Sempena raya korban tahun ni, aku nak share sedikit mengenai cara simpan daging korban supaya tahan lebih lama, tak cepat rosak dan masih sedap bila dimasak nanti. Ramai sebenarnya masih buat cara lama yang kurang betul, terutama bab simpan terus dalam freezer atau basuh daging awal-awal.
Panduan Simpan Daging Korban Supaya Tahan Lama & Kekal Sedap
Jangan cuci daging korban sebelum simpan
Ramai ingat bila basuh dulu daging akan jadi lebih bersih. Sebenarnya kalau dicuci awal menggunakan air paip, bakteria dan kuman boleh masuk dan tinggal dalam daging. Itu yang buat daging cepat rosak dan hilang kualiti.
Cara yang lebih baik, simpan dulu dalam keadaan kering. Basuh hanya bila nak masak nanti.
Jangan simpan daging dalam kuantiti besar terus dalam freezer
Kalau dapat daging banyak, jangan terus sumbat satu plastik besar 2–4 kg dalam freezer.
Lebih elok potong kecil-kecil ikut portion masakan. Contohnya simpan dalam plastik 1/2 kg atau 1 kg setiap pek.
Bila nak masak nanti, ambil satu pek sahaja. Yang lain biarkan kekal beku dalam freezer. Cara ni lebih praktikal dan daging pun tahan lebih lama.
Jangan terus masuk freezer
Ini ramai tak tahu sebenarnya.
Daging fresh biasanya disuruh “rehat” dulu dalam chiller beberapa jam sebelum dibekukan.
Sebab masa tu:
* haba badan masih ada
* otot masih keras
* baki darah dan cecair masih turun perlahan
Kalau terus campak masuk freezer, kadang tekstur daging jadi kurang cantik dan mudah liat bila dimasak.
Cara yang biasa tukang daging buat:
* asingkan dalam bekas
* masuk chiller dulu
* biar 4–5 jam bagi suhu turun stabil
* baru simpan dalam freezer
Bila buat macam ni, daging jadi:
* lebih sedap
* kurang hanyir
* tekstur lebih cantik
* tak keras macam selipar
Jangan cairkan daging beku guna air panas
Kalau nak cepat cair pun jangan rendam guna air panas.
Cara yang lebih baik ialah lalukan bawah air paip biasa dalam keadaan plastik masih tertutup rapat.
Lepas daging dah lembut:
* buka plastik
* cuci bersih
* toskan
* terus masak
Tips tambahan
Kalau boleh elakkan guna plastik hitam sebab kebanyakan plastik hitam dibuat daripada bahan recycle.
Lebih selamat guna:
* plastik putih makanan
* plastik lutsinar
* atau plastik seal
Tapi satu benda kena ingat juga…
“Rehatkan” daging bukan bermaksud:
* biar atas meja semalaman
* tinggal dalam bonet kereta
* peram lama suhu bilik
Itu memang cepat rosak.
Kalau terus masak tanpa bagi rehat:
* daging boleh jadi liat
* bau hanyir lebih kuat
* banyak darah dan buih keluar masa masak
Apa pun, masing-masing ada cara sendiri. Aku cuma share berdasarkan cara yang ramai tukang daging dan orang lama buat untuk jaga kualiti daging korban.
Lagi sedap kalau salai sendiri kat rumah.




0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p