda itu sangat bermakna bagi anda. Anda dicintai kerana keprihatinan dan kepekaan anda. Anda suka akan kedamaian dan ingin menjadikan dunia suatu tempat yang penuh kasih. Anda tidak suka terlibat dalam konflik dan sentiasa berusaha menjadi diri sendiri.

5. Mei

Anda mempunyai keperibadian yang kuat dan disukai ramai kerana anda menjadi diri sendiri. Sesetengah orang akan merasa susah untuk mendekati anda tetapi apabila mereka sudah mengenali diri anda, orang akan tahu bahawa anda sentiasa bekerja keras untuk menyokong apa sahaja orang anda cintai mahu lakukan. Anda sangat praktikal dan sangat ikhlas mencintai rakan dan keluarga.

6. Jun

Anda adalah orang yang sentiasa berusaha untuk mengelakkan perselisihan faham. Anda ingin menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan cinta dan kehangatan anda. Anda sangat sesuai untuk menjadi rakan berkongsi kerana anda bersemangat untuk menyokong rakan anda.

7. Julai

Anda mempunyai keberanian yang sangat tinggi. Tetapi anda mempunyai peribadi sensitif yang anda sembunyikan. Hanya beberapa orang istimewa yang boleh rapat dengan anda dan berpeluang untuk melihat keperibadian yang anda sembunyi itu. Anda tidak takut mengakui kesilapan yang anda buat dan sentiasa menghormati orang lain.

8. Ogos

Semua orang sangat mengenali anda dengan keperibadian anda yang sangat jujur itu. Apa yang anda ungkapkan, anda akan lakukannya. Anda suka kejujuran dari pelbagai aspek dan tak pernah ragu-ragu untuk mengaku kesilapan jika anda buat salah. Anda ingin menjadi 'center of attraction' dan keperibadian anda sangat membantu apabila anda betul-betul menjadi tumpuan orang lain.

9. September

Anda mempunyai imaginasi yang jelas dan rasa ingin tahu yang membuat anda persoalkan segala-galanya yang ada di sekeliling anda. Anda mempunyai cara anda sendiri untuk mendapatkan apa yang anda mahukan dan sentiasa dapat keluar dari situasi sukar dengan mudah. Anda dikagumi untuk keupayaan ini dan orang sentiasa bersedia untuk mematuhi arahan anda.

10. Oktober

Anda adalah 'problem solver' untuk semua orang dan anda tidak akan berat sebelah apabila menyelesaikannya. Anda adalah pendengar yang sangat prihatin dan bersedia untuk mendengar masalah orang lain. Anda sangat bijak, suka membantu, dan cinta akan alam.

11. November

Anda mempunyai minda yang sangat expressive dan fikiran anda sentiasa dipenuhi dengan idea-idea baru yang inovatif. Anda suka menganalisis persekitaran anda dan mengumpul seberapa banyak maklumat semasa melihat sekeliling. Anda berada dalam dunia anda sendiri dan gembira untuk hidup seperti itu. Pemikiran anda mungkin selalu berada di dunia anda sendiri tetapi anda tetap berhubung dengan realiti.

12. Disember

Anda bercita-cita tinggi dan sangat vulnerable. Anda juga tidak takut untuk menunjukkan perasaan anda. Orang mengagumi kualiti diri anda kerana menerima kesilapan dan menunjukkan perasaan anda secara terbuka. walaupun anda telah melakukan yang terbaik, anda tidak pernah merasa cukup dan mengharapkan lebih banyak.
Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran
Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Amacam? Ada personaliti yang sama tak?

Ke sipi sipi?

Ke tak sama langsung? Hahaha.

Saya lahir pada bulan Ogos. And.. nampaknya semua personaliti yang disebutkan betul dan sama apa yang saya 'rasa'. Saya suka kejujuran dari pelbagai aspek, kalau salah saya tak malu untuk mengaku, suka orang beri perhatian pada saya (sometimes I don't like it hahaha) & kekadang sifat saya yang easy going dan happy go lucky membuatkan orang mudah 'masuk' dengan saya. Hehee.

Korang pula? Sama tak dengan ciri ciri yang di-mentioned-kan di atas?

Post a Comment

6 Comments

  1. Best jugak baca artikel macamni. saffaa lahir bulan may^^

    ReplyDelete
  2. Ada yang sama.. Mungkin kebetulan.. Hanya Allah yang tahu kebenarannya...

    ReplyDelete
  3. yes.. mama memang seorang penyayang hihihi

    ReplyDelete
  4. Part ini memang betul "Anda berada dalam dunia anda sendiri dan gembira untuk hidup seperti itu".. hahaha..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p