http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

CARA MENGECILKAN PUNGGUNG DENGAN CEPAT

By 1:23:00 AM

Baik paha mahupun punggung yang besar atau lebar itu boleh dikecilkan dengan mudah, kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit.Bersenamlah secara teratur supaya lemak-lemak yang terdapat di punggung dapat dihapuskan dengan mudah.

1. Lakukan Senaman Kardio

Cara terbaik untuk mengecilkan punggung dengan cepat atau pantas dalah dengan bersenam. Apabila anda melakukan diet makanan berlemak namun disebabkan anda tidak bersenam, hasilnya tidak akan dapat dilihat dalam waktu yang singkat. Bahkan, mungkin juga tidak berhasil.
Tambahan pula dengan berdiet tanpa bersenam, berat ‘massa’ tubuh akan turun tetapi tubuh yang telah membesar kemudian kehilangan ‘massa’ beratnya akan jadi menggelebeh yang juga dapat dihilangkan secara semulajadi dengan bersenam.
Bersenam tidak semestinya harus melakukan aktiviti yang berat. Usah memaksa tubuh melakukan senaman yang di luar kemampuan tubuh kerana ia mungkin akan menyusahkan atau menyakitkan diri anda sendiri.
Untuk mengecilkan punggung dengan cepat, anda boleh melakukan senaman dengan cara yang sederhana dan tidak perlu terburu-buru untuk ke gym dan sebagainya. Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun boleh! Yang penting, anda selesa.
Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini.  Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.
Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat, dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.
Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu atau berasa tubuh sudah mampu untuk melakukannya lebih, jangan lupa untuk menambah jumlahnya ya!

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali

Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih baik pilih senaman yang memang  untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.
Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan

Anda disarankan untuk makan secara teratur. Biar kerap, tetapi dalam jumlah makananyang sepatutnya.
Perbanyakkan makanbuah dan sayuransegar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh. Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula .
Selain itu, anda juga harus perbanyakkan minum air putih. Biarpun nampak seperti tidak ada kaitannya dengan proses mengecilkan punggung atau paha, tetapi anda harus ingat ya. Untuk mengeluarkan lemak dan kalestrol jahat dari dalam tubuh diperlukan metabolisme tubuh yang lancar.

4. Bernafas Dan Cuba Kalahkan Nafsu!

Biasanya ketika sedang stres, seseorang itu cenderung mencari jalan pintas yang juga akan menambah kalori. Jadi, ini bermakn kita akan membuat pilihan makanan yang lebih baik ketika sedang bersantai!  Untuk mengatasinya, cuba lakukan latihan pernafasan seperti yoga. Ketika sedang rileks, kita tidak akan berasa lapar. Jika dilakukan secara teratur, anda pasti akan merasakan manfaatnya.
Penjelasan di atas adalah beberapa tips dan cara pantas untuk anda mengecilkan punggung secara semulajadi. Selamat mencuba dan semoga anda mendapat bentuk paha dan punggung yang ideal.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/cara-mengecilkan-punggung-dengan-cepat/#ixzz3TPItXlKJ 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

You Might Also Like

3 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.