Dividen & bonus ASB 2019 5.50.. masih berbaloikah melabur di ASB? ASBF loan? - sayidahnapisahdotcom Dividen & bonus ASB 2019 5.50.. masih berbaloikah melabur di ASB? ASBF loan?
LightBlog

Dividen & bonus ASB 2019 5.50.. masih berbaloikah melabur di ASB? ASBF loan?

Dividen & bonus ASB 2019 5.50.. masih berbaloikah melabur di ASB? ASBF loan? | "Awak ni suka update pasal ASB, suka melabur ke?" -- kalau ada yang nak tanya macam tu kat saya, jawapannya adalah NO! Tidak. Nehi. hahahaa. Saya bukanlah minat sangat bab loan pinjaman, investment pelaburan, insurans, takaful dan seangkatan dengannya.. TAPI.. I HAVE TO know about it. Kena ambil tahu juga sikit-sikit. Kena belajar juga. Kena faham kan juga situasi semasa (mengikut tahun) dan mana satu yang lebih baik, mana yang tak okay.

Because after all, ianya melibatkan simpanan/keuntungan for future kita juga kan? hehehe.

BERAPAKAH AGIHAN PENDAPATAN (DIVIDEN + BONUS) ASB 2019?

Dividen + bonus ASB tahun 2019 = 5.50 sen per unit

"Masih lagi berbaloikah melabur di ASB?"

Ditulis oleh: Mohd Kautharr
(Pengurusan Kewangan, Pelaburan, Ekonomi, Keusahawanan dan Politik)

Agihan pendapatan ASB (bahasa mudah: dividen) adalah: 5% + 0.5% bonus bagi 2019.
dividen bonus asb 2019
dividen bonus asb 2019 5.00 + 0.50 (sen per unit)
Seperti dijangkakan paling rendah 5%.

Saya ceritakan pula masih lagi berbaloikah melabur di ASB?

Jika anda mempunyai pinjaman ASB, ASBf, adakah anda akan menjualnya melihat kepada kadar dividen sekarang?

Agihan turun hampir RM2 bilion daripada RM10.7 bilion (2018) kepada RM9 bilion (2019). Sebahagian besar penurunan adalah kerana pasaran saham Malaysia yang merudum.

Jadi adakah dengan dividen 5% masih berbaloi melabur di ASB?

Ini saya jawab.. bagi simpanan biasa ye, bukan ASBF.

Ya, masih berbaloi lagi untuk melabur di ASB, kerana ia masih memberikan dividen tertinggi bagi kategori pelaburan risiko rendah

Apa penting dalam pelaburan risiko rendah? Kadar pulangannnya melebihi kadar inflasi, ini bagi mengelakkan simpanan kita semakin berkurang kerana kadar inflasi.

Pulangan deposit tetap hanya 3.10 %.

Pelabur tidak rugi pun sebenarnya, cuma keuntungan sahaja berkurang. Modal masih lagi kekal. Setakat ini saya tidak jumpa instrumen berisiko rendah yang mampu beri pulangan seperti ASB.

Bagi yang ambil ASBF mungkin lain sikit ceritanya.

Lebih daripada 70% daripada dana ASB dilaburkan dalam pasaran saham tempatan, jadi sudah pasti prestasi KLCI yang teruk tahun ini memberi kesan kepada pelaburan ASB.

Dari awal tahun KLCI pulangan -5%, pulangan ASB 5%, kira okay la.

Cuba labur sendiri saham, jangankan untung 10%, nak balik modal pun belum tentu.

Perlukan kemahiran dan masa, tidak sesuai untuk semua orang. ASB pula kita tak perlu fikir, simpan sahaja dan dapat pulangan.

Kesimpulannya kalau anda mencari instrumen yang berisiko rendah, modal dijamin, ASB masih lagi pilihan terbaik.

Tetapi jika and mencari pulangan lebih tinggi, banyak lagi instrumen berbeza yang menawarkan pulangan lebih tinggi dan hadir bersama risikonya sendiri.

Jangan juga terkeliru dengan ejen yang menawarkan pelaburan dalam takaful, takaful tu untuk perlindungan. Kena semak angka diberikan, biasanya misleading.

Kalau unit trust pula ada risikonya, kena assess dulu sesuai ke tidak melabur dalam unit trust.

Kalau ada yang janji pelaburan risiko rendah tapi pulangan lebih 10%, kemungkinan besar ia adalah scam.

Perbandingan ASB, Fixed Deposit dan KLCI:
dividen bonus asb 2019
perbandingan asb, fixed deposit dan KLCI
"Elakkan buat ASB Financing (loan) okay?"

Ditulis oleh: Aida Sue

Elakkan buat ASB Financing (loan) okay, dividen makin sikit so nanti sakit nak rolling duit nak bayar. Simpan je ASB bulan-bulan macam biasa, boleh auto deduct juga.

Bila buat asbf, nanti effect  bila korang nak buat loan rumah tau sebab ianya KOMITMEN. Pinjaman asb akan ganggu DSR. So be careful.

Apps bawah ni ni berguna and boleh topup duit bila-bila.

I buat auto deduct je boleh set from apps myASNB still force saving gak kan?
apps myASNB
apps myASNB Permodalan Nasional Berhad
Apa itu DSR (Debt Service Ratio)?

Ni kira ratio komitmen vs pendapatan bersih:
maksud dsr cara kira dsr
apa itu DSR? sistem kiraan DSR Debt Service Ratio
Q: Apa maksud rolling modal / rolling duit ni?

A: Rolling modal bermaksud..

asbf 200k
simpanan bulanan 1k. setahun = 12k

dividen 5.5%.

200k x 5.5% = 11k

11k cuma boleh bayar 11 bulan je untuk tahun depan.

tak boleh rolling.

terciduk.
loan rumah asbf
loan rumah, komitmen dan asbf
loan asbf ccris ctos
loan asbf cris ctos
rolling asb
untung asbf, terminate, rolling, dividen
Contoh pengiraan ASBF Sijil, Dividen, Surrender Value, Untung

Ditulis oleh: FafauRasid

Let me share, based on what i know.

ASB/ ASNB adalah salah satu fund yang ada bawah PNB, so basically majority orang tahu asb boleh buat loan/ financing.

Charge loan depends on bank mana kita ambil. Untuk RHB sijil yang nilai 70k ke atas is 4.85%.

This year ASB declared Dividend sebanyak 5.5%. Kita ambil contoh..

Kalau sijil asbf 200k. Let say with interest 4.85% (rhb bank) monthly is RM 991, Yearly will be RM 11,892 (35 years) 

Let me share one by one...

Ok jom main kira-kira.

Sijil : RM200,000
Rate : 4.85%
Tenure : 35 years
Monthly : RM991
Yearly : RM11,892

Dividen : 5.5% @ RM11,000

Kiraan mudah, katakan baru setahun asbf dan decide untuk terminate, kita dapat dividen dan bank akan pulangkan principal (surrender value).

Dividen: RM11,000
Surrender value: RM200,000 - RM197,766.96 @ RM2,233.04
Total Return: RM13,233.04

This is what you get if surrender.. Jom summarize kan...

Summary
ASBF : If surrender what will you get is

RM 2,233.04 (surrender value) + RM 11,000 (Dividend 2019)
Total Profit : 13,233.04 
(-)
Modal : RM 11,892 (RM 991 x 12)

Net profit : RM13,233.04 - RM11,892
                : RM1,3401.04

Done!  There you go!
untung asbf loan
ASB Financing untung atau tidak.. pro and cons..
student buat akaun asb boleh
"boleh ke student buat akaun ASB?"
Q: Boleh ke terminate ASB loan? Sebab baru daftar tahun nie & tahun depan baru tolak.
A: Boleh.. Pergi balik ke bank yang anda buat urusan asb dan inform dengan mereka.

Q: Macam mana nak simpan macam biasa? If nak register tanpa loan tu macam mana ya?
A: Go to any bank, cakap nak bukak asb akaun. Nanti dia bagi form, isi la. Ambik nombor, bawak ic, bawak la amoun berapa nak simpan dulu, RM10 tu minimun.

Berdasarkan info dari Berita Astro AWANI, ini adalah dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2019..

DIVIDEN + BONUS ASB 1990 - 2019


"...tak lepas loan kereta sebab ambil loan ASB paling maksimum"

Ditulis oleh: Syahira

Ramai gila customer tak lepas loan kereta sebab dorang ambik loan ASB paling maksimum.

ASB no longer asset ye adik-adik. Dah jadi your commitment. Kalau buat saving sendiri dalam ASB tu ha betul aset. Tula muda muda lagi dah high commitment. Panjang lagi perjalanan tau dik.

Aduhmak ramainya salah faham. Aku bukan cakap salah ambik ASB. Ambik la tak kisah. Duit masing-masing. Tapi ambik berpada la. Sila ukur baju di badan sendiri.

Ada yang ambik sampai habis separuh gaji. Tengok payslip gaji bersih tinggal ngam-ngam je.
takaful saving insurance
takaful saving patuh syariah
takaful investment
"insurance kesihatan is a must ye nowadays"
loan rumah asbf tak lepas
loan rumah tak lepas sebab loan asbf
rolling duit asbf dividen
asb vs asbf
Masing masing ada pendapat, pandangan, teori dan point of views yang tersendiri.

Saya pula tak berani nak cakap apa-apa sebab tak mahir dan tak expert bab ni. Thats why saya kumpulkan semuaaaa kat atas ni untuk lebih faham macam mana ASB loan ni berfungsi.

Moga benda ni bukan saja bermanfaat untuk saya tapi juga untuk semuaaa orang; tak kira yang muda lebih saya atau yang lebih berumur.. we never too old to learn about something hehehe.

Atau jika ada pembaca yang arif tentang loan/ASB kat sini, boleh utarakan pendapat anda juga di bahagian komen hehehe. Sangat dialu-alukan~

Till next time, daa~ wassalam! *smileeyy

Post a Comment

8 Comments

  1. kak pun buat asb simpanan. jadi tak rasa apa sangatlah pasal ni. eh? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya ada pro dan con, Ramai rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman baru2 ini. hehe

    ReplyDelete
  3. Akak simpan ASB manually. Tak buat ASBF. Sebab ASBF long term commitment. Tak cantik CCRIS.

    ReplyDelete
  4. betul juga tu.. ukur baju di badan sendiri adui laa

    ReplyDelete
  5. antara smua tahun ni pling rendah..emmm..ntahla haha

    ReplyDelete
  6. pada aida, still ok selagi simpanan tu duit sendiri, bukan loan.
    bcoz kalau loan, hu hu hu rugi!!! kadar faedah loan tu sendiri dah lebih dari faedah kita dpt.
    fengsan lah...
    semakin hari, semakin tenat ekonomi malaysia.
    slowly everything taken away. akak as org gomen agak terasa la.
    konon berharap kerajaan baru lebih baik, lebih telus, lebih adil, lebih..., lebih...,...
    nampak nyer tidak pun.
    very bad.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p