Dilema nak beli iPhone 11 atau iPhone XS? | Perbandingan Harga, Kelebihan, Kamera
Ditulis oleh: Xavier Naxa
perbandingan iphone 11 atau iphone xs | image: Google |
perbandingan iphone 11 atau iphone xs | image: Google |
Saya bukanlah mahir atau pakar dalam memberikan pendapat. Namun rakan saya dalam dilema sama ada mahu membeli iPhone 11 atau iPhone XS.
Jika dilihat harga iPhone 11 128GB sekitar RM3,599.00, manakala iPhone XS 256GB berharga RM3,099.00.
Bagi memastikan rakan saya membuat pilihan yang tepat. Perkara utama yang harus difahami adalah iPhone 11 adalah model berkelas separa mercu dan iPhone XS mercu.
Namun iPhone 11 mempunyai kelebihan dari segi cip A13 Bionic dan dilancarkan pada tahun 2019.
Berbanding iPhone XS dilancarkan pada tahun 2018 dan dijana dengan cip A12 Bionic.
Dari segi prestasi iPhone 11 mencatat skor sebanyak 3239 berbanding iPhone XS hanya 2702 untuk teras pelbagai.
Sudah tentulah kelebihan berpihak kepada iPhone 11.
Memandangkan saya mengenali karektor serta cara penggunaan rakan saya ini. Saya menggalakkan dia memilih iPhone XS.
Apple hakikatnya memfokuskan kepada iPhone segmen mercu dengan mengambil kira kualiti bahan binaan serta spesifikasi.
Harga juga jauh lebih baik berbanding iPhone 11 termasuklah kapasiti storan.
Dari segi jangka hayat, saya berpandangan kedua-dua model ini mungkin setara.
Jika iPhone 5s dan iPhone 6 boleh dikecualikan daripada kemas kini iOS 13.
iPhone 11 dan iPhone XS juga berkemungkinan akan melalui situasi yang sama.
iPhone XS menggunakan spesifikasi terkini termasuklah skrin OLED serta menyokong telephoto berbanding iPhone 11 menyokong kamera lebar dan ultra lebar.
Dari segi kamera mungkin terdapat percanggahan pendapat. Namun jika dilihat dari minatnya, saya menggalakkan untuk mengambil iPhone XS.
Setiap orang mempunyai perbezaan dalam memilih jenis segmen iPhone.
Namun iPhone pada asalnya hanya memfokuskan segmen mercu. Namun mereka mula memfokuskan segmen separa mercu dan edisi khas setelah melancarkan iPhone 5C dan iPhone SE.
Disebabkan sebelum ini dia menggunakan iPhone 4s dan iPhone 5s serta iPhone 6s. Kerana itulah saya mahu dia teruskan penumpuan kepada iPhone XS.
Namun tiada salah pun dia memilih iPhone 11.
Dari segi aksesori terutama pelindung iPhone, sudah tentulah iPhone 11 mempunyai pilihan berbanding iPhone XS yang semakin terhad untuk dibeli di AAR.
Namun dia setuju dengan pandangan saya dan memilih iPhone XS.
Konklusinya, iPhone XS dijual dengan harga rendah bukan bermaksud ia tidak berkualiti. Ini disebabkan oleh Apple telah menghentikan pengeluaran iPhone XS menyebabkan tiada harga khusus bagi model ini.
Hal ini sama berlaku pada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada ketika ini.
Pemilihan sesebuah model iPhone bergantung kepada kriteria pengguna itu sendiri asalkan model tersebut masih releven untuk dibeli.
Tidak semestinya model terdahulu tidak bagus kerana jangka hayat iPhone mampu mencapai 4 hingga 5 tahun.
Namun pemilihan sesebuah iPhone juga perlu dilihat dari segi segmen, spesifikasi dan tahun pengeluaran.
Gambar ini diambil semasa perbincangan yang akhirnya menemui titik noktah setelah beberapa kali dibincangkan melalui panggilan telefon sebelum ini.
Perlu diingatkan bahawa pandangan saya ini bukanlah fakta. Ia hanyalah pendapat peribadi.
Jika anda ingin membeli iPhone 11 bagi saya tiada salahnya. Saya mencadangkan kepada dia iPhone XS kerana saya memahami karektor serta cara dia menggunakan iPhone.
Q: Min, XR atau 11 atau 12 ?
A: 12
Q: Min boleh jelaskan tak mercu dan separa mercu tu apa perbezaan dia?
A: Mercu- Spec paling terkini dengan bahan binaan berkelas premium . (Identiti Apple)
Separa mercu- spec bercampur terkini dan terdahulu dengan bahan binaan yang kurang premium
Q: Bahasa lain dia high-end dgn medium-end kan admin?
A: Sebenarnya saya yang membahaskan sedemikian kerana jika saya guna Mid-range rasa macam kurang sesuai. Terpulang untuk org memanggilnya apa. Kalau Min semi-flagship.
Q: Kawan saya nak tukar fon bajet dalam 4k, suka edit gambar, suka edit video, suka ambik gambar, layan socmed. Fon apa yang sesuai untuk sahabat saya ni.
A: iPhone 11 atau iPhone XS. Pastikan storan 128GB ke atas.
Q: Boss nak tanya apple watch 6 bila keluar and apa spec yang nak digunakan? skip OLED to microLED?
A: Buat masa ini Micro-LED masih khabar angin.
Q: Jangan kata kualiti sangat min, saya pakai ip7 jett black beberapa bulan lepas beli terus ada cosmetic issue, sekarang speaker grill dah terkopak terus dah boleh nampak color silver hmmm.
A: Saya setuju. Isu kosmetik mula berlaku sejak iPhone 5S. Paling ketara iPhone 6s. Cuma istilah yang digunakan adalah untuk membezakan flagship dengan Semi-Flagship.
perbandingan iphone 11 atau iphone xs | gambar: Xavier Naxa |
Jika anda memakai iPhone sejak dari dulu lagi tentu anda mengetahui bahawa Apple sangat mementingkan nilai estetika pada sesebuah iPhone.
Apple menumpukan kepada spesifikasi serta bahan binaan berkualiti bagi produk mereka. Tidak hairanlah mengapa harga jualan sangat premium.
Disebabkan harga jualan yang tinggi, Apple cuba menjual iPhone dengan harga yang sedikit rendah dengan memperkenalkan:
1- iPhone bajet
iPhone 5C
2- Separa mercu
iPhone XR
iPhone 11
3- Edisi khas
iPhone SE (2016)
iPhone SE (2020)
Namun Apple kekal memfokuskan segmen mercu, dengan ini mereka boleh menonjolkan kehebatan inovasi pada segmen ini.
Semalam saya ada berkongsi perbualan antara rakan saya tentang pemilihan iPhone 11 atau iPhone XS.
Saya mencadangkan kepadanya iPhone XS atas faktor tersebut walaupun saya akui iPhone 11 hadir dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa serta mungkin ada yang berminat kepada kamera ultra lebar.
Sebab itulah saya tidak katakan bahawa iPhone 11 adalah pilihan tidak tepat kerana masing-masing ada kebaikan dan keburukan.
Semua terpulang kepada diri sendiri untuk memilih yang mana terbaik.
Apabila ia melibatkan pandangan bermaksud saya telah menilai rakan saya dari beberapa aspek sebelum membuat keputusan.
Kerana itulah apabila membuat perbandingan bagi dua model ini akan berlaku percanggahan pendapat yang bagi saya ia satu kelaziman.
Q: Min saya baru je guna iphone x last month. memang battery cepat turun ke.. since malam tadi battery 40%.. pagi tadi cek turun 30%. padahal tak main phone pon dan semua data internet dah off... hmm.
A: Memang bateri iPhone X setara dengan iPhone SE/ iPhone 8.
Q: Min. kalau cas phone dekat lubang kereta bawah radio tu, boleh effect battery/ phone tak?
A: Baik guna powerbank.
Q: Kalau guna powerbank untuk cas ip, bole effect dekat battery tak?
A: Asalkan powerbank asli dan elakkan dari kepanasan melampau tiada isu. Cuma jangan jadikan ia sumber kuasa utama.
Q: XR atau XS?
A: XS.
Q: Boleh suggest tak charger apa yang sesuai untuk 11.. yang 3rd party punya.
A: Tak kisah. Asalkan MFi. Semak semua dj laman Mfi sebelum beli. Antara jenama MFi Belkin, Aukey dan lain-lain.
Q: Kenapa iphone se 2020 cepat panas?
A: Kebanyakkan iPhone cepat panas.
Q: Cara nak jaga bateri please?
A: Kabel & adapter mestilah kene original/berkualiti.
Charge jangan time tengah tido, sebab confirm overcharge.
Beli cable yang ada autocut.
Phone jangan terlampau panas tak kira time charging ataupon main game.
Jangan sesekali oncall time charging. Biasakan charge bateri sebelum 20% kebawah.
Q: IPhone 6/6+ bendgate tapi tak nak mengaku design flaw tu macam mana pulak?
A: Itu memang isu ketara pada iPhone 6, bukan iPhone sahaja. Banyak lagi model yang bermasalah.
Moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)
7 Comments
Anak2 guna iphone... Beli yg pre-loved je. Abam kie tetap guna android...
ReplyDeletedari iphone dlu2 smpai skrg xpernah guna. pngguna android tegar. teringin nak beli, tapi selalu ip user ckp tayah
ReplyDeletemampu tengok harga iphone ja setakat ni. huhu
ReplyDeletedialog between Q and A tu goes from A to Z then back in the middle sebab tetiba tanya pasal 6/6+ bendgate hahaha because I thought we're talking about XS and 11 but I can see the relevant.
ReplyDeleteI use both iPhone 6S Plus and iPhone 11 Pro Max but I don't know why, I still uses the 6S Plus lebih and biar 11 Pro Max tu berhabuk dalam laci. Maybe sebab nak guna betul2 sampai tak boleh guna lagi dah haha. Anyway, I agree with you suggesting XS to your friend *thumbs up*
ekin teringin nak upgrade iphone ni.. tengah kumpul duit perlahan-lahan.. hehehe
ReplyDeleteTak pernah berkenan dekat yang apple ni. Haha
ReplyDeleteBELUM LAGI PERNAH MENCUBA.TENGOK SEPUPU DAN KAWAN-KAWAN YANG GUNA TAK BERTAHAN LAMA.KEMALI SEMULA KE ANDROID BAK KATA CIKGU ABAMKIE.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p