Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa Pertama.. siapa yang layak terima? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti semua dah tahu kan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa Pertama akan diberi pada hujung bulan ini; 28 Januari 2019? Tapi persoalannya... Dapat ke tidak? Bakal masuk ke tidak duit BSH ke dalam akaun bank kita? Jeng jengggg~
Haritu umi suruh saya kemaskini brim 2019 (BR1M - nama 'lama' bagi BSH). Saya dah pelik. Aik? Kena kemaskini ke brim? Tapi bukan ke brim dah takde? Bukan dah sistem baru ke sekarang which is Bantuan Sara Hidup? Adakah kena update brim baru lulus BSH? Ataupun automatik akaun brim yang lama ditukarkan kepada BSH? Atau kena daftar yang baru? Kalau nak daftar, bila buka tarikh pendaftaran BSH 2019? Bila tarikh tutup? Tapi katanya.. Duit BSH akan diedarkan pada Januari ni? Sempat ke nak kemaskini?
Ohmaii?! Pening pula den haha.
Okay banyak betul soalan kan. Tapi serius.. Soalan soalan tu memang saya curious nak tahu jawapannya.
Yelah, siapa yang taknak bantuan kerajaan? Free free dapat duit ratus ratus. At least dapat tambah sikit income bulanan, bayar apa yang patut such as hutang PTPTN dan EPF KWSP.
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa Pertama.. siapa yang layak terima?
Then.. Saya pun 'masuk' lah ke laman web terkini Bantuan Sara Hidup: https://bsh.hasil.gov.my/. Di situ, terjawab sudah apa yang saya nak tahu.
"Bantuan Sara Hidup 2019 - TEMPOH PENDAFTARAN BERMULA 1 FEBRUARI 2019 SEHINGGA 15 MAC 2019.
MAKLUMAT TERKINI:
- Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
- Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
- Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
• Ibu/ bapa tunggal; Janda; Duda; Balu DAN mempunyai tanggungan; atau
• Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas)
- Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
Manakala pemohon yang layak menerima Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini.
Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran BSH 2019."
Incase kalau tak dapat nak cerna apakebendaa lah makluman terkini kat atas ni cerita. Okay meh saya terangkan in another way..
Senang cerita.. Kita sekarang ni tak payah buat apa. Tunggu je 28 Jan '19 nanti. Tengok dalam akaun bank, masuk ke tak duit BSH. Kalau ada, Alhamdulillah. Tahniah!
Tapi.. Kan dah tengok atas tadi.. Hanya 3 KATEGORI SAHAJA YANG LAYAK TERIMA BAYARAN FASA PERTAMA BSH 2019.
So, jika anda TIDAK TERGOLONG dalam 3 kategori yang layak tu, anda takkan terima bayaran BSH fasa pertama 28 Jan pun nanti. Tak perlu berharap (hancur harapanku huwaaaa!)
Habistu nak buat apa? Takkan nak melukut di tepi gantang je? Don't worry. Jika anda rasa anda LAYAK terima duit BSH (menepati semua syarat kelayakan), okay. Relaks. Mudah je. Pergi buat permohonan baru BSH 2019 secara online. Hah jangan daftar sekarang pula! Tunggu masa pendaftaran dibuka nanti; bermula 1 Februari.
Tapi.. Macam mana pula kes "saya tergolong dalam kategori yang layak terima BSH 2019 fasa pertama tapi tak dapat pun?". Orait jangan sedih sedih. Ada cara nya.
Anda hanya perlu KEMASKINI permohonan BSH 2019 dengan MAKLUMAT YANG TERKINI, BETUL, TEPAT DAN JITU. Bila boleh kemas kini? Ketika tempoh pendaftaran dibuka (1 Feb - 15 Mac 2019).
Pahe dop? Hhaha.
Kalau tak faham lagi, sila tulis part mana yang kurang jelas di bahagian komen di bawah. Saya akan reply :)
Disebabkan saya tergolong dalam kategori yang tidak layak dapat duit fasa pertama BSH 2019 (bujang yang tiada tanggungan), saya kena buat permohonan baru lah nanti time tarikh pendaftaran bantuan sara hidup 2019 dibuka. Hehehe.
Okay.. semoga bermanfaat!
Daaa~ wassalam! :)
Kalau tak faham lagi, sila tulis part mana yang kurang jelas di bahagian komen di bawah. Saya akan reply :)
Disebabkan saya tergolong dalam kategori yang tidak layak dapat duit fasa pertama BSH 2019 (bujang yang tiada tanggungan), saya kena buat permohonan baru lah nanti time tarikh pendaftaran bantuan sara hidup 2019 dibuka. Hehehe.
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa Pertama .. layak vs tak layak |
Daaa~ wassalam! :)
3 Comments
untuk bujang ada ke nanti ? hehehe
ReplyDeleteAda mention kat atas tu hahaa. tak perasan eh?
Delete- Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
Hihihihi...faham alhamdulillah..😊
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p