PANDUAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA - PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN PUSAKA KECIL DI MALAYSIA - sayidahnapisahdotcom PANDUAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA - PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN PUSAKA KECIL DI MALAYSIA
LightBlog

PANDUAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA - PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN PUSAKA KECIL DI MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA - PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN PUSAKA KECIL DI MALAYSIA

 


PENGENALAN

Urusan pusaka kecil merujuk kepada pembahagian harta si mati yang melibatkan harta tak alih seperti tanah dan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM2 juta. Urusan ini dikendalikan oleh Pejabat Pusaka Kecil di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

 STEP 1: KENAL PASTI JENIS HARTA

- Tanah / rumah (Geran)

- Akaun bank

- KWSP, ASB, Tabung Haji

- Kenderaan

- Hutang si mati

 

Nota : Sila sediakan semua dokumen mengenai pemilikan aset seperti Geran, Surat Bukti, Surat Wasiat.

 

STEP 2: DAPATKAN SIJIL KEMATIAN

- Perlu salinan sijil kematian dari JPN

- Wajib untuk semua urusan seterusnya.

 

Nota : Contoh jika Si Mati mempunyai simpanan Saham ASB, Semasa membuat permohonan perlu membawa Sijil Mati si Mati dan Surat Perintah.

 

STEP 3: SENARAIKAN WARIS

- Isteri / suami

- Anak-anak

- Ibu bapa

- Adik beradik (jika tiada anak)

 

 

STEP 4: SEDIAKAN DOKUMEN

Antara dokumen penting:

- Salinan IC si mati & waris

- Sijil lahir

- Sijil nikah

- Geran tanah / rumah

- Penyata bank / KWSP

 

STEP 5: BUAT PERMOHONAN

- Isi Borang A (Permohonan Pusaka Kecil) di Aplikasi MyLand.

- Hantar Salinan Dokumen ke Pejabat Tanah berhampiran

- Bayaran sekitar RM10 – RM50 sahaja

 

STEP 6: TARIKH PERBICARAAN

- Mahkamah akan tetapkan tarikh

- Semua waris perlu hadir

 

Nota : Pastikan semua waris hadir semasa perbicaraan berlangsung dan jika ada waris yang tidak dapat hadir, waris wajib melengkapkan Borang DDA iaitu borang persetujuan dan boleh didapati di lawan web JKPTG dan perlu disahkan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir.

 

STEP 7: PERBICARAAN

- Pegawai akan dengar tuntutan

- Tentukan pembahagian ikut faraid atau persetujuan waris

 

STEP 8: KEPUTUSAN & PERINTAH

- Surat perintah dikeluarkan

- Nyatakan pembahagian harta

 

STEP 9: PELAKSANAAN

- Tukar nama geran

- Keluarkan duit bank

- Bahagikan harta

 

 

TIPS PENTING

- Pastikan semua waris hadir

- Elakkan pertikaian

- Simpan semua dokumen dengan baik

- Boleh lantik wakil jika perlu

 

KESIMPULAN

Urusan pusaka kecil sebenarnya mudah jika dilakukan dengan teratur. Yang penting adalah kerjasama waris dan dokumen lengkap.


PUSAKA KECIL


Post a Comment

0 Comments