Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP - sayidahnapisahdotcom Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP
LightBlog

Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP

Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP | Assalamaualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pada awal bulan Oktober 2020 ni, syarikat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka tawaran jawatan kosong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 taraf Tetap. Ada yang kata gaji permulaan bagi jawatan pegawai LHDN masyuk tapi kerja pun tough lah (boleh refer bidang tugas skop kerja di bawah).. Plus, susah nak dapat. Ada orang yang dah banyak kali apply mohon online, siap pergi temuduga dah tapi masih takde rezeki lagi. Jangan putus asa..!


Yang penting apa? usaha, doa dan tawakal yeahh! Rezeki takkan pernah salah alamat..


Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP

jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn

Jawatan: PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41

 

Taraf Jawatan: Tetap

 

Kelayakan Memohon:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


DAN

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kelayakan Tambahan:

- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


- Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.


- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:

a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan

b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.


- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara KontrakBergaji Bulanan dan Kontrak Bergaji Harian layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.


Kriteria Yang Diperlukan:

- Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel

- Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Bidang Tugas:

Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuklah:


a)   Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.

b)   Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan  pembayaran balik.

c)   Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.

d)   Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.


Gaji:

RM3,335.00


Cara Memohon:

-  SEMUA PEMOHON LUAR DAN DALAM LHDNM TERMASUK KONTRAK BULANAN DAN HARIAN YANG TELAH MEMOHON JAWATAN INI PADA IKLAN TERDAHULU BERTARIKH 5 OGOS 2019 TIDAK PERLU LAGI MEMOHON PADA KALI INI KERANA MAKLUMAT BERKENAAN MASIH SAH DIGUNAKAN.


- Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.


- Permohonan daripada calon luar, pegawai LHDNM bertaraf Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/.


- Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf Tetap dan Kontrak Bergaji Bulanan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://spi.hasil.gov.my/. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.    


Maklumat Temuduga:

- Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.


Nota:

- Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.


- Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my


- Penempatan : Semenanjung Malaysia / Sarawak / Sabah


Tarikh Tutup: 16 Okt 2020


Sumber: https://career.hasil.gov.my/JrecReports/iklanjawatan.aspx?Id=RCR202010J285001

jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada yang lain okayy?


Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p