Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP - sayidahnapisahdotcom Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP
LightBlog

Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP

Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah tak.. selepas imam baca Fatihah, kita pun baca Fatihah TAPI tak sempat kita nak habiskan bacaan lagi, imam dah rukuk? Pernah tak korang sembahyang jemaah dengan seorang imam yang bacaan Al-Fatihah dan surah nya SANGAT laju sehingga kita tak boleh nak catch up? Kita pun apalagi.. tergesa gesa baca sebab nak kejar sekaligus menyebabkan rasa 'khusyuk' pun hilang. So, bagi mengelakkan benda tu berlaku, kita pun as a makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya juga. BOLEH ATAU TIDAK?

Jom kita baca jawapan dari mereka yang lebih alim dan berilmu dari kita!
Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP
Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP | GAMBAR SEKADAR HIASAN | Image: Google

Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP


Soalan:

Bolehkah makmum membaca al-Fatihah secara perlahan semasa imam sedang membaca al-Fatihah dalam solat berjemaah untuk mengelakkan daripada terlupa membacanya?

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Menjawab isu di atas, jika sekiranya sifatnya memang seorang yang sering pelupa, maka dibolehkan.[1]

Akan tetapi nas menyebut supaya perlu senyap ketika imam sedang membacanya. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A yang menyebut:

صَلَّى النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- بِأَصْحَابِهِ صَلاَةً نَظُنُّ أَنَّهَا الصُّبْحُ فَقَالَ : هَلْ قَرَأَ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ. قَالَ رَجُلٌ أَنَا. قَالَ : إِنِّى أَقُولُ مَا لِى أُنَازَعُ الْقُرْآنَ.

Maksudnya: “Nabi SAW solat bersama para sahabatnya yang kami mengira ia adalah solat Subuh. Beliau kemudian bersabda: “Apakah ada salah seorang daripada kamu yang membaca surah (di belakangku)?” Seorang lelaki menjawab, “Saya.” Baginda lalu bersabda: “Kenapa aku ditandingi dalam membaca Al Qur`an?”

Riwayat Abu Daud (826), Ibn Majah (848), 
al-Nasa’ie (919) dan al-Tirmizi (195)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda:

وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا

Maksudnya: “Jika imam membaca (al-Fatihah), maka diamlah.”

Riwayat Muslim (932)

Ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah al-A’raf: 204)

Walaubagaimanapun, para ulama mengatakan bahawa sekiranya imam adalah seorang yang cepat bacaan al-Fatihahnya contohnya seperti ketika sembahyang terawih, manakala makmum pula perlahan dalam membaca al-Fatihah, maka dibolehkan untuk mula membaca bagi mengelakkan selalu tertinggal.

Oleh itu, hendaklah dilihat pada suasana-suasana dan keadaan-keadaannya. Hal ini sering terjadi ketika solat terawih di kampung-kampung di tempat kita.
Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP
kelebihan solat jemaah | image: Google
Semoga Allah mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.


Nota Kaki:

[1] Dalam kitab Fath al-Mu’in disebut:

ﻭﺇﻥ ﺳﺒﻘﻪ ﺑﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﺃﻭ اﻟﺘﺸﻬﺪ ﺑﺄﻥ ﻓﺮﻍ ﻣﻦ ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ ﻗﺒﻞ ﺷﺮﻭﻉ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﻴﻪ ﻟﻢ ﻳﻀﺮ

Maksudnya: “Jika makmum mendahului Imam dengan bacaan al-Fatihah atau tasyahhud yang mana menghabiskan bacaan salah satu dari keduanya sebelum imam memulakan bacaan itu, maka ia tidak memudaratkan.” (Lihat Fath al-Mu’in, 2/48. Lihat juga Mughni al-Muhtaj, 1/255)

[SUMBER]
Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP
Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP

Post a Comment

8 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p