tersengguk sengguk | What is 'tersengguk sengguk' means? Is it kind of senggugut/ period pain thing? NO.
Tersengguk sengguk ni maksudnya.. hmm pernah rasa mengantuk? Mengantuk yang tahap tak boleh nak cerita lah. Mengantuk tahap gaban. Mengantuk yang kalau kita letak lidi kat mata pun boleh tertutup. hahaha.
Dozing off? Yeah lebih kurang tu lah maknanya.
So.. apa kaitan tersengguk sengguk ni dengan saya?
Actually.. kat twitter kan ada viral satu, dua video yang menayangkan seorang budak tersengguk sengguk dalam kelas mengaji. Tersengguk sangat sampai akhirnya hampir terlentang! Hahaha comel betul. Yelah budak kan. Tu comel. Kalau 'budak' besar macam saya? Memalukan mehh.
Then bila tengok video budak tersengguk sengguk menahan kantuk tu.. it remind me of ME. Yeap myself.
Saya pernah tersengguk sengguk dalam dewan kuliah sehinggakan habis barang-barang atas meja jatuh. Berterabur atas lantai. Waduh waduhh malu gilos. Tapi nasib baik dorang tak perasan punca buku dan pensel box saya jatuh disebabkan saya tak tahan gilosss ngantuk arghh!
Okay bukan setakat dewan kuliah.. kat kelas pun! Saya ni kan suka matematik, suka kira kira. So.. kalau subjek bukan maths or topik cerita pasal fakta sejarah bagai.. yess mata saya ni mula la berat semacam. Kalau banyakkk perkataan dan kurang nombor, mula lah. Rasa macam banyak sangat syaitan bertenggek kat mata haha.
Okay bukan setakat dewan kuliah.. kat kelas pun! Saya ni kan suka matematik, suka kira kira. So.. kalau subjek bukan maths or topik cerita pasal fakta sejarah bagai.. yess mata saya ni mula la berat semacam. Kalau banyakkk perkataan dan kurang nombor, mula lah. Rasa macam banyak sangat syaitan bertenggek kat mata haha.
tersengguk sengguk | image: Google |
Saya juga pernah tersengguk sengguk time sahur. Ye, sahur kat asrama (time study degree at UPM) kan lonely sikit. Okay bukan sikit, tapi banyak haha. Lagi-lagi dapat dua roomate Chinese yang, of course, tak bangun bersahur. Lagi sorang roomate pula balik rumah atau tak boleh puasa. So, bangun sahur pukul 5 pagi; ALONE; dalam bilik adalah sangat menyeksakan dan mencabar. Dan krik krik.
Suasana sendu. Menambahkan lagi ke-mengantuk-an saya. Fuhh makin berat la kelopak mata saya jawabnya haha.
Saya pernah sekali tu sahur biskut cicah air. Dah siap bancuh air vico pergh semangat konon. Baca doa makan. Mula mula tu okay lah. Lama-lama.... yeap. Start lah tersengguk senguk. Sehinggakan biskut termasuk dalam cawan. Sebab lama sangat cicah dalam air. Bukan cicah dah tu. Tahap berendam dah hahaha.
Ada sekali tu.. tersengguk sengguk makan nasi time sahur sehinggakan saya tak sedar azan Subuh dah berkumandang kat surau. Waktu Subuh dah masuk, makanan tak habis lagi! Khusyuk sangat tersengguk sengguk. Tu padahnya hahaha. Iye, walaupun makanan tu makanan berat sekalipun, ianya tak menyegarkan mata saya.
Tu lah antara 'peristiwa-peristiwa' saya dulu dulu yang sangat suka tersengguk sengguk.
Belum cerita lagi time solat Subuh, time mengaji Al-Quran, time doa lepas solat Subuh, time study, time buat homework, time dalam kelas agama pun! Dalam bas pun pernah! Ya Tuhannn. Sesungguhnya saya ni memang suka tidur orangnya hahahaha.
Tapi tu dulu laaa. Time matrik dan UPM. Oh, semasa praktikal kat Bank Rakyat pun saya pernah tersengguk sengguk ketika buat kerja. Kahkahhh teruk kan?
Masalahnya benda tu saya tak boleh nak elak. Bukan sengaja okayhhh! Duk tampar tampar muka pun still arghh i was sooo ngantuk!
Oh, lagi satu. Saya pernah juga tersengguk sengguk time beraya ke rumah saudara. MUAHAHAHA. Yelaa mana taknya.. umi abi berborak borak. Saya duduk sorang, tak ada kawan. Tambahan lagi, time tu baru lepas makan. Petang pula tu. Haa tu yang mata asyik nak tertutup je hahaha. So, bukan salah saya muehehe.
Tapi tu dulu lah. Sekarang ni saya tak macam tu. Kot. Hahhahaha.
Ha! Lastt last. Time update blog pun saya pernah tersengguk sengguk tau hahahaha. Ini serius. Tak tipu. Tapi biasanya benda ni terjadi time lepas Subuh. Or petang petang.
Korang.. Ada yang kes sama macam saya ke? Suka sengguk sengguk?
5 Comments
Tersengguk sengguk ni dah jadi satu kemestian kot bila badan letih sangat dan kurang tidur..hihihi..sebabnya kak PC pun macam tu juga..sabo jelah.
ReplyDeleteuish kalau dah level tersengguk sengguk ni memang tak dapat tahan dah gayanya.
ReplyDeletehaha kesian ngantuk sgt ye..
ReplyDeleteSaya pernah juga masa kuliah sebab malam sebelumnya tak tidur untuk siapkan assignment programming. Kalau buat assignment subjek programming, memang tak tidurlah selalunya. Pernah juga mengajar untuk kelas peer tutor tanpa tidur pada malam sebelumnya tapi nasib baik tak tersengguk-sengguk masa mengajar tu😅. Kalau tak, mesti kena gelak dengan student sendiri😂.
ReplyDeleteSamalah. Diya pun selalu tersengguk-sengguk di dalam kelas teori. Memang tak boleh fokus. Duduk belakang pula tu.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p