Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? - sayidahnapisahdotcom Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
LightBlog

Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?

Pernah rasa risau rezeki 'tak cukup'? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Pernah tak rasa macam tu dalam soal rezeki? Rasa duit tak cukup sentiasa? Rasa risau esok macam mana lah untuk 'survive' sebab duit makin berkurang? Ada masa tu rasa stress sangat sebab job asyik tak ada, job tak masuk masuk padahal orang lain meriah je dengan job sana sini? Ada?

Secara jujurnya saya pernah berasa macam tu. Risau, cemburu, gelisah, resah, tidak senang duduk bila tengok orang dapat job tapi kita jarang-jarang. Lagi lagi kita ni kerja sendiri kan. Tapi tu dulu lah. Lepas baca 'kisah' dan nasihat di bawah ni, rasa sentap pula. Sentap in a good way i mean.

Rasa macam kenapa la aku nak risau lebih lebih pasal rezeki, padahal Allah yang beri rezeki. Dan Allah akan bagi rezeki dalam pelbagai bentuk dan arah. 

Okay.. Jom baca kisah yang cakap tadi. tentang betapa pentingnya rasa berserah diri kepada Allah bab bab rezeki ni!

"Aku nak share pengalaman yang ubah hidup aku.

Dulu aku risau dan fikir sangat bab cari rezeki,

so jadi stress dan risau bila job tak masuk."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #1
"Satu hari ni aku cari buku baca & faham konsep rezeki dari sumber quran dan hadis. Banyak sebenarnya buku macam ni. Cuma kita yang tak 'bergerak'. Hadis kehidupan Nabi-Nabi, kisah sahabat, ayat-ayat Quran."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #2
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (Surah al-Ankabut: 62)"
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #3
"Ada ja orang yang solat tapi rezeki selalu tak cukup. Sebab risau sangat rezeki, kita lupa kita kena risau hubungan kita dengan Allah.

Sebenarnya konsep berserah bila kita buat Ibadat bukan sebab nak rezeki, tapi kita buat sebab nak Allah sayang."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #4
"Kadang-kadang orang tanya aku buat macam mana buat video kat Youtube tapi job selalu datang. Jawapan aku "Taktau". Aku fokus hubungan dengan Allah. Aku taktau apa best sangat orang nak hire aku or bagi job beribu. Sebab Tuhan yang gerakkan hati client."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #5
"Belajar jangan kedekut bersedekah, lagi kau sedekah lagi rezeki masuk. Utamakan solat, kau dengar azan terus cari masjid or surau terdekat solatlah berjemaah. Berkat dia 27x ganda.

Anggap solat tu ujian punctual time tak kau dengan Allah yang kau nak sayang."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #6
"Selalu geng tabligh singgah rumah pesan - jangan berharap pada makhluk, berharap pada Allah. Rezeki dari Tuhan bukan dari boss, client atau sapa sapa" 
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #7
"Tapi lagi rezeki kau banyak, lagi besar ujian. Time ni lah kita kena test, tapi kena lah bijak faham apa yang terbaik.

Jangan tamak, jangan kedekut, jangan lupa zaman kau susah."
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk?
Fikir sangat bab rezeki, stress & risau bila job tak masuk? #8

Moh le sama-sama kita muhasabah diri. Ikhlaskan niat buat apa apa perkara kerana Allah, untuk Allah sayang, dan untuk dapat redha Allah inshaaAllah aamiin. Moga kita semua berada dalam rahmat-Nya.

Moga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Itulah maknanya syukur selalu. . Kalau fikir sgt.. Stress... Bukan rezeki yg dekat tapi penyakit..

    ReplyDelete
  2. Peringatan yang cukup bermanfaat, alhamdulillah. Terima kasih 🌹♥

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p