http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

PING ENTRI KE SEMUA FACEBOOK GROUP DENGAN SATU KLIK

By 4:28:00 PM

Assalamualaikum~!


PING ENTRI KE GROUP FACEBOOK

Nak share satu entry www.blogparihh.com ni. Saya rasa macam lega gila jumpa entry ni sebab dah lama nak tahu kan hehe. Al-maklumlah banyak sangat group blogger kat fb tu. Penting jugak group facebook ni. Antaranya boleh meningkatkan trafik ke blog kita. Kita hanya perlu ping entri ke situ. Lebih kurang macam kita tempek URL entry yang kita nak share di facebook group. Ke ada yang tak tahu ada group blogger kat facebook? Okay lah meh saya senaraikan group blogger yang saya join di facebook. 


KELAB BLOGGER (KELAB BLOGGER BEN ASHAARI)
Share The Happiness (FEROZ OTHMAN)
pOrt blOgger (jiwarOsak)
Fuh!! Blog (fuh.my)
Kelab Blogger Emas Putih (EMAS PUTIH, cik uzu)


**klik untuk join :D



Okay done. Sekarang jom baca entry Ping Entri ni. 


Ping Entri Ke Semua Facebook Group Dengan Satu Klik


Macam mana cara cepat nak ping ke group-group facebook ? ? Kalau satu-satu leceh la . Nak-nak pula internet lembab , memang makan masa nak tunggu loading satu-satu group . Kat sini adalah antara cara mudah nak ping entri kita ke seluruh group di facebook .

Cara-caranya :


1 . Login ke akaun facebook kita


facebook developer send button

3 . Gantikan url dalam kotak ' URL to send ' dengan url link entri kita

4 . Tekan button ' Send '

5 . Url yang kita nak send akan keluar macam kat bawah

6 . Pilih group untuk kita send url di ruangan ' Recipients ' . Pilih banyak-banyak pun tak apa

facebook send button

 7 . Tulis sikit ayat untuk tarik pembaca supaya baca entri kita dalam kota ' Message ' . Nak biarkan kosong pun tak apa

8 . Lepas dah rasa ok semua , tekan button ' Send '

facebook develepor send button

9 . Selesai

Mudah kan ? ? Jimat dah masa dari send satu-satu link ke group facebook . Kalau tak percaya link kita tadi dah send , boleh buka group facebook tersebut dan tengok ada ke tak . Dapat lah kita tarik traffik ke blog dari facebook . Semoga bermanfaat .



You Might Also Like

27 comments

  1. nampak je tajuk post ni, terus klik. memang dah lama dah cari benda ni, baru harini rezeki nak jumpa.. Thanks ye! ^_^

    ReplyDelete
  2. waaah thanks sis. ^_^

    http://nikainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Thank u for sharing..memang tgh mencari cara yg cepat dan mudah mcm ni..
    Salam ukhuwah dr saya..:-) :-) :-)

    ReplyDelete
  4. pergh...mudah rupanya..xpayah dah la nak klik satu2 lepas ni

    thankss

    ReplyDelete
  5. bagus nih! tak delah jenuh kita nak ping satu2 kan :)

    ReplyDelete
  6. Wah dah jadi cikgu dahh hehehe.tq kc sudi berkongsi ilmu,..

    ReplyDelete
  7. Oooo.. ada ehh setting cam gitu.. baru tahu.. heheheee..

    lepas ni nak try.. kalau tak jadi, cubit pipi KC....!! :p

    ReplyDelete
  8. Ilmu yang sangat berguna nie....

    ReplyDelete
  9. akak dah lama cari mende ni..terimakasih ye dik

    ReplyDelete
  10. Baru tahu boleh send ke banyak group. Penat sebelum nie send satu2 group..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan,terima kasih atas perkongsian yang best ni.Memang tercari-cari group fb utk blogger tu..Saya suka saya suka...;)

    ReplyDelete
  12. oh mmg nubis betul la akk ni. Tak tahu pon boleh ping blog macam ni. Ilmu yang sangat berguna. Tq for sharing dik..

    ReplyDelete
  13. terimakasih telah berbagi informasi yang menarik dan bermanfaatnya
    terus upadate info2 lainnya, sukses terus gan

    ReplyDelete
  14. Sayidah. Akk nak tya. Kalau send ke group banyak2 (lebih dari 10 group) xkena block dengan fb ke?? Nak try. Tp tkot kena block. Tya awak dlu.. hehehe harap dapat bantu.. tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pun fb block hehe. saya selalu ping guna cara ni, sampai skrg okay :)

      Delete
  15. Tq sharing. cuma yang part "4 . Tekan button ' Send ' tu rupanya kena tekan button send tu 2x. huu.. Baru keluar nama2 recipients.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.