Macam mana cara selamatkan kereta kena banjir? 5 TIPS! - sayidahnapisahdotcom Macam mana cara selamatkan kereta kena banjir? 5 TIPS!
LightBlog

Macam mana cara selamatkan kereta kena banjir? 5 TIPS!

Macam mana cara selamatkan kereta kena banjir? 5 TIPS! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Lately ni.. kita dikejutkan dengan berita banjir kilat di Bangi, Kajang, Hulu Langat.. Sini kat seremban pun hampir setiap hari hujan lebat, guruh, kilat sabung menyabung. Tapi syukur tak kerap sangat dan hujan lebat pun takdelah berlaku lama sangat. sekejap je. Syukur takdelah kena banjir. Pada sesiapa yang stay area banjir, mesti risau tak tahu bagaimana cara nak menyelamatkan kereta yang terkapai kapai ditenggelami banjir, tak tahu tips betul macam mana cara selamatkan kereta supaya boleh diguna pakai lagi lepas tu..

Hopefully this is useful for you guys! InshaaAllah ~

MACAM MANA CARA SELAMATKAN KERETA DILANDA BANJIR? CUBA 5 TIPS INI!

Ditulis oleh:
Admin CARPUT - BatteryAutomobile
(twitter @carputapp)

Semalam warga Kajang dan Bangi telah dikejutkan dengan banjir yang agak besar.

"Kereta kalau kena banjir, masih boleh diselamatkan ke?"

Ada yang nak tau ke cara betul selamatkan kereta banjir? Kalau ramai nak tau min buat bebenang.

Ok memandangkan ramai yang nak tahu, min mulakan bebenang.
cara selamatkan kereta kena banjir
tips cara selamatkan kereta kena banjir
1. Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta

Tow kereta terus ke bengkel/ pusat servis.

Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untum berlaku litar pintas.

2. Check Paras Minyak Enjin & Gearbox

Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu.

Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru. 

Air bercampur dengan minyak hitam/ gearbox boleh rosakkan komponen.
tips cara selamatkan kereta kena banjir
tips cara selamatkan kereta kena banjir
3. Flush Petrol (Jika Perlu)

Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah,

Tapi min suggest check dengan bengkel/ pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.
tips cara selamatkan kereta kena banjir
tips cara selamatkan kereta kena banjir
4. Cabut & Keringkan Komponen Kereta

Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc. perlu dicabut dan dikeringkan.

Senang kata semua yang boleh cabut, kena cabut keringkan.

5. Keluarkan Air Daripada Enjin

Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running.

Dapatkan nasihat bengkel/ pusat servis.

Itu sahaja #5 tips untuk selamatkan kereta yang dilanda banjir.

Korang mungkin tak dapat selamatkan kereta korang untuk kembali 100% kepada keadaan sebelum banjir.

Tapi at least, kerosakan yang terjadi tak adalah besar.

Lebih lebih lagi dengan kereta yang moden,

Penuh dengan sensor satu kereta.

Lagi besar kemungkinan kerosakan akibat banjir.

Tapi next time,

Andai kata kawasan perumahan korang tu jenis kawasan banji, dekat dengan sungai,

Better renew insurans amik sekali coverage bencana alam untuk cover kerosakan macamni.

Min doakan semua yang terlibat,

Dipermudahkan segala urusan. Dengan musim musim covid ni lagi, memang menduga.

Dalam masa yang sama,

Kalau tak keberatan, doakan juga bisnes min (carput.my) yang juga terkesan dengan COVID ni agar kembali pulih. 

Kalau boleh, min nak kekalkan kesemua pekerja min yang ada sekarang (hampir 40 orang).

Aamiin Ya Rabbal 'alamiin~

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p