PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah & Sabah - sayidahnapisahdotcom PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah & Sabah
LightBlog

PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah & Sabah

TERKINI! PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah November - Disember 2020 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sejak dari haritu ramai orang terutamanya bakal pengantin perempuan mahupun lelaki tertunggu-tunggu bila lah SOP pernikahan akan dikeluarkan oleh kerajaan majlis agama JAIS Selangor. Katanya nak umum SOP nikah pada 10 November 2020 tapi sampai ke harini belum ada kenyataan official. Cuma saya baru dapat tahu ada certain negeri yang sudah pun keluarkan SOP majlis akad nikah, cerai dan ruju' yang dikuatkuasakan sepanjang PKPB berlangsung. Iaitu Kedah dan Sabah. Negeri lain saya tak pasti tapi setakat ni rasanya belum lagi keluarkan gambar atau file PDF berkaitan perkara ni.


[TERKINI] SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah Sepanjang PKPB


"Alhamdulillah pejabat agama islam negeri kedah dah selaraskan SOP. Tunggu  Majlis agama Selangor dan negeri lain pun selaraskan SOP juga. Event hiburan boleh diluluskan. Takkan majlis Nikah dan yang tak perlu ramai orang susah nak benarkan photographer dan videographer bekerja kan." - netizen S.

sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
PINDAAN PERKARA 6 DALAM ARAHAN TATACARA PERKHIDMATAN NIKAH, CERAI DAN RUJU' (NCK) DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 9 NOVEMBER 2020 SEHINGGA 6 DISEMBER 2020

3. PINDAAN

Majlis hanya boleh dihadiri oleh pihak-pihak tidak melebihi lapan (8) orang seperti ketetapan berikut:

- seorang (1) Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' (PPNCR) sebagai Jurunikah,
- dua (2) orang saksi dalam kalangan Pegawai Masjid atau Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid,
- seorang (1) pengantin lelaki,
- seorang (1) pengantin perempuan,
- seorang (1) wali dari pihak pengantin perempuan, dan
- dua (2) orang jurufoto

4. KUATKUASA

Arahan ini adalah berkuatkuasa bermula pada 11 November 2020 sehingga terdapat arahan terkini dari semasa ke semasa.
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020

[TERKINI] PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Sabah


Kenyataan Media YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II Negeri Sabah
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
C. OPERASI PENGURUSAN NIKAH, CERAI DAN RUJUK (NCR) NEGERI SABAH

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) tiga hari seminggu di semua pejabatnya berkuat kuasa 16 Nov hingga 12 Dis ini atau sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti di Lampiran A:

AKTIVITI DAN PROTOKOL

1. Urusan Kaunter

- Pengunjung diwajibkan mendaftar diri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis maklumat diri ke dalam buku khas yang disediakan dan melakukan pemeriksaan suhu.
- Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan Penjarakan fizikal ketika berurusan di kaunter.
- Hanya orang berurusan sahaja yang dibenarkan masuk ke premis.

2. Akad Nikah

- Upacara akad nikah hanya dibenarkan di pejabat JHEAINS sahaja.
- Temu janji akad nikah hendaklah setelah mendapat kelulusan berkahwin dari Pendaftar NCR. 
- Upacara akad nikah hanya boleh dihadiri oleh pasangan lelaki, pasangan perempuan dan wali sahaja.
- Tarikh upacara akad nikah akan ditentukan oleh Pendaftar NCR berdasarkan kekosongan waktu yang ada.

3. Temuduga Khas Preperkahwinan Islam MBKPI

- Temuduga khas ini hanya terbuka kepada pasangan yang akan melangsungkan upacara nikah dalam tempoh PKPB sahaja.
- Pemohon hendaklah melengkapkan terlebih dahulu borang Permohonan Kebenaran Kahwin beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Yuran sebanyak RM50 dikenakan kepada peserta.

4. Kursus Praperkahwinan Online

- Terbuka kepada mana-mana individu yang belum berkahwin dan yang bermastautin di negeri Sabah sahaja.
- Yuran sebanyak RM75 dikenakan kepada peserta.
- Pautan penyertaan boleh dibuat di https://forms.gle/Xkv5jiUDbRp2KGCAA (Borang Permohonan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI JHEAINS - Kursus Dalam Talian (Online))
- Kursus ini mengandungi 4 tajuk utama dengan jumlah masa 5 jam sahaja.
- Maklumat lanjut boleh berhubung melalui no. Tel: 088-522222/ 522205 (Zulfadhli/ Rahatul)
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
Maklumat lanjut dan lampiran SOP di https://command.sabah.gov.my


Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada yang nak membina masjid tuu hehee.


Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

0 Comments