DAULAT TUANKU! "kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA (Yang di-Pertuan Agong) tak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar?" | Digahayu Tuanku, Daulat Tuanku.. Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
sempena
ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
pada
8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H
dirgahayu tuanku daulat tuanku |
dirgahayu tuanku daulat tuanku |
DAULAT TUANKU! "kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA & Hari Kelahiran Sebenar tak sama?"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong
Kenapa Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) tak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar?
Ever wonder why?
Here's why.
Tradisi menyambut Hari Keputeraan Rasmi YDPA sebenarnya berasal dari King's Official Birthday di Britain.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Di Britain pun, Queen Elizabeth II punya "official birthday" tahun ni jatuh pada 13 Jun, walaupun beliau lahir pada 21 April.
Even ayahnya George VI yang lahir pada 14 Disember pun menyambut "birthday" pertamanya sebagai raja pada 9 Jun 1937.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Raja Britain pertama yang menyambut official birthday ialah George II yang memerintah dari tahun 1727 hingga 1760.
George II ialah seorang yang fanatik hal ketenteraan, dan dia pernah memimpin tentera Britain mencapai kemenangan dalam Battle of Dettingen di Jerman pada 1743.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
5 tahun selepas kemenangan di Dettingen, George II teringin buat perarakan tentera untuk mempamerkan kemegahan tentera Britain.
Hari yang sesuai kalau ikutkan adalah hari keputeraan raja. Tapi George II lahir pada 9 November, tarikh tak sesuai sebab dah dekat musim sejuk.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
So George II pilih musim panas (Jun-Ogos) untuk menyambut hari keputeraannya dan mengadakan perarakan tentera pertama sempena hari keputeraannya pada 14 Jun 1748.
George II menamakan ia sebagai "Trooping the Colour", merujuk kepada warna pada panji panji rejimen yang diarak.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Sejak itu King's (atau Queen's) Official Birthday akan diadakan sekitar Jun setiap tahun.
Walaupun tiada lagi raja selepas George II yang turun ke medan perang, Trooping the Colour tetap diadakan untuk menonjolkan peranan raja sebagai commander-in-chief angkatan tentera.
Semasa Trooping the Colour, raja akan berkenan memeriksa perbarisan tentera Household Division yang terdiri daripada 7 rejimen di Horse Guards Parade.
Dulu Elizabeth akan naik kuda sendiri untuk memeriksa tapi sekarang usia dah lanjut, tak larat, so naik kereta kuda saja.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Untuk tahun ni Trooping the Colour tetap berlangsung walaupun penularan COVID, cuma ia akan dibuat secara tertutup di Windsor Castle bukannya dibuka kepada orang awam macam tahun-tahun lepas.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
King/Queen's Official Birthday turut disambut sebagai cuti umum di negara negara Commonwealth realm (bekas jajahan British yang menjunjung Queen sebagai ketua negara) termasuk Canada, Australia dan New Zealand. Selalunya pada Jun juga.
Untuk tahun ni, Australia buat 8 Jun, NZ 1 Jun.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Negara bekas Commonwealth realm seperti Malaysia, Brunei, Tonga dan Lesotho yang masih ada raja pun ada sambutan Hari Keputeraan Rasmi yang tersendiri, dan juga ada istiadat Trooping the Colour.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Di Malaysia ia dikenali sebagai Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda YDPA di mana panji-panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan diarak.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Kalau ikutkan, Istiadat Mengarak Panji Panji di Malasyia boleh diadakan pada bila-bila masa sebab cuaca yang summer sepanjang tahun.
Tapi sejak Merdeka, Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut pada RABU pertama Jun. Hanya bermula tahun 1992 baru disambut pada Sabtu pertama Jun.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Di zaman DYMM SPB Sultan Muhammad V, tarikh Hari Keputeraan Rasmi YDPA dipinda ke 9 September. Dan untuk tahun ini, ia dipinda sekali lagi ke Isnin pertama Jun.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Tak macam Brunei, Lesotho, Tonga or even Thailand dan Jepun di mana sambutan hari keputeraan raja jatuh pada hari kejadian sebenar, hari keputeraan ketua negara Britain dan Malaysia memberi gambaran bahawa monarki di negara-negara ini adalah satu institusi, bukan individu.
kenapa hari keputeraan rasmi ydpa lain dengan hari kelahiran sebenar |
Meskipun raja bersilih ganti, sistem beraja kekal berdiri dan terikat dengan Perlembagaan.
Moden, tapi masih memelihara tradisi & identiti, menjamin kestabilan negara.
Gunalah cuti ini untuk menghayati makna institusi raja kita.
Long live the king! Long may he reign.
Daulat Tuanku! |
3 Comments
thanks for sharing.. tertanya-tanya jugak tadi
ReplyDeleteDaulat Tuanku..
ReplyDeletenow i know. mujurlah YDPA ubah tarikh hari keputeraan rasmi kpd hari Isnin, jd dpt la semua org cuti. Ingat zaman dulu hari keputeraan ni jatuh pd hari Sabtu pertama bln Jun. Kesian la mrka di negeri Kumpulan B x dpt cuti. huhuhu...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p