Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya! - sayidahnapisahdotcom Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya!
LightBlog

Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya!

Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang dah pernah rasa bomboloni lembut gebu gebas mampat padat dan sedap ni? Atau pernah dengar orang cakap pasal bomboloni tapi tak pernah lagi jumpa face to face?

Atau langsung tak familiar dengan 'kuih' ni? Its okayyy. Saya pun dulu tak tahu pun kewujudan bomboloni ni walaupun time tu tengah viral hahaha. Noob!
resepi bomboloni nutella coklat
resepi bomboloni nutella coklat

Dalam seumur hidup, setakat ni, pernah sekaliiii je saya rasa. Tu pun kakngah saya yang bawa ke rumah. Bomboloni coklat frozen. Nama pun frozen.. Tinggal nak goreng je. Senang kan? Simple dan cepat je masak. hehehe.

Kawan pejabat kakngah yang buat bisnes, jual di Cyberjaya, Kuala Lumpur. Rasanya bukan bomboloni coklat je. Perisa lain pun available.

Jangan tanya berapa harga nya sebab saya dah lupa hahaha. Tapi SERIUSSSSS SEDAPPPP GILOSSSS! Walaupun mula mula first time nak rasa tu macam 'takut-takut' (takut kureng sedap hahaha), tapi bila dah NGAP!

Fuhhhh. Dah lah lembut gebu, inti penuh, lazat sedap secukup rasa. Perghhh!

So.. bila jumpa resepi bomboloni nutella ni hujung minggu yang lepas, rasa nak share di sini. Kot-kot ada yang teringin nak rasa tapi taktahu nak beli di kedai mana, boleh buat sendiri hehehe.


Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya!

resepi bomboloni coklat mudah
resepi mudah bomboloni nutella coklat

Resepi Bomboloni Nutella (Coklat Hazelnut)

Bahan-bahan:

225g tepung high protein
6g yis
55g castor sugar
(campurkan sebati semua bahan diatas)
120ml fresh milk sejuk
1 egg grade A
(campur-campurkan bahan basah ini)
55g butter / margerine
Secubit garam

Cara memasak:

1. Masukkan sikit demi sedikit wet ingredient dalam dried ingredient sambil uli. Uli sampai sebati & bergumpal.
resepi bomboloni coklat
cara memasak bomboloni
2. Masukkan butter & garam. Uli sampai tak melekat kat jari. Nak tau dough dah ready ke belum, bila tarik dough sampai nipis tu tak koyak/ elastik.

Saya just guna hand mixer je guna hook dalam 30-40min macam tu.

3. Tutup dough dengan plastic dalam 30minit pun ok.

4. Bila dah kembang double size, tumbuk dough bagi keluar angin. Nipiskan & turap dengan acu.

5. Goreng dengan api paling low. Jangan bolak balik selagi 1 side belum tukar warna coklat.

6. Bila donat dah suam, golek atas powdered sugar / gula castor + cinnamon. Sedap oouhh wangi-wangi.

Pastu cocok lubang guna straw. Saya guna cake tester je pastu barula picit nutella dalam tu.
cara memasak bomboloni
resepi mudah bomboloni coklat nutella sedap
Sumber: twitter Resepi Makanan Malaysia

p/s: kalau tengok entri ni malam malam.. sediakan tisu untuk lap air liur yang meleleh tuuu hahahah.

Selamat memasak! Semoga berjaya~!

Till next time, daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

11 Comments

  1. OMG nampak sedap gilaa T-T . Tak pernah buat tapi pernah makan yang adik buat hehe. Comel gila waktu goreng bomboloni, macam dorayaki XD

    Nini singgah sini. Jemput join giveaway kalau berminat :3

    https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn nampak sedap gilos hahaha.

      okay inshaaAllah nanti saya join :)

      Delete
  2. Boleh Naim mencuba lepas ini. Nutella Naim akan ganti dengan Coklat seperti Nutella dari Gardenia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bolehhh. semalam baru beli coklat gardenia. halal pun dijamin halal kann hehhee

      Delete
  3. fuhhh nasib tak minat sangat bomboloni ni, takde lah meleleh air liur tapi lapar jugak dibuatnya ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape tak minat sangat bomboloniii? hahahahha krok krokkk~

      Delete
  4. nice, nmpak sedap tu... tengok gamba ni mampu telan air liur je. huuuu

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa kakcikk. dgn leleh2 coklat tu aishh. hahaha Ain pun tak penah makan, tgok depan2 pun tak. teringin jugak nak try tapi malas hehehe

    ReplyDelete
  6. Terliur lah.. Tak reti nak buat yg sedap ... Nnt nak try buat la baut yg resepi Sayidah share ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p