Apa itu Demam Campak? Bagaimana Mahu Cegah dan Rawat? - sayidahnapisahdotcom Apa itu Demam Campak? Bagaimana Mahu Cegah dan Rawat?
LightBlog

Apa itu Demam Campak? Bagaimana Mahu Cegah dan Rawat?

Apa itu Demam Campak? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru-baru ni gempar kes di Sarawak terkena wabak demam campak yang menakutkan. Moga semuanya baik baik saja hendaknya~ Aamiin.

Cerita pasal demam campak.. saya rasa saya pernah dua kali kot kena time kecil. Ke sekali? Tak ingat hahaha tapi waduh waduh feeling time kena tu memang seksa, sakit dan pedih kulit.. Berair merah biji biji di seluruh badan. Rasa tak selesa. Gatal gatal. Fuhh. Nasib baik la alami pada masa dulu dulu je. Alhamdulillah. Taknak ulangi dah.

Ingat lagi.. masa tu umi abi tak mampu nak hantar ke hospital untuk rawat, tak banyak duit, so umi abi guna cara tradisional je. Cairkan 'ketulan' biji warna putih (macam kapur) dengan air. Lepastu letak di tempat yang ada biji merah di badan dan muka. Tak tahu nama kapur putih tu tapi memang berkesan. Makin lama makin pulih; tanpa bantuan ubat doktor. Not sure sekarang ada ke tak lagi haha.


Apa itu Demam Campak? Bagaimana Mahu Cegah dan Rawat?

apa itu demam campak
apa itu demam campak?
Berdasarkan info dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)..

Apa itu demam campak?
- ia merupakan jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Ia amat mudah berjangkit dan berbahaya.

Bagaimana ia merebak?
- melalui cecair pernafasan (batuk atau bersin)
- menyentuh permukaan yang dicemari cecair pernafasan seperti alat permainan

Cara pencegahan?
- melalui imunisasi MMR (Measles, Mumps dan Rubella)

Apa rawatannya?
- tiada rawatan khas bagi demam campak
- kenalpasti demam campak dengan segera untuk elakkan kompilasi
- bawa anak ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti

Sumber: info Sihat
info demam campak
apa itu demam campak?
Tak sangka demam campak ni boleh membawa mudarat dan bahaya yang scary.

So, mak ayah yang ada anak anak kecil terutamanya kena lah alert benda benda ni. Supaya dapat elakkan kompilasi yang lebih teruk.

Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p