Darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu masalah kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini. Keadaan ini berlaku apabila tekanan darah dalam saluran darah berada pada tahap lebih tinggi daripada normal untuk tempoh yang panjang. Ramai individu tidak menyedari mereka mengalami darah tinggi kerana penyakit ini sering tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Oleh sebab itu, darah tinggi sering digelar sebagai “pembunuh senyap”.
Gaya hidup moden seperti pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, tekanan kerja, obesiti dan pengambilan garam berlebihan menjadi antara faktor utama peningkatan kes darah tinggi di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Jika tidak dikawal, darah tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit serius seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan masalah penglihatan.
Walaupun darah tinggi merupakan penyakit kronik, ia masih boleh dikawal melalui perubahan gaya hidup sihat, pemantauan tekanan darah secara berkala dan pengambilan ubat mengikut nasihat doktor. Kesedaran awal mengenai punca, simptom dan langkah pencegahan amat penting bagi membantu masyarakat menjaga kesihatan dan mengurangkan risiko komplikasi pada masa hadapan
TIPS RAWATAN DARAH TINGGI
Tekanan Darah Tinggi bukan bermula dari garam atau faktor usia tetapi ia sebenarnya bermula dengan keradangan (inflammation). rintangan insulin (insulin resistence) dan nitric oxide yang rendah. Berikut merupakan di antara langkah untuk turunkan atau kawal darah tinggi secara semula jadi :
1. FORMULA DR MANI
i. Vitamin K2 D3 tanpa Calcium
ii. Cayanne Paper + Air Lemon
iii.Magnasium Complex
2. Bawang Putih
Bawang Putih Mengandungi sebatian dipanggil allicin yang bertindak seperti ACE Inhibitor semula jadi. Ini adalah mekanisme yang sama digunakan oleh banyak ubat darah tinggi. Kajian menunjukkan suplemen bawang putih tua boleh turunkan tekanan darah sekitar 5 - 10 point dalam beberapa minggu.
3. Ambil makanan Tinggi Potassium
Bagi membantu buah pinggan membuang lebihan sodium dan merehatkan dinding salur darah.
Pengambilan beberapa bahan seperti :
i. Avokado
ii. Bayam
iii.Ubi Keledek
iv. Pisang
4. Tingkatkan Nitrit Oxide dengan memakan Beetroot, Sayur Berdaun Hijau, Buah Delima, Tembikai(Tinggi citruline) Buah citrus seperti oren dan lemon.Kacang Badam, Walnut, Biji Labu, Ikan, Ayam,Teh Hijau,Dark Chocolate /Koko Asli ia bantu:
i.Melancarkan Aliran Darah
ii.Membantu Tekanan darah lebih baik
iii.Tingkatkan Stamina dan Prestasi Senaman
iv. Kurangkan Rasa Letih.
5. Ambil Lebih Banyak Omega 3
Omega 3 bantu kurangkan keradangan yang merosakkan salur darah. Ia juga menurunkan triglyceride, Meningkatkan Keanjalan Arteri.
Sumber Terbaik ialah:
i. Salmon
ii. Sardin
iii. Ikan Kembong
6. Intermittent Fasting
Puasa membantu turunkan Insulin yang seterusnya kurangkan penahanan sodium oleh buah pinggang. Kurang Sodium = Kurang Air dalam darah = tekan lebih darah pada salur darah.
7. Kurangkan Stress
Bila Stress Hormon Cartisol meningkat dalam darah. Kesannya
i. Salur Darah Mengecut
ii. Degupan Jantung Meningkat
iii. Tekanan Darah naik dan kekal tinggi.
8. Kurangkan Makanan Proses & Gula Tambahan
Makanan Proses Tinggi
i. Sodium
ii. Minyak Tidak Sihat
iii. Bahan Kimia
Gula tambahan meningkatkan Insulin menyebabkan bahan simpan sodium dan air dan akan menyebabkan tekanan darah naik. Fokus pada makanan sebenar (whole foods)
9. Perbaiki Tidur
Tidur yang teruk meningkatkan
i. Cartisol
ii Keradangan
Kedua duanya naikkan tekanan darah. Malah satu malam tidur buruk boleh naikkan tekanan dara sehingga 10 point keesokan hari.
Sasaran :
5 jam - 8 jam dan tidur sebelum 12 pagi.
10. Dapatkan Cahaya Matahari Pagi
Cahaya matahari bantu kulit hasilkan nitric oxide dan membantu salur darah lebih relaks. Ia juga mengawal body clock (circadian rhythm) yang mempengaruhi cartisol.
Penutup
Kita semestinya / seharusnya menjaga :
i. Pemakanan
ii. Stress
iii. Tidur
iv. Peredaran Darah
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama. Kredit Juga kepada Faizeen95 atas perkongsian di Thread. Kesudahannya dapatkan juga nasihat yang lebih pakar seperti doktor dan sentiasalah check kesihatan badan.



0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p