http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

HIJAB MATA TERBUKA UNTUK KALI PERTAMA

By 1:47:00 PM

HIJAB MATA TERBUKA UNTUK KALI PERTAMA


HIJAB MATA TERBUKA UNTUK KALI PERTAMA


"Aku boleh nampak hantu."

Erk seriously? Tak tanya pun hahaa.

"Bila first hijab mata kau terbuka?"


"Masa aku sekolah menengah."


"Ohhh macam mana kau boleh tahu hijab kau terbuka?"



"Ermm aku ada kawan dengan sorang budak ni. 

Dah lamaaa aku kawan dengan budak tu lepastu aku tanya kawan-kawan aku yang lain 
'kenal tak budak tu?' 
Mereka kata tak ada pun budak tu dan tak pernah nampak pun budak yang dimaksudkan oleh aku tu. 
So, aku pun baru tahu lah selama ni aku sebenarnya berkawan dengan bukan manusia. "

Dia ni selamba je cerita. Tak takut ke?

"So, lepas kau tahu kau boleh nampak benda-benda ni, tak takut ke?"

Dia senyum selamba.

"Lepas tahu tu, culture shock la jugak aku. 
Tapi aku kena kuatkan diri aku lah. 
Banyak baca al-quran, doa. Pendinding untuk aku."

Ohhh i see. Bagus bagus.

"So, kat sini-sini or fakulti ada tak .. ermm benda-benda tu?"


'Sini' tu saya merujuk pada bilik serbaguna yang kami sedang duduk ketika itu & fakulti-fakulti yang ada di UPM.


"Aku pernah nampak benda tu kat sana (sambil menunjuk kepada bawah bangunan), 
dekat muzium Melayu yang berhampiran dengan fakulti bahasa tu, 
fakulti ekonomi pun ada jugak, 
dekat dengan bangunan asasi tu ada nampak jugak sorang budak(bukan manusia) tu berdiri je kat satu tempat tu ...
dan banyak lagi lah."

Okay saya dah meremang bulu roma dah. Nak balik bilik sekarang jugak boleh tak? hahaha

"Ermm. Sebab apa eh hijab mata terbuka?" Saya soal.

"Mungkin sebab mewarisi dari turun-temurun"Dia menjawab.

Dan the end.




Pheww~
Harap la hijab matasaya ni tak terbuka forever and ever amin. Selama hidup ni tak pernah lagi la nampak benda-benda tu and I don't want to see it either! Hahaha weh siapa la nak tengok benda tu. 

Bukan apa, rasanya iman ni tak cukup kuat lagi kot nak nampak makhluk-makhluk 'halus' tu. Walaupun suka tengok cerita hantu dan tak takut langsung tengok cerita hantu. But hantu in real life, nauzubillah la taknak jumpa! Hahaha.


Walaupun saya dianggap manusia yang tak takut hantu oleh kawan-kawan kerana keberanian saya, tapi sebenarnya dalam real life takut sikit laa~ Well sebenarnya, kita jangan tunjuk kita ni takut sangat. Kalau tak benda tu akan lagi provoke kita dan kacau kita. Betul tak betul tak? Okay cakap macam terror kan hehehe.


Pernah je pergi tandas 3,4 atau 5 pagi sorang-sorang. Tak takut ke? Mestilah takutt uit. Dah la sorang-sorang. Krik krik pulak tu. Kekadang bunyi anjing sahut-menyahut. Time tu jugak lah teringat segala apa novel hantu yang pernah dibaca dan segala cerita hantu yang pernah ditonton. Hailaaa~ Tapi maintain beb muka comel hahaha. 

By the way, nak share satu tips untuk elak takut ni. 

Kalau tengah dalam ketakutan kan, kita ingat benda-benda best. 'Best' tu maksudnya benda-benda yang gembira atau kita fikir benda lain yang boleh buat kita khayal dalam fikiran kita (berangan). 

Contohnya : homework apa yang belum siap lagi ek,ada kena hantar assignment pape ke ek esok. **p/s : Haaa nampak tak seorang student di situ fikir pasal homework haha. 

Nanti bila dah khayal fikir tu takdelah kita rasa takut dan akan lupa pada keadaan sekeliling. :p

Okay tu jelah. Kot. Merepek panjang-panjang je. Hahaha.

Sekian, wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. perhh. boleh pulak nmpk2 ni. seramnyaa

    ReplyDelete
  2. Pernah juga kena kacau masa tengah tidur..tp harap tak nampak jer..hehehe

    ReplyDelete
  3. keluarga aina ad yg dibuka 'hijab'. 😂

    ReplyDelete
  4. hehe.kat muzium warisan tu memang banyak pun. hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.